Total Pageviews

Redeem Digi Reward - Elianto Brilliant Riche Lip Color

16:23

Elianto Brilliant Riche Lip Color

Hi korang, kak fiezz in action lepas beberapa hari blog ni senyap..sorry, tak tahu nak update apa uolls..tak ada story menarik nak share..tapi kan bila kak fiezz check kat pageview dashboard blogger ni, alhamdulillah walaupun tak update beberapa hari tetapi jumlah pengunjung yang dtg ke sini mencecah 3k sehari..thank you..ai is terharu sangat (acah-acah retis dapat award gitu..haha)..

Sila abaikan mode verangan kak fiezz tu, meh nak share dengan korang lipstick baru kak fiezz ni iaitu Elianto Brilliant Riche Lip Color..Ni hasil redeem guna Digi reward..Harga asal RM33.90 tapi sebabkan redeem dari Digi Reward ni dapat harga RM9.90/satu..Kak fiezz redeem 2 sebab ada dua no. DIGI iaitu kak fiezz & mr hubby..Satu lagi lipstick bagi pada adik ipar kak fiezz..

DIGI REWARD 

Eh suka tau jadi pengguna DIGI ni memacam reward ada..Kalau guna bil macam kitaorang ni, korang boleh semak senarai reward yang boleh redeem kat dalam My Rewards tu..Kalau tak tahu ada reward - reward ni sila bukak kat apps DIGI korang tu...Lepas tu pilih la mana korang nak redeem..Kak fiezz & mr hubby ada la jugak beberapa kali redem guna DIGI rewards ni...dapat diskaun, beli satu percuma satu..eh okey la..di zaman serba serbi mahal ni, dapat beli barang dengan harga murah hooray hooray weiii..contoh macam kak fiezz beli Elianto Brilliant Riche Lip Color ni, tahun lepas kak fiezz pernah beli harga dia RM29.90..masa beli baru ni kat Mid Valley, harga asal dia dah naik jadik RM33.90..Dah naik dari tahun lepas tapi oleh sebab kak fiezz pengguna Digi, dapat harga lagi rendah..yeayyy..jimat di situ...

www.fiezasani.xyz

Best ke Elianto Brilliant Riche Lip Color?

Kak fiezz dah penah beli elianto brilliant riche lip color ni tahun lepas..kalau sebelum ni beli warna jenis NUDE, so kali ni pilihan kak fiezz menyerlah sikit..Kak fiezz suka Elianto Brilliant Riche Lip Color ni sbb best & dari jenis matte..tahan lama..even lepas makan/minum warna dia masih kekal di bibir..Kalau nak solat, kena guna makeup remover atau tisu basah untuk tanggalkan warna dari bibir..Hah..nampak..tahan lama sungguh...Kandungan dia pun jenis likat & tak perlu celup banyak kali untuk bagi warna tu terang..ambil sikit je lepas tu oles secara rata pada bibir...SIAP...dan serlahkan bibior mu itu..haha

Warna yang kak fiezz pilih kali ni - Oren (kod - N04)

You Might Also Like

6 Comment

  1. takpernah try lagi brand ni. colour tu sesuai dngan kak fieza! kalau sha pakai mesti pelik haha

    ReplyDelete
  2. Rabia tak try lagi brand ni..tapi mmg famous kan elianto ni.. rabia rasa mcm berminat je nak try elianto ni

    ReplyDelete
  3. Ciktie bab-bab brand ni memang tak tau sangat. Tapi warna ia tu sesuai sangat dengan kak Fieza. Cantik

    ReplyDelete
  4. Kat mana nak dpt kan list outlet nak redemption?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dlm apps My Digi..Pilih yg mana nak redeem..Klik item yg nak di redeem tu,nnti ada keluar details dia..Dalam tu dia akan beritahu juga valid utk outlet mana..Kalau dia mention general, outlet in Malaysia..kena google le outlet yg ada ;)..contoh macam Elianto ni, kalau kebetulan saya pi mana2 mall & ada item boleh redeem di Elianto dan kat mall tu ada outlet Elianto, bru saya redeem..

      Delete
  5. kaler oren tu sesuai kat FS ...

    ReplyDelete