Total Pageviews

Dapur Fieza Sani - Ayam Masak Merah Simple Resipi Mak Mertua

11:26

Eh...lama pulak tak kongsi resipi dari Dapur Fieza Sani..cewah...perahsan sedap sangat la hasil masakan tu..hehe...sedap tu tak tau la nak cakap..subjektif..ikut tekak k.fiezz & mr hubby, kira lulus la dengan selera..

Style k.fiezz, yang penting resipi very da simple...

Haritu masa bulan puasa, mak mertua k.fiezz ada datang KL..Lama gak duk kat sini sebab adik ipar k.fiezz accident & warded lama kat hospital serdang..so mak mertua k.fiezz datang KL supaya senang nak berulang pi tengok adik ipar kat hospital...

Masa mak mertua k.fiezz kat sini, kenkadang ada nampak mama masak menu untuk berbuka..so ada sekali tu nampak mama buat ayam masak merah...k.fiezz goreng ayam..mak mertua masak sambal dia...bahan-bahan untuk tumis, tak ingat k.fiezz yang buat atau mama..tapi dah setel gak part tu..k.fiezz cuma goreng ayam je...

Siap je goreng, mak mertua punya turn pulak untuk masak sos dia...

eh..rasanya jap je mak mertua k.fiezz kat dapur...toleh lagi sekali..mama dah kuar dari dapur...SIAP Ayam Masak Merah...

k.fiezz pun terkejut masa mak mertua dah siap masak tu..eh..japnya...

Minggu lepas, tak ada idea nak masak apa..kita cuba la resipi mak mertua k.fiezz ni...senang je masaknya...

www.fiezasani.xyz

BAHAN-BAHAN

Untuk Goreng - 

**Ayam (ikut suka la nak banyak ke sikit)
**Serbuk Kunyit
**Garam
**Minyak Masak

(Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit & garam..Dah sekata, goreng separuh masak..
Kalau suka garing, buat la garing..k.fiezz tak baper suka..so kita buat separuh masak je)

Untuk Sambal / Sos -

**Bawang Merah (kisar / potong2 je)
**Bawang Putih (kisar / potong2 je)
**1-2 Sudu Besar Cili Kisar
**1-2 Sudu Besar Sos Cili
**1 sudu kecil Kicap Lemak Manis
*Gula

(Tumis bawang merah + bawang putih..Tunggu naik bau, masukkan cili kisar pulak..Gaul2 & biarkan sampai cili kisar tu masak / naik minyak...Lepas tu baru masukkan sikit kicap lemak manis (sikit je), kang hitam pulak warna sambal...Diikuti dengan sos cili & gula sikit. Gaul sekata & rasa ikut tekak korang..kalau kurang yang mana2, tambah la apa yang patut..Semua dah okey..It's Done)..hehe



You Might Also Like

6 Comment

  1. Perghh simple mimple bangattt ni. Terbaikk hehe

    ReplyDelete
  2. fav menu anak saya..hehehe kita pulak kdg2 jemu asyik menu sama je

    ReplyDelete
  3. makan dengan nasi panas sedap ni kak Fieza

    ReplyDelete
  4. Uitt sedap tu ayam masak merah

    ReplyDelete
  5. Mak oiii, senang sungguh...

    ReplyDelete
  6. Mak oiii, senang sungguh...

    ReplyDelete