Total Pageviews

Petua Hamil Dengan Air Rebusan Tauge

11:27

Haritu k.fiezz ada buat main teka-teka air..boleh rujuk entry ni >> AIR APA NI? ...ada dua air untuk teka kat situ..salah satunya air rebusan tauge..untuk apa air rebusan tauge ni?

PETUA CEPAT HAMIL

fungsi air ni dari pembacaan k.fiezz kat blog-blog yang berkongsi pasal air ni, ia petua untuk CEPAT HAMIL..lama dah k.fiezz tahu pasal petua ni..penah buat sekali dulu..tapi jenis tak konsisten..buat sekali, tak berhasil..stop...huh...dasar cepat give up sangat..so kali ni k.fiezz cuba lagi & nak konsisten...buat ni kena la cuba sampai berjaya...jangan macam k.fiezz, buat sekali tak berjaya..terus benti...sila jangan contohi sikap ni..nak jadi mak, kena rajin okey (cakap kat diri sendiri benornya ni)...

so meh k.fiezz nak kongsi cara buat air ni...nak buat air ni senang je..very da simple...bahan utama - KACANG HIJAU je...

CARA BUAT AIR REBUSAN TAUGE


www.fiezasani.xyz

1. Ambil segenggam kacang hijau. Rendam dalam bekas untuk semalaman..
**Rendam tu tak perlu banyak sangat air, letak ngam2 kacang hijau tu tenggelam. 

www.fiezasani.xyz
2. Esoknya ambil kacang hijau yang dah direndam tu, letak dalam bekas macam dalam gambar ni..Lapik dengan tisu bahagian bawah & atas...

www.fiezasani.xyz

3. Renjiskan air kat bahagian atas tu selalu supaya sentiasa lembap...Biarkan semalaman atau sehingga nampak kacang hijau keluar ekor tauge macam kat bawah ni...

www.fiezasani.xyz

4. Esoknya kacang hijau tu akan keluar ekor  tauge macam dalam gambar atas ni..
**Kalau rajin, boleh buang yang kulit kacang hijau tu..kalau malas, tak payah pun tak pe...
Lepas tu, rebus tauge ni dengan 2 cawan air dengan api sederhana selama 15 minit atau sehingga air jadi 1 cawan...

www.fiezasani.xyz

5. Tapis air rebusan tadi..macam gambar ni...ketepikan tauge (simpan dalam bekas-boleh ulang rebus untuk seminggu)


www.fiezasani.xyz

6. Air Tauge siap..Boleh diminum bila dah suam-suam...Baca Bismillah dan selawat sebelum minum...

Minum waktu malam sebelum tidur...Amalkan dari hari pertama period sampai waktu subur (kalau tahu waktu subur)..Kalau period tak tetap so tak tahu waktu subur bila, boleh amalkan dari hari pertama period sampai habis period....

**Note - Segenggam tauge ni boleh diguna untuk seminggu..Cuma repeat rebus je tauge yang sama esoknya...

FUNGSI TAUGE

Okey, mesti korang musykil..apa plak fungsi tauge ni untuk membantu cepat hamil...Tauge ni berfungsi untuk bantu besarkan telur kita (wanita)..Selalunya yang ada masalah cyst atau macam kes k.fiezz, jenis telur tak matang atau tak cukup size untuk proses persenyawaan...Sebab k.fiezz penah buat pemeriksaan Dr dulu..n masa tu Dr ada bekalkan clomid untuk besarkan size telur tapi tak berkesan kat k.fiezz..Saiz telur kurang memberangsangkan...Jadi cara semulajadi, boleh cuba air rebusan tauge ni kalau yang ada masalah macam k.fiezz...Clomid tu ada had pengambilan dia untuk baper kali je & dengan pantauan Dr..Jadi kalau yang dah penah makan clomid & tak ada effect macam k.fiezz ni, korang boleh cuba cara yang ni...

Untuk info Taugeh ni juga mengandungi hormon estrogen & progesterone semula jadi.. 

USAHA, DOA & TAWAKAL

Apapun ni semua usaha kita je..yang penting berusaha.. Berhasil atau tidak, kita berserah padaNYA..Apapun setiap usaha, diiringkan dengan doa & tawakal...

REMINDER - Buat setiap bulan setiap kali waktu period hingga habis period..Kalau bulan ni tak berhasil, cuba lagi setiap bulan hingga berjaya..insyaallah...

Kalau tanya ada ke yang berjaya hamil dengan petua ni..ada..k.fiezz ada baca kat blog-blog yang mencuba tips / petua ni..alhamdulillah, ramai juga berkongsi yang membuahkan hasil...

You Might Also Like

11 Comment

  1. First time dengar fiez, apapun SA doakan untuk fiez..insyaallah allah permudahkan...

    ReplyDelete
  2. ahaa kak fieza. betul !! ada akak yang mengurut pun bagitau camtu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la, ramai kongsi petua ni kat blog2..lama dah akak tau pasal petua ni tapi akak penah cuba sekali je..pas tu give up sbb x menjadi..huhu...so kali ni nak konsisten..

      Delete
  3. pernah baca makan tauge..yg air rebusan tauge tk pernh dgr...oh mcm tu ye caranya..smoga dipermudahkan utk kak fiezz

    ReplyDelete
  4. Tq share, good info sangat2...

    ReplyDelete
  5. yang penting kita kena usaha kan kak fiez

    ReplyDelete
  6. Taugeh bagus untuk kesuburan kak, moga ada rezeki utk akk n suami. Aminnn

    ReplyDelete
  7. Kak fiezz sy doakan kak fiezz ada rezeki timang baby. Sama macam adik sy no 3 sedang usaha ke arah itu. Semoga usaha kalian dipermudahkan

    ReplyDelete