Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis

15:53

Harini buang air kecik, bau petai je..haha...semalam masak Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis ni, hah...Jadi harini, proses pembuangan harum la ngan bau petai...sorry la member ofis & yang satu level, kalau masuk toilet terbau haruman petai..haha

Resipi ni kawan k.fiezz share & tag k.fiezz kat facebook...

kezahnya semalam kat pasar tani, k.fiezz beli petai..ingat nak buat sambal bilis petai..favourite mr hubby..masa beli petai ni, kawan k.fiezz ternampak..tu dia bagi idea buat sambal bilis petai tempoyak..k.fiezz cakap kat dia 'tak tahu resipi'...tapi k.fiezz terfikir, alah google je resipi...kalau rasa malas nak google, k.fiezz ingat masak je sambal bilis petai favourite mr hubby je la...

Tup tup kawan k.fiezz yang nampak k.fiezz beli petai, share & tag k.fiezz resipi ni kat facebook...so apa lagi..kita cuba je la...tempoyak memang ada stok kat rumah..bulan lepas, abah k.fiezz datang, mak k.fiezz kirim sebekas tempoyak & sebekas asam keping...


www.fiezasani.xyz

tanya mr hubby, okey ke nak masak ni..mr hubby kata 'it's up to you my love'...hah..green lite..kita cuba je la...

Resipi Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis

Bahan-Bahan : 

Tempoyak 
Cili api kampung
Daun kunyit
Bawang merah ( di hiris)
Petai
Ikan bilis

Cara Masak : 

>> Panaskan minyak..Goreng ikan bilis kejap..pas tu angkat & ketepikan..
>> Tumbuk cili padi & sedikit garam..Lepas tumbuk, gaul rata bersama tempoyak.
>> Guna minyak yang goreng ikan bilis tadi, tumis cili padi yang dah digaul dengan tempoyak. Tunggu sampai naik bau. Masukkan segelas atau sedikit air.
>> Kacau kejap sampai pekat. Lepas tu boleh masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah & daun kunyit yang di potong halus. Masukkan garam atau gula kalau suka..Diikuti petai..kacau kejap..dan SIAP...petai masuk yang last sebab nak rasa rangup2 masa makan

You Might Also Like

5 Comment

  1. Stok petai baru habis.. En suami kata nak beli lagi.. Beryahoooo bininya.. Cari tempoyak boleh buat ni.

    ReplyDelete
  2. Mak aiii... Kalau laki I, mau minta buat terus ni hehe

    ReplyDelete
  3. Nampaknsedap tentu Ayah Syafi yg hantu petai tu suka

    ReplyDelete
  4. Okeh...SA dalam pantang 3 bulan so kena pandang je la dulu...dapnyaaaa

    ReplyDelete