Total Pageviews

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 2 - Makan2 di Todak WaterFront

23:14

Sambungan entry Part 1 - Flight & Homestay..Lepas check in kat homestay, kitaorang rehat jap..mandi..solat..pas tu, jom ke Todak Waterfront berdekatan dengan Pasar Philipine yang terkenal kat Kota Kinabalu, Sabah ni..buat apa kat sini?Kita pi makan la weiii.. Laparrr..makan masa dalam flight je..order nasi lemak pak nasser yang terkenal kalau naik Air Asia...

time ni nasi lemak pak nasser pun dah di proses dalam perut & perut pun dah ada ruang kosong, minta makan lagi la..haha...

orang kata kalau datang ke Sabah ni, wajib cuba seafood dia sebab harga mur-mur..mur mur ke k.fiezz?serius tak sure sangat rega sebab adik ipar k.fiezz yang order & carikan yang mana bersesuian dengan bajet..total untuk semua yang kitaorang makan kat sini termasuk minum RM24*.**..tak ingat exact amount..tapi lebih kurang macam tu la rega dia...


www.fiezasani.xyz

Jom makan..laparrr weiii

www.fiezasani.xyz

Meh la cuci mata sebelum nak order yang mana bersesuaian dengan bajet...

www.fiezasani.xyz

Yang ni, kalau tak silap mr hubby bitau RM4+.++ sekilo rega dia..

www.fiezasani.xyz

Dah..jangan tanya apa nama ikan kaler hijau ni..lupa..ada orang yang jual ni cakap, k.fiezz lupa..hehe

www.fiezasani.xyz

Siput kemain besorrr..ewww plak k.fiezz nengoknya...

www.fiezasani.xyz

size kerang dia pun, boleh tahan...bawah kerang yg adik k.fiezz pegang tu, siput besor yang k.fiezz cakap tadi

www.fiezasani.xyz

ntah apa nama dia...macam adik badik lala, kerang rasanya...

www.fiezasani.xyz

kat KL, tak koser nak wefie kat pasar time beli ikan..kat K.Kinabalu, wajib gitu..haha

www.fiezasani.xyz

acah je k.fiezz tu konon cam pilih..padahal enterprame je..haha..adik ipar k.fiezz yang 
order & tawar-menawar masa nak beli seafood ni...Lepas pilih yang mana korang nak, terus order kat situ jugak nak masak apa...kitaorang?menu kat bawah..

www.fiezasani.xyz

Makan kat sini, hah...kata sorang adik ipar k.fiezz, viral gitu..not sure la sebab k.fiezz pun ketinggalan info gak kadang-kadang...tapi kat sekitar Todak Waterfront ni, bukan ni je satu kedai makan..melambak weiii..pilih la korang nak makan kat gerai yang mana satu...but overall semua style macam ni, depan gerai-gerai memasing ada deretan seafood macam yang korang tengok dalam gambar..pilih yang mana nak..bitau nak masak apa..selesai part ni..tunggu je makanan siap...

www.fiezasani.xyz

Ni pinggan memasing dah kosong..kelaparan punya pasal...bawah ni  antara menu pilihan kitaorang...tak ada gambar - sotong goreng tepung...

www.fiezasani.xyz
Ikan kerapu - 2 ekor

Ikan kerapu..tak ingat masak apa...rasa dia okey la tapi advice k.fiezz jangan pilih hat besor sangat..isi dia liat2 sikit..hat kitaorang pilih ni besor...

www.fiezasani.xyz

Udang..pun tak ingat masak apa...tapi buat untuk 2 pinggan sebab kitaorang ramai...

www.fiezasani.xyz

tom yam campur...

So sedap ke idak..kalau ikut perut k.fiezz yang lapar time ni, sedap jee..haha..tapi biras k.fiezz cakap tom yam dia tak sedap...so ikut la pada tekak memasing..but makanan kat sini, memang lain dari Semenanjung...dari segi rasa..rupa..jadi kalau datang ke sini, jangan terkejut tengok ghupe menu dia tak sama cam kita kat Semenanjung..lain tempat lain cara dia, yea tak?tue la advantage bila kita travel ni..dapat belajar, makanan, budaya tempat yang kita pi melancong tu...

You Might Also Like

6 Comment

  1. perghh..sdap tu..menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  2. Wah... macam-macam jenis makanan laut ada.. ikan pun berwarna-warni. bestnya makan angin di sana

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Perghhhhh...tengok seafood segar- segar tu...bestnya...org cakap kat sini kena hati- hati..kadang dpt seafood yang dah tak elok..

    ReplyDelete
  4. Susah nak cari tomyam sedap kalau kat kk ni ... kerapu mmg isi mcm liat2 sikit kan ...

    ReplyDelete
  5. nak lobster tuuu nak lobster tu !!! kalo pegi sana lagi nak cari tu. ahha xmo pandang yang lain..

    ReplyDelete