Total Pageviews

Dapat Anugerah Atau Pengiktirafan Dalam Kerjaya, Satu Bonus

15:55

As k.fiezz penah bitau kat entry >> Terima Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 , ni kali kedua k.fiezz dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ..Kali pertama tahun 2009...Eh berlagak pulak k.fiezz ni kan..haha..eh tak..bukan berlagak..Masa tahun 2009 yang kali pertama dapat APC ni, k.fiezz tak aktif berblog lagi...so tak ada la citer kat dalam blog...

Ni dah ada blog & glamour  (guwau je)  plak tu..haha...boleh la k.fiezz cerita kat sini...

BETUL ke K.FIEZZ PERNAH DAPAT APC Sampai 2X

Kot ada yang meragui dalam entry sebelum ni yang k.fiezz cakap penah dapat APC 2x..betul ke k.fiezz ni penah dapat 2x APC..iya iya je...takkan la bagus sangat kerja..haha...

Malas nak citer banyak..Ni sijil APC k.fiezz tahun 2009 & 2018..

Alhamdulillah...

www.fiezasani.xyz

TAK BERLAGAK, HOKAY

Bukan nak berlagak plak..tak ada la nak berlagak pun...Rezeki k.fiezz 2x penah dapat APC..Tak mintak pun..tak bodek bos pun..eh tetiba nama naik untuk dapat APC...Rezeki k.fiezz la ni..Rezeki memasing kan..tak perlu nak jeles-jeles pun..Buat je keja macam biasa...

Kebiasaannya, APC ni ikut giliran staff&officer untuk dapat kat setiap bahagian dalam sektor Kerajaan..Bukan tahun ni, tahun depan sampai turn rezeki orang lain plak...gituuu..So  tak ada istilah cemburu...

K.fiezz pun bukan la nak eksen pulak tepek gambar sijil APC kat sini..saja nak story...Dulu tak story masa dapat APC kali pertama tahun 2009 sebab belum masuk lagi ke dunia blogging ni..

KERJA = TANGGUNGJAWAB

Apapun yang penting kerja kena ikhlas..bukan aiming semata-mata APC atau dapat pengiktirafan..Kalau dapat, satu bonus..tak dapat bukan bermaksud kita tak bagus.. Cuma  besa la dah keja dalam tempat yang ramai pekerja pekerja lain..pesaing pun ramai..Jadi kalau terpilih tu, rezeki sangat...Setiap pekerja ada kelebihan dan kekurangan masing-masing jadi kalau yang tak dapat pulak, mungkin rezeki tak memihak pada korang...Tapi jangan la sebab tak dapat pengiktirafan  ni, jadi malas buat kerja plak...Kita kena pertingkatkan lagi usaha dan perbaiki mutu kerja untuk tunjuk yang kita buat kerja atas dasar tanggungjawab dan bukan berharap untuk mendapat pengiktirafan...

cewah..acah2 pakar motivasi plak..haha..idak la nak cakap 'oooo sebab k.fiezz dah dapat 2x APC, boleh bagi nasihat kat orang'..idak tau..ni cuma pendapat k.fiezz je...kalau rasa nak ikut atau tak nak ikut..terpulang...

dapat ke tak dapat APC atau pengiktirafan tu, gaji korang tetap jalan setiap bulan kan..so apa ada hal...

macam k.fiezz bitau tadi, dapat APC atau pengiktirafan ni satu bonus..tu je...

You Might Also Like

6 Comment

  1. Alhamdulillah.. Tahniah kak..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah kak.. memang bonus kalau kita dapat apa² pengiktirafan camni. Boleh jadi pembakar semangat

    ReplyDelete
  3. wah dapat sampai 2 kali. tahniah ye

    ReplyDelete
  4. Yup.. Bila kita dapat surat oenghargaan dan apc tu sebenar satu oemangkin buat kita untuk terus berjaya

    ReplyDelete