Cadangan Untuk Makan Malam Di Lumut
Kedai Makan Malam di Lumut
Sambung lagi entry cuti-cuti kak fiezz & family ke Lumut baru-baru ni..Entry sebelum kat SINI..
Entry yang ni kak fiezz nak kongsi salah satu kedai makan yang kak fiezz & family terjah masa hari pertama stay kat Lumut..Kitaorang makan malam di kedai STEAMBOAT yang dekat je dengan hotel kitaorang stay..Harga ber Steamboat kat sini untuk seorang RM24.80 bagi dewasa..Pilihan ada banyak (rujuk gambar ke-2)..air ada 3-4 jenis..selain dari tu, ada juga dihidangkan kuew tiow goreng, mee goreng & nasi goreng cina (ni masa kak fiezz ke sini la yea..tak pasti menu yg goreng2 ni sama setiap hari atau bertukar-tukar)..Untuk kuah steamboat ada 2 jenis, sup & tom yam..Selain dari menu biasa untuk steamboat macam fish cake, fish ball & seangkatan dengannya..Yang menjadi pilihan utama & semua cakap sedap, daging yang dah diperap dengan adunan tersendiri..dan bila dah siap dibakar, memang sedap + lembut bila dimakan..Daging ni banyak kali kitaorang repeat..
Steamboat
Apapun konsep makan di steamboat di Lumut ni atau mana-mana pun steamboat di Malaysia ni pastikan jangan membazir yea..Walaupun boleh ambil sebanyak yang boleh..Makan selagi tak kenyang..haha..tapi jangan tamak..Digalakkan ambil sikit demi sikit..Kalau rasa boleh masuk lagi makanan dalam perut tu, tambah lagi..Kalau dah tak larat, jangan membazir..Kang kena bayar yang tak habis tu...lagi ber hu hu...
Jom intai sikit kak fiezz & family ber steamboat kat sini...
Ada yang masuk dalam kuah tom yam..ada yang bakar..Ikut la selera masing-masing..
Kak fiezz duk kat belah kuah tom yam ni..jadi duk ber tom yam je la..Sup kat belah sinun...
Sila pilih nak yang mana..ada lagi tau..Ni antara yang kak fiezz dapat snap..
Kekenyangan..
Dekat dengan tempat duduk kitaorang, ada pulak basikal tua ni sebagai hiasan..memang jadi port bergambar la..Ni bff mak mertua kak fiezz..
Di hadapan kedai Steamboat
Dekat kaunter pun boleh jadi tempat posing...
Overall total makan kat sini RM271 (9 orang dewasa + 2 budak)..
RM24.80 / dewasa
RM11.50 / kanak-kanak
Cadangan Tempat Makan Di Lumut
Kalau korang ke Lumut, tak tau nak makan kat mana..dan nak tukar selera..Boleh la cuba makan kat sini..Sedap tu subjektif...Nak tahu sedap ke tak, sila la cuba sendiri...Untuk kak fiezz sesuai la kalau bawa family makan kat sini sekiranya korang bercuti ke Lumut ni..Kedudukan kedai makan steamboat ni di kawasan yang agak luas..senang nak parking..harga affordable dan untuk kak fiezz sedap...
9 Comments
tak pernah makan steamboat
ReplyDeletemesti sedap kan steamboat
ReplyDeleteramai ramai pergi makan dengam family ni seronok. meriah je.. nak makan steamboat kena perut betul2 lapar baru best hehe..
ReplyDeletealamak.. sedapnya.. dah lama mama tak bersteamboat ni
ReplyDeletelama tak ke Lumut...plan nk pi juga nanti. Leh JJCM sini
ReplyDeleteamboi2 sdapnya mkn steamboat..:)
ReplyDeleteBanyak bahan2 steamboat dia kak. Harga pun murah je. Berbaloi.
ReplyDeletesteamboatttt dapnyaaaa.. harga berbaloi2..
ReplyDeletesteamboat... yum yum yum.
ReplyDelete