Total Pageviews

Tak DiHargai Rupanya

13:15

Kecewa sangat tau bila orang tak appreciate something yang kita bagi..K.fiezz sebenarnya pantang betul bila orang mintak something  & kita buat atau bagi apa yang dia nak..alih-alih bila kita buat atau bagi barang tu, orang sebelah mata pun tak pandang...huh..geram, marah, sakit hati sangat tau..

KES TEMPOYAK

Ni kes bulan lepas, masa k.fiezz balik Ipoh..ada one of officer kat tempat k.fiezz mintak nak tempoyak..dia mintak sikit je..katanya cukup la untuk dia & adik dia je..so kebetulan mak k.fiezz memang ada bagi stok tempoyak..k.fiezz ingat bagi yang k.fiezz punya je la sikit..letak dalam bekas dadih yang kecik tu je...tempoyak yang mak k.fiezz bagi ni pun, stok baru..mak k.fiezz memang baru je buat...

Minggu depan tu, k.fiezz bawak la satu bekas kecik tempoyak yang officer k.fiezz nak ni ke ofis..kebetulan bos k.fiezz tak ada..dia outstation ke luar negara kalau x silap..so laju je la k.fiezz bawak tempoyak ni ke ofis..sebabnya bos k.fiezz tak boleh bau durian..takut la tempoyak ni bau kuat sangat..kang ada gak yang sakit kepala..dah alang2 bos k.fiezz tak ada ni, baik bawak je tempoyak yang officer k.fiezz mintak ni...

masa k.fiezz bawak tu, k.fiezz nak terus bagi officer ni sebab kebetulan masa pagi kitaorang punch kad sesama..tapi dia tak nak, dia mintak letak dalam peti ais tingkat 11..kitaorang tingkat 13..bahagian k.fiezz ni dua tingkat...kat tingkat 13 pun ada pantry, peti ais..tapi dah dia suh letak kat peti ais tingkat 11..k.fiezz letak je la..pas tu k.fiezz bitau kat dia..k.fiezz letak kat mana..

petang hari yang k.fiezz bawak tempoyak tu..k.fiezz remind lagi sekali suh dia amik, takut dia lupa..lepas tu k.fiezz pun tak tau la dia amik ke idak..k.fiezz andaikan dia dah amik la...

walaupun reaksi dia masa k.fiezz cakap tempoyak ada dalam peti ais..macam muka tak ada perasaan ke apa..ntah la..tapi reaksi muka dia, agak mengecewakan la jugak utk k.fiezz..sbb dia yang mintak nak tempoyak ni..kalau idak, k.fiezz pun tak rajin nak bagi kat orang..bukan la k.fiezz suruh dia macam bebudak plak meloncat2 dpt barang yang nak..but at least show your appreciation, orang bawakkan menda yang ko nak..


www.fiezasani.xyz

RUPANYA ELOK TEMPOYAK DALAM PETI AIS LAGI..HUHU

Tup tup, semalam k.fiezz kena cover member k.fiezz yang cuti kat tkt.11..so kebetulan k.fiezz beli bahan basah kat pasar tani..nak tumpang letak dalam peti ais tingkat 11..sekali ku nampak tempoyak kat tempat yang sama dalam peti ais..maksud?officer tu tak amik pun tempoyak k.fiezz bawak tu..huhu..

fine, next time memang tak bawak la kalau dia mintak apa-apa...huh..

K.fiezz geram & marah sebab dia tak appreciate effort k.fiezz yang bawak tempoyak tu untuk dia walaupun dia yang mintak..bukan k.fiezz sesaja nak bagi...

Tadi k.fiezz dah amik balik tempoyak tu dalam peti ais..K.fiezz nak bagi kat ex officemate..kebetulan ritu ex officemate ada bagi pucuk ubi masak tempoyak kat k.fiezz dalam bekas atas ni..takkan nak bagi balik bekas kosong plak,kan..kita bagi la tempoyak ni kat ex officemate k.fiezz ni...

but this is reminder untuk k.fiezz..next time kalau officer yang sama ni mintak apa-apa..memang koser la nak layan..huhu...tak pernah pun officer ni mintak apa-apa tapi ni dia mintak tempoyak, k.fiezz bagi sebab arwah mak dia orang Perak..kot dia rindu tempoyak perak ke apa..tue yang k.fiezz bawak...eh alih2, tak dihargai ko...fione, i take note that...

You Might Also Like

10 Comment

  1. Aduh...sedapnya tempoyak. Kalau buat sambal belacan dengan tempoyak, ikan goreng...makan bertambah-tambah jadinya

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tempoyak..housemate SA baru bawak dari kampung sebotol besar..siap dah letak cili..dah makan pun skit2 malam tadi..jahanam diet tau...maybe pada dia tak cukup bekas dadih tu kot Fiez...SA pernah gak terkena sekali..nak sikit..kita bagi la banyak tu ikut sikit yang dia kata..perception dia maybe sikit tu sebotol besar kot...

    ReplyDelete
  3. sedihkan...kita beriya dia mcm xde perasaan pulak.

    ReplyDelete
  4. sedapnya kalau masak patin tempoyak.

    ReplyDelete
  5. Macam-macam hal.. Takpe kak fiez.dia yang rugi. Sedap tu tempoyakšŸ˜‹

    ReplyDelete
  6. apalah masalah, dia mintak orang bagi tak ambil pula -_-

    ReplyDelete
  7. Ruginyaaaa. tempoyak kot. bawak balik jek kak fieza

    ReplyDelete
  8. Memang sedih dan marahlah kalau dia buat macam tu.

    ReplyDelete
  9. takde perasaan langsung.. kesian kat kak fiez

    ReplyDelete
  10. Mungkin dia lupa tak kak.. biasalah kadang² dalam duk beringat takut lupa 2/3 minggu baru ingat balik. Sedapnya ikan patin masak tempoyak nyumm..nyum

    ReplyDelete