Total Pageviews

Tips Jumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali

14:00

Cewah kak fiez..nak bagi tips bagai..haha..ala, pengalaman yang tak sebaper gitu..saja la nak share dengan korang-korang yang bakal jumpa mertua...topik ni k.fiezz terfikir nak kongsi sebab minggu lepas ada salah sorang dalam group blogger k.fiezz minta tips untuk jumpa bakal mak mertua...k.fiezz pun tak ada la terer sangat nak bagi tips-tips bagai ni...cuma saja nak kongsi...

apakah tipsnya?

1. Buat SHY SHY Cat sikit

haha..jangan gelojoh sangat nak bersembang tambah pulak kalau bakal mertua korang tu nanti pendiam atau tak banyak cakap...lagipun 1st time nak jumpa kan..kita pun tak tahu lagi macamana sifat bakal mertua kita tu..kita ingt kita okey..peramah sangat..padahal dalam hati bakal mertua kita tu, dia tak suka jenis yang pot pet pot pet pot pet ntah apa-apa...mungkin..kita tak tahu sebab baru nak jumpa kan..so better la buat shy shy cat...boleh la nak tanya pada pasangan kita, anak dia macamana sifat mak/ayah dia tapi pada k.fiezz biar la mula-mula jumpa ni, kita malu-malu sikit..sebab nanti orang ingat mak ayah kita tak ajar kita adab dengan orang tua...

Jadi kita sembang ala kadar je..tengok pada situasi masa sesi perjumpaan ni dulu..kalau bakal mertua bertanya, kita jawab..so dari soal jawab ni, boleh panjangkan jadi satu topik perbualan yang sesuai...dan kita boleh tahu apa topik yang boleh di sembangkan..dua-dua pihak selesa...

**k.fiezz masa jumpa mak mertua dulu pun, tak sembang sangat..dan mr hubby bawa jumpa kat Mid Valley..so  tak ada sembang sangat sebab sambil berjalan..kalau tak silap la...ingat-ingat lupa..sebelum jumpa tu mr hubby dah beritahu mak mertua kerja Personal Asst.kat gomen macam k.fiezz gak..jadi kalau nak sembang tu, kira boleh la sbb ada topik yg sesuai pasal kerja..cuma masa jumpa mula-mula dulu, shy shy cat sikit..hehe

2. Pakaian

Baik yang lelaki atau perempuan..pakai la sopan weiii.nak jumpa bakal mertua kot..1st impression kot...Kalau yang perempuan, pakai la yang longgar2 sikit..tak payah tayang pakai baju ikut body sangat..kalau lelaki,selalunya tak ada masalah..pakai t-shirt / seluar jeans pun dah okey..cuma gambar pada t-shirt tu pilih la yang bersesuaian...

3. Tolong didapur

Ni untuk perempuan..kalau dah sampai rumah orang..orang dah hidang makanan atau minuman, pi la letak cawan/piring/pinggan yg kita dah guna tu kat dapur..tolong basuh sekali..kalau masa sampai tu, mak mertua tengah masak ke apa..cuba2 la tanya, nak tolong apa-apa ke?

**ni mak k.fiezz dah ajar sejak k.fiezz remaja kot..pi rumah orang, lepas dah makan atau minum, letak bekas makanan kita kat dapur..lagi bagus basuh sekali...

Untuk yang bakal pasangan kita bawa tidur kat rumah parents dia sebab jarak..contoh kita orang selatan, bakal mertua kat utara..harus la tidur semalam dua kat rumah bakal mertua,kan..masa bermalam kat situ rajin-rajin la tolong apa yang patut..jangan duk terperap dalam bilik, main handphone pulak...


4. Elakkan berkepit dengan telefon bimbit

Masalah masa kini..kita ni kan duaplohempatjam mengadap handphone..tak boleh lekang..kalau masa sesi perjumpaan ni, cuba la elakkan main handphone tu..sat je..sebab tengah sesi perkenalan..agak tak manis, mungkin bakal mertua kita cuba nak bersembang  atau bertanya dengan kita..tapi kita sibuk main handphone...

5. Bawa buah tangan

Bawak la apa-apa yang sesuai sebagai buah tangan..kalau perempuan, lagi elok buat kek ke, kuih ke atau apa-apa yang dimasak sendiri..bagi kat bakal mertua..kurang-kurang mak mertua tau la kita reti masak..berbaloi dengan harga hantaran yang bakal diletakkan nanti..hehe..bakal mak mertua pun lega, dia tahu anak lelaki dia lepas kahwin tak ada la makan lauk kedai semedang atau kelaparan..haha..

tak reti masak..no excuse girl..boleh tanya mak sendiri atau google je..segala resipi ada..jadi try & error...mungkin mula-mula masakan tue tak sebaper..tapi lama-lama mesti okey...

Jadi ni antara 5 tips yang k.fiezz rasa boleh dipraktikkan pada yang bakal jumpa mertua korang nanti..hehe..good luck...

You Might Also Like

11 Comment

  1. ala... sweetnya tips kak fiez... harus nak bakal mak mertua approve... hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. auch..shy shy cat tu yg buat mak mertua terpikat..haha...

      Delete
  2. Wah best tips kak fieza ne. miza jumpa MIL 1st dekat kenduri adik EE adoi tak sangka boleh pulak lepas tu my turn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kenduri amik berkat namanya tu, miza..

      Delete
  3. Tak kahwin lagi but somehow, I have to agree with all of these sebab memang tu yg mak ajar tak kisah la pergi rumah sape pun.. Pergi rumah orang, bawak2 diri tolong kat dapur.. jangan terperap je.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..girl nowaday kena praktikkan dari skrg..ni kat rumah org, berat muntot nak tolong kat dapo...

      Delete
  4. Hehe..xngat pulak zmn jumpa pak mertua. Lupa dah

    ReplyDelete
  5. tips bagus ni..mana calon mak mentua i ni..haha

    ReplyDelete
  6. hehehe comelnya tips tips. yang prempuan yes pegi tlg kat dapur. tolong masak skali keee hahaha tolong siang ikan haaa terus confirm jadi menantu. handphone off terus xyah pgg langsung. tp neves2 tu mmg fon pun lupa. huurm.. manala mak mertua CT ni =P

    ReplyDelete
  7. Bagus tips ni.. bolehlah pratik slow2 =P

    ReplyDelete
  8. tolong kat dapur tu bagus..kena pandai masak..confirm bakal mertua sayang.

    ReplyDelete