Total Pageviews

Gaduh..Baik..Gaduh..Baik..Selamat UlangTahun Perkahwinan

11:14


Selamat Ulangtahun perkahwinan k.fiezz & mr hubby..Cewah..Wish sendiri..haha..Tarikh nikah beberapa tahun lepas 29.5.20**..Alhamdulillah, masih bertahan sehingga sekarang..Dalam gaduh, baik..gaduh baik..masam muka..tak sependapat..Time gaduh macam-macam rasa ada..Tapi berjaya atasi & berbaik semula..tak sangka dah melepasi fasa kedua perkahwinan..alhamdulillah, walaupun serba kekurangan tapi mr hubby setia dengan kak fiezz..haha..setakat ni la yea..harapnya berkekalan setia itu walaupun isteri ni tak sempurna mana...k.fiezz ni kuat sentap..kuat emosi..kuat merajuk..dan mungkin sebab itu jodoh dengan mr hubby yang agak penyabar dan boleh bertahan dengan perangai iolls yang ntah apa2 ni..Belum lagi part buat muka..haha..mr hubby paling tak suka k.fiezz buat muka tapi tue la perangai yang paling suka dibuat..tapi ni k.fiezz dah cuba belajar kurangkan part buat muka tak puas hati tu...

Sambut Ulangtahun Perkahwinan

Sambut di kedai sate lepas berbuka sebab mr hubby nak makan sate, favourite dia all da time. Jadi ke kedai sate la kita lepas berbuka hari Isnin baru ni..Sambut awal sehari sebab esoknya hari cuti sempena Wesak..nak pi semalam, harini kerja..Letih pulak jadi sambut awal sehari...Sebelum ke kedai sate tu, singgah pi beli kek Secret Recipe & sambut kat situ jeHadiah tak ada ke, k.fiezz?haha..tak ada la chuolls..Sejak kawen macam-macam dapat..Jadi tak ada la mintak hadiah ke apa..Mr hubby ingat tarikh ulangtahun perkahwinan pun dah syukur alhamdulillah..Ada setengah lelaki tak ingat tarikh-tarikh ni..Nasib mr hubby ni jenis kuat ingatan..Mr hubby tarikh kitaorang berkenalan pun dia ingat..kalau tak silap k.fiezz la..Mr hubby pernah tanya, masa kitaorang kenal dulu, 1st date dia pakai baju apa..Rasa-rasa k.fiezz ingat tak?haha..Yang k.fiezz ingat mr hubby pakai jaket je..

Masa mula-mula kenal dulu, mr hubby cerita nak test k.fiezz tau..Nak bawak motor je masa datang jumpa sebab nak tengok k.fiezz boleh terima ke tak..Tapi mr hubby tak jadi buat..sebab mr hubby pernah buat dulu masa nak kenal dengan orang lain. Sekali tue je la jumpa dengan perempuan tu..Lepas tu perempuan tu tak call dah..haha..tu yang masa nak buat dengan k.fiezz tak jadi buat gitu gak...mr hubby tanya, kalau masa tu dia datang naik motor je 'nak naik tak'..kak fiezz cakap di pertimbangkan..haha..mata materialistik sangat,kan..tapi ayat kaver line..tak elok naik motor dengan lelaki bukan muhrim..haha...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Apapun alhamdulillah masih bersama hingga kini..Bila tengok kawan/kenalan ada yang bercerai dengan pasangan, rasa syukur kitaorang masih ada antara satu sama lain walaupun bergaduh tu selalu..Tak la kak fiezz ni nak mendabik dada pulak cuma ambil pengajaran dari kes kawan/kenalan. Kita ni insan biasa yang serba kekurangan jadi setiap pengalaman di sekeliling kita, ambil dan jadikan pengajaran pada diri sendiri..

Biasa la kan adat rumahtangga..ada pasang surut..ada kelebihan kekurangan masing-masing..saling melengkapi. Dalam perkahwinan ni tak boleh ego..kena ada tolak ansur & hormat-menghormati..Yang penting kalau ada rasa tak puas hati ke apa, baik luahkan..k.fiezz ni kadang boleh jadi berterus-terang..kadang, pendam dalam hati..perempuan kan..so complicated..

Semoga kitaorang terus tabah, sabar melayari alam rumahtangga...

Selamat UlangTahun Perkahwinan FiezaSani...

You Might Also Like

4 Comment

  1. Happy Anniversary. Moga kekal sampai syurga normalah kak gaduh2 manja tu lah asam garam rumah tangga.

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary kak fieza..semoga bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  3. semoga kekal sweet hingga ke jannah tau ... ala, sweet la korang main suap2 ni...

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary akak.. moga jalinan ini berpanjangan selamanya. In shaa Allah, Aamiin

    ReplyDelete