Minggu lepas, k.fiezz repeat ke Muaz Textiles Jalan TAR lagi..hehe..cari apa lagi..cari baju kurung siap murah kat situ...Kisahnya minggu lepas, ada wedding cousin mr hubby kat Ipoh..k.fiezz ni tak banyak koleksi baju..banyak baju kurung untuk pakai gi kerja je...tak mo la pakai baju kerja untuk pi wedding plak..nak fiezasaniootd tak ada baju lain...asik baju sama je..boringgg...

ke MUAZ TEXTILES Jln.TAR

Moh la ke Muaz Textiles Jalan TAR ni..tengok koleksi baju kurung siap murah kat situ...tak tau la ada promosi lagi ke idak..time bulan raya ritu, k.fiezz ada la ke situ nak cari baju untuk jamuan raya..
Boleh baca kat << hati hati beli baju kat muaz check dulu saiz >>..tak tau ada lagi ke idak promosi baju kurung murah kat Muaz Textiles ni..kita try check it out je la...Kalau ada rezeki, ada la..kalau tak ada..tak apa..kita mix & match la apa yang ada kat rumah tu...

Dan PROMOSI Baju Kurung Siap Murah Still On kat Muaz Textiles Jalan TAR

dan promosi baju kurung murah & siap kat Muaz Textiles Jalan TAR ni memang sepanjang masa, korang...turun je kat tingkat bawah Muaz tu..memang koleksi baju kurung siap yang mur mur...baju kurung moden, mini kurung..antara fesyen baju kurung yang ada kat Muaz Textiles Jalan TAR ni..dan dari segi harga majoriti, semua harga baju kurung siap kat Muaz, bawah RM50..affordable ke idak..untuk k.fiezz sangat sangat sangat affordable...Dari beli kain, lepas tu upah untuk tempah plak..mau lebih dari RM100 rasanya...so dah ada baju kurung siap murah, why not kan beli yang mur je...kalau time special occasion, raya dan kenduri kendara yang rapat, okey la nak beli kain & tempah...

K.fiezz memang dah aim tiap bulan nak beli sepasang baju kurung kat Muaz Textiles ni untuk tambah koleksi baju kerja...jadi beli yang ni untuk wedding cousin mr hubby pakej la untuk pakai gi kerja sekali..harga asal baju ni RM39.80..tapi lepas diskaun, cuma RM19.80 je..yeayyyy..mur mur sangat..

Dari segi kualiti plak, material kain sedap pakai..lembut..dan overall okey la untuk k.fiezz yang tak cerewet ni..except kes baju saiz lain, kain saiz lain (boleh baca link entry kat atas)..hehe...


www.fiezasani.xyz

cantik tak?mur je ni..kali ni, k.fiezz double check size baju & kain sebelum beli...tak nak jadi kes macam raya ritu...

www.fiezasani.xyz

Makeup of the day by biras k.fiezz..rambut elok berdandan tu pun, biras yang buatkan jugak..kalau k.fiezz, ku sanggulkan je..hehe..tak reti weiii nak berdandan dandan ni...

www.fiezasani.xyz
Cousin mr hubby (pengantin lelak) & pasangan...Perak vs Kelantan....
Selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam perkahwinan..
Moga kekal bahagia ke jannah & dikurniakan zuriat yang soleh dan solehan..Aamiin..

PILIH MUAZ TEXTILES...Pilih Murah...hehe

Korang yang ada wedding ceremony atau kenduri kendara yang kena attend last minute, tak ada baju baru..cuba la terjah kat Muaz Textiles Jalan TAR ni..banyak koleksi baju kurung, mini kurung kat sini..Untuk k.fiezz yang saiz badan macam k.fiezz ni, XS atau S rasanya okey sangat beli baju kurung siap kat sini...Berbaloi baloi...

5 Comments

  1. Dah lama SA x jenajalan area situ la...nak kena buat gak ni sessi jenjalan sambil cari baju kat sana..

    ReplyDelete
  2. baju kurung below rm20 mmg terlebih mur laaa. mana nk dpt dah skrg.. kalau ada pun deme jual byk mcm 3 psg rm100 ke. haa tu pun belum dpt sepasang rm20 kan... Adehhh boleh pulak yee salah saiz bju dan kain

    ReplyDelete
  3. cantikkk baju kurung kak fieza pakai..ayuuu je hehehe..lawa corak baju tu.

    ReplyDelete
  4. Eehh pasal pa masa kita pergi kolumpo hari tu xde diskaun huhu tak acilah. Tapi hari tu sempatlah rembat 3 helai blouse hikhik

    ReplyDelete