Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Sotong Masak Kicap Pedas

22:21

Nak share menu baru yg K.fiezz cuba...Selalu kalau sotong ni, k.fiezz masak sambal, kari..sambal.kari..Boring lakk.. Meh cuba menu baru... Try n error je ni.. Kalau sedap, boleh buat lagi next time.. Kalau tak sedap, sekali ni je la cubanya..hehe..Tapi dah k.fiezz share kat sini, mesti sedap kan, k.fiezz? 

Yesza chuolls.. Memang sedap..cili kisar tu mmg buh 2 sudu pun dah terasa pedas dia..kicap jalen lemak manis tu pelengkap rasa. Tak yah buh garam n gula dah cukup rasa dia..

Kira resipi ni try n error yang menjadi.. Share resipi kat sini untuk rujukan k.fiezz dan korang yang nak cuba...hehe... 

SOTONG MASAK PEDAS


www.fiezasani.xyz
Bahan bahan:-

sotong (kuantiti terpulang) 
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
2 sudu cili kisar
Kicap lemak manis Jalen

Bahan Tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Masak :-

1) Masak sotong dalam periuk/kuali, masak sehingga air sotong keluar. Lepas sotong masak, toskan. Tujuan masak sotong dulu utk tak nak air sotong tu jadi berkuah dalam masakan kita nanti.. Menu ni kering, x de berkuah sgt.. 

2) Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang serta bahan tumbuk sehingga wangi. Lepas tu masukkan cili kisar dan kacau sekata dan biarkan sampai cili masak.. 

3) Cili dah masak, masukkan sotong dan kacau rata. Letak kicap, cili2 yg dh potong tadi dan bawang besar.. 

SIAP!!! 

You Might Also Like

9 Comment

  1. Uii sedap tu sotong masak kicap. Nak sikit hihi😋😋

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa i like sotong tapi kalau makan nanti naik biji biji :3

    ReplyDelete
  3. Simple ja resepi ni, boleh try nnt.

    ReplyDelete
  4. Walaa sedapnya bolehlah try nanti

    ReplyDelete
  5. Biasa makan sotong masak kicap je. sotong masak kicap pedas tak lagi lah. tak nak pedas sgt.sbb rabia ada gastrik.pedih perut.

    ReplyDelete
  6. Sha tak pernah bubuh kayu manis dgn bunga lawang dalam masak kicap.. Sedap eh kak.. Bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  7. layan juga cara masak mcm ni..lama tak masak gini

    ReplyDelete