Total Pageviews

Berenang Sebagai Senaman Untuk Turunkan Berat Badan

16:01

Ahad lepas bawak baby besor k.fiezz ni pi mandi kat swimming pool..haha...suka dia..haha..eh tak la bawak..teman baby besor k.fiezz ni hah..katanya nak exercise dengan berenang..yolah..kita support je lah kan..walaupun exercise dia ni tak keluarkan peluh...k.fiezz exercise sakan peluh keluar..dia exercise syok main air...tak aci tau...Sesuai sangat untuk korang yang sama geng dengan baby besor k.fiezz ni, nak turunkan berat tapi malas nak keluarkan peluh...boleh la buat aktiviti berenang ni selalu..

Untung korang yang kat kawasan rumah ada swimming pool..boleh hari-hari pi berenang..

macam k.fiezz & baby besor ni, pi tumpang swimming pool kat kondo umah kawan...Rumah kondo atau rumah orang ada-ada, ada la swimming pool bagai ni..rumah orang sedang-sedang cam k.fiezz & mr hubby, idak la kose DBKL nak buat swimming pool bagai...abis rosak..haha..

eh..tadi k.fiezz bitau, swimming boleh turunkan berat badan...yea ke...k.fiezz mula-mula cam sangsi jugak tau mr hubby cakap nak swimming untuk exercise..tapi penah la k.fiezz terbaca kat mana ntah swimming memang salah satu senaman / cara untuk turunkan berat...

jom la kita baca, betul ke idak berenang ni boleh turunkan berat & apa kelebihan berenang ni lagi selain dari syok main air..haha

www.fiezasani.xyz

Wah..sakan dia exercise dalam swimming pool..mentang la tak keluarkan peluh...

www.fiezasani.xyz

Orang jeles sebab tak reti berenang..haha..duk je la kat tepi tolong jaga tuala & barang-barang...K.fiezz berenang kat dalam kolam budak-budak boleh la..kolam dewasa, duduk kat tepi kolam je, main di gigi-gigi air...hihi..kalau ada anak, boleh la buat alasan mandi ngan anak kat dalam kolam budak-budak blkg tu..hehe...

BERENANG UNTUK TURUNKAN BERAT?


Ni k.fiezz baca dari website yang berkongsi info mengenai kebaikan / kelebihan berenang..Sebab berenang ni tak beri tekanan pada sistem rangka compare kalau kita buat senaman berat yang lain..Tetapi tak kisah mana2 senaman yg kita buat samaada BERENANG atau senaman yang lebih berat, ia memberi kebaikan terutama untuk proses turunkan berat badan...

KELEBIHAN BERENANG - 


Menurunkan Berat Badan - berenang dapat membakar kalori di dalam badan. Kerana di dalam air, badan perlukan tenaga untuk melawan arus air & menampung berat badan kita.. Selain berenang juga boleh bantu kita dapatkan bentuk badan yang menarik sebab semua otot bergerak semasa berenang...

so korang yang malas nak keluarkan peluh, malas nak jogging, malas nak pi gym boleh la cuba berenang sebab aktiviti yang best sambil main air sambil bersenam...

Membentuk Postur Badan

Kalau korang selalu buat aktiviti yang asyik kena bongkokkan badan, postur badan korang akan bongkok sikit kesan dari aktviti yang dibuat ni..dan tahu tak korang,  berenang boleh kembalikan postur badan kepada biasa sebab otot pada badan akan bergerak dan otot yang tegang, akan kembali lentur seperti biasa...Disamping otot-otot ni akan menjadi lebih kuat sebab bergerak ketika aktiviti berenang...


Kurang Risiko Kecederaan

Dengan berenang, risiko untuk cedera amatlah tipis sebab berenang ni tak perlu kita buat aktiviti yang lasak dan kasar. dan berenang ni salah satu cara pemulihan untuk atlet yang mengalami kecederaan...

Kalau sesiapa yang ada penyakit asthma atau orang kurang upaya, boleh cuba buat aktiviti berenang ni...

Meningkat Stamina

Berenang juga, sebagai salah satu cara untuk tingkatkan stamina yang dikategorikan senaman jenis kardiovaskular, senaman yg perlukan tenaga yang tinggi...

Selain ia boleh membantu kita bebas daripada penyakit berbahaya dan boleh melakukakan kerja tanpa henti untuk tempoh yang lama...

Pesakit asthma juga boleh mencuba aktiviti berenang sebab ia boleh menyelesaikan masalah pernafasan kerana sistem kardiovaskular akan buatkan pernafasan menjadi lebih baik dan lancar....

Mengurangkan Stress

Tau tak dengan berenang boleh meredakan stress dalam minda kita ni...Dalam air semasa berenang,  boleh bantu tenangkan kadar denyutan jantung kita..Jadi secara tak  langsung ia boleh membantu dari terkena serangan jantung..

Berenang ni juga boleh melatih diri kita untuk sentiasa tenang. Jadi kelebihan untuk sesiapa yang pandai berenang, Dorang tak panik bila berdepan situasi yang mencemaskan...sebab dorang boleh berfikir dengan rasional apa tindakan yang boleh diambil kalau berlakunya kecemasan..

MANFAAT BERENANG..

Jadinya betul la berenang boleh membantu TURUNKAN BERAT BADAN..okey, k.fiezz percaya...Bukan turunkan berat badan je,  banyak lagi kelebihan berenang untuk kesihatan kita secara menyeluruh..

so korang yang dalam proses nak turunkan berat badan, boleh la lakukan aktiviti berenang ni sebagai rutin mingguan untuk diri sendiri dan bawa keluarga juga...Selain ia juga boleh merapatkan hubungan kekeluargaan dan disamping menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga...

You Might Also Like

5 Comment

  1. wah bestnya.. tapi saya tak pandai berenang laa.. kena belajar dulu la ni

    ReplyDelete
  2. Mrs Pip pun dulu pernah naik berat, so mmg pergi swimming setiap minggu, cepat ja susut berat ..
    Mrs Pip pun x pandai berenang somg guna life jacket berenang kat pulau (hehe, Pulau Manukan slalu pergi hujung minggu dulu) , kalau kat swimming pool, I is pegang kat tepi pool tu sambil gerakkan kaki saja, janji ada gerakan...

    ReplyDelete
  3. Bestnya tapi kita tak pandai berenang. Masuk duduk hujung² bolehlah hikhik

    ReplyDelete
  4. Saya pandai menyelam je kak. Tak pandai berenang. Hahahaha

    ReplyDelete
  5. kalau rumah ada kolam, nak turun pun malas. haha.
    Rumah kami ada kolam. besau. olimpik size. rumah ada 4 blok. pool ada 2. maknanya 2 blok share 1 pool. memang tak ramai orang pun.
    kami pernah buat grup dalam area rumah tu, then panggil orang ajar swimming.
    boleh la. swimming ni bagus utk pernafasan / paru2 kita.

    Rizq pun kadang2 je dia nak turun kolam.
    Kadang dia pun takde hal. Kami pun malas nak bawa. Sebulan 2x tu ada lah. Haha. Itu lah orang kata "take for granted" :D

    ReplyDelete