Total Pageviews

Savee Mask RM1

11:30

SAVEE MASK RM1


Kak fiezz kan skrg ni dah terjebak dengan mask-mask ni..Sebelum ni kak fiezz guna mask jenis clay, baru ni beli mask yang jenis topeng pulak jenama Daiso..Haritu ternampak pulak member blogger, aiin up status pasal savee mask ni..harga murah pulak tu..RM1 je..uolls..Rambang mata kak fiezz tengok rega murah bebenor macam ni, hah..Mana nak dapat di zaman yang serba serbi mahai ni..

Cuma savee ni tak ada specific kedai..dia jenis bukak booth je..dan kalau korang nak tahu dia buka booth di kawasan mana, boleh check kat page dia..Masa bulan 12 haritu sampai new year, savee buka booth di Times Square..Gigih la kak fiezz ni pi beli..semangat tengok macam-macam jenis ada..Kak fiezz beli dekat 10 atau 11 jenis mask juga termasuk eye mask & sleeping mask..Yelah bukan senang mr hubby kak fiezz nak keluar time cuti-cuti..Itu pun haritu mr hubby tak keluar pun dari kereta, tunggu tepi jalan je..Kak fiezz je masuk Times Square cari booth savee ni..Suka bebenor masa dapat grab mask savee ni...haha..takut habis kisahnya..Jadi bila dapat beli tu, rasa excited lebih..Dah la murah..singgit je satu..mau tak meloncat kak fiezz...


REVIEW SAVEE MASK

Masa cuti tahun baru, tak ada buat apa, kak fiezz pun merasmikan salah satu mask yang kak fiezz beli dari savee ni..Kak fiezz pakai Face Mask Lemon Vitamin C..Masa pakai tu, okey je..tak ada pula rasa tak selesa macam gatal-gatal ke apa..Masa pakai mask tu, dalam hati 'harap muka makin flawless'..haha..

Tapiii..ada tapinyaa..bukan nak takutkan korang ke apa..penerimaan setiap produk pada muka atau badan kita berbeza..ada yang sesuai..ada yang tak..biasa la tu,kan..dan kak fiezz tak serasi dengan mask savee ni..masa hari yang kak fiezz tepek mask ni tak ada apa-apa masalah kat muka kak fiezz..Esoknya di pejabat..Muka kak fiezz start gatal-gatal..kak fiezz garu pun slow motion gitu..tak nak rosakkan mekap..haha..tapi walaupun garu dengan penuh sopan, bila tengok kat cermin muka kak fiezz dah keluar biji-biji..adeh..Nasib minggu pertama Januari, tak ramai orang keja lagi..Tapi 2-3 hari juga la muka kak fiezz berbiji-biji tu..adeh...Ada sorang je officemate kak fiezz perasan muka kak fiezz macam bengkak biji2 tu..

Solution nya kak fiezz tepek magic jelly lovera (siang) & serum argan oil (malam) untuk rawat kulit muka kak fiezz..Dua-dua guna bahan semulajadi..Kak fiezz rasa selamat nak guna..Bedak pun kak fiezz guna Klairs punya je buat sementara sebab 2 in 1..foundation + bedak..tak ada la banyak sangat bahan yang boleh buat kulit muka makin jadi teruk...Ni kak fiezz ikut main logik je..dan kulit kak fiezz dah nampak okey macam sebelum ni..

PENGALAMAN GUNAKAN SAVEE MASK

Kak fiezz bukan nak kata jenama ni tak elok pulak..cuma kak fiezz kongsi pengalaman sahaja..penerimaan setiap orang pada produk berbeza..ada je kawan-kawan kak fiezz yang guna jenama ni, tak ada sebarang masalah..sbb kak fiezz ada up status gambar atas ni kat FB masa baru beli..ada kawan yang komen, pernah guna & okey je dengan brand ni...bila kak fiezz cuba, kak fiezz yang tak serasi..

Banyak lagi savee mask ni kat rumah tapi dah kak fiezz tak serasi, jadi kak fiezz nak offer pada sesiapa yang memang pengguna savee mask dan serasi, kak fiezz nak bagi mask2 ni FREE je..Dari kak fiezz buang, baik la bagi pada orang yang serasi..Kalau nak, komen je kat bawah ni, yeak..bagi e-mail...

You Might Also Like

18 Comment

  1. tu takut nak pakai yang murah ni sebab adik pakai pun naik gatal2 dekat muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la penerimaan produk pada muka kita berbeza..ada serasi, ada tak..k.fiezz tak serasi dengan mask ni..huhu

      Delete
  2. Bonde pon masih banyak stok beli last year dekat Korea. Tapi tak berkesempatan nak pakai. Nak ambik aura rajin... Fieza

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg mmg rajin sikit jaga muka..maklum la dah berusia..hehe

      Delete
  3. Wahhh rabia lama dah tak pakai mask.rabia pakai mask shiseido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni akak guna mask jenis clay jenama skinfood..

      Delete
  4. Murahnya mask ni....tp tak semua produk sesuai dgn kulit muka kita kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la..tengok orang jugak kan..ada serasi..ada tak..

      Delete
  5. Murahnya.. seronok pakai mask muka Rasa kembang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..lepas tanggal mask tu rasa muka tegang je..feeling young gitu...

      Delete
  6. ramai beli savee face mask ni, nak try cari juga

    ReplyDelete
  7. Murahnya mask rm1 .. tapi itu la kesannya pada kulit muka . Mungkin tak semua effect mcm tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la..harga dah okey tapi tak sesuai pulak..adeh..tak pe la..tak cuba tak tahu, kan...

      Delete
  8. amboii ramai tunjuk mask savee ni..kita mask yang sedia ada pun tak sempat guna..tengok ni rasa nak cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..akak mmg rajin sikit part2 jaga muka ni..

      Delete