Kalau ke Teluk Senangin, Boleh Menginap di Yeob Bay Hotel
Yeob Bay Teluk Senangin
Sambungan entry kak fiezz yang sebelum NI..kak fiezz ada inform nak share pasal hotel yang kitaorang menginap haritu di Teluk Senangin iaitu Yeop Bay Hotel...Bilik di hotel ni ada yang jenis single dan connecting door..Terpulang la pada masing-masing nak ambil bilik yang mana..Macam kitaorang satu family haritu pilih 4 bilik tapi jenis connecting (2 + 2)..Rate bilik yang kitaorang ambil ni RM2++.00 untuk 2 bilik connecting ni..Harga dah termasuk sarapan pagi cuma nak beritahu, jangan letak harapan tinggi macam hotel yang best 4-5 bintang tau..sarapan dia macam yang k.fiezz pi ke sini haritu - mihun goreng, nasi goreng,telur hancur, roti + jem, cornflake/honeystar..air ada 2 jenis - teh O & kopi..okey la tu,kan..sarapan pagi tak leh nak berat sangat..haha..alasan sangat..padahal kalau pi hotel yang gempaq2, selagi ada menu atas meja tu kita amik..
Dari belah depan hotel...
Bilik kitaorang mengadap pemandangan ni..tapi tue la kitaorang dapat bilik yang langsir cerah..pagi ahad tu kemain bangun awal sebab bilik dah terang benderang kena cahaya matahari..bilik mak mertua & adik ipar k.fiezz, dorang dapat 2 lapis..satu tebal & satu nipis...
Sebelum check out..
Ni bilik kak fiezz & mr hubby..katil ada 2..sorang satu..haha..tak gaduh...
Bilik ayor nya...
Ada tv..tapi channel biasa-biasa je..Kat sini kalau bilik jenis connecting memang tengah dia tak ada pintu..Open gitu...k.fiezz & mr hubby sharing ni dengan adik ipar + wife dia...
Overall penginapan kat sini okey pada kak fiezz..Kelebihan kat sini ada pantai sendiri, macam yang kak fiezz share gambar pemandangan dari bilik k.fiezz kat atas ni..Boleh la nak berkelah atau jalan-jalan photoshoot gambar sbb view cantik terutama waktu pagi...Haritu lepas breakfast, kitaorang jalan-jalan kat tepi pantai ni..kecuali mr hubby & sorang lagi adik ipar kak fiezz, diarang tak turun breakfast...Nanti k.fiezz share gambar-gambar kitaorang snap lepas breakfast haritu..
Lokasi hotel ni memang dekat sangat dengan Teluk Senangin, Lumut..Jadi kalau korang yang nak berkelah kat sini, boleh la pilih hotel ni sebagai tempat penginapan...
4 Comments
Cantik hotel dia kak..nampk selesa n tenang je
ReplyDeleterabia baru je balik bercuti..best kan tinggal kt hotel.sekali sekala nak release stress
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletesalam..
Delete