Nutox Cleansing Gel | Pengaruh Promoter Atau Duta?

09:37

Kak fiezz ni mmg cpt terpengaruh..NI terjebak dengan Nutox Cleansing Gel pulakkk..Adeh.. Nak beli jenama lain..eh, sekali promoter ni hasut kak fiezz..Terus terpedaya..haha..Apa nak buat dah cepat sangat terpengaruh..kita guna je la..Masa beli Nutox Cleansing Gel ni ada promosi, tue beria promoter promote kat kak fiezz..Kebetulan masa nak beli ni muka kak fiezz nampak berminyak & liang pori muka kak fiezz jenis terbuka yang agak jelas pada pandangan mata promoter ni..Terus dia suruh cuba Nutox Cleansing Gel ni, hah...Alaaa..saja je kan..Kak fiezz tanya ni sesuai ke dengan kulit kak fiezz jenis kombinasi ni..Dia kata sesuai..dan dia inform, Nutox Cleansing Gel ni boleh menghilangkan parut jerawat selain merawat masalah kulit kombinasi macam kak fiezz ni..part hilangkan parut jerawat ni memang kak fiezz berkonan..Kak fiezz jerawat tak ada masalah tapi kesan parut jerawat yang lama-lama dulu, sampai sekarang masih ada...uwaaa..kalau keluar pi kerja atau berjalan, memang kak fiezz kena cover dengan mekap tebal-tebal sikit..


www.fiezasani.xyz

Fungsi Nutox Cleansing Gel ni untuk membuang kotoran pada kulit selain berfungsi untuk menghidrat, mencerah & melindungi kulit dari tanda-tanda penuaan. Jadi kulit nampak lebih sihat, muda dan licin. Nutox Cleansing Gel ini jugak TIADA PARABEN, TIADA MINERAL OIL & NO COLOURANT. Bahannya terdiri dari B'Nest Collagen..

Review kak fiezz yang baru menggunakan Nutox cleansing Gel ni, setakat beberapa hari guna ni muka kak fiezz tak ada sebarang kesan negatif. Kulit muka lebih lembut, anjal gitu..Parut jerawat masih ada lagi..eh!!melampau baru pakai 2-3 hari dah hilang kesan jerawat..haha..Kena konsisten la...Kalau Nutox Cleansing Gel ni serasi dengan kak fiezz, kak fiezz akan maintain guna..Promoter tu ada beritahu kalau okey, nanti beli serum Nutox pulak..waaaa..saja je kan promoter tu...

Kak fiezz post di ig gambar ni,ada  kawan2 ig komen lepas guna NUTOX ni lawa ler mcm Fazura. Haha..Kak fiezz baru tahu Fazura duta produk ni..Masih duta atau dah habis kontrak,kak fiezz tak pasti plak.. nampak tak kak fiezz terpengaruh bukan sebab duta,tapi promoter..haha

Okey, nanti kita tengok hasil Nutox Cleansing Gel ni pada muka kak fiezz..licin ke idok macam Fazura..haha...

You Might Also Like

8 Comment

  1. Yang penting selamat digunakan ya, sekarang nie nak pilih barang kecantikan kena pastikan selamat.. takut rosak muka kita kan..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya promoter akan promote kat kita produk yang mahal haha harap lepas ni kakfieza tak terpengaruh dah :P tapi kalau rasa produk tu ok takpelah hihi

    ReplyDelete
  3. Sekarang sedang guna produk Nutox. So far puas hati. 3 produk Nutox yg Bella pakai tu semua senang absorb dan plg pnting tak berminyak.

    ReplyDelete
  4. wah.. nampak best je produk ni.. boleh try cari nanti.. TB pun tengah mencari product untuk wajah skarang ni..

    ReplyDelete
  5. produk ni kdg2 kita beli serius kerana duta ..
    haha, mrs pip la tu ...

    ReplyDelete
  6. Kalau kita Nutox ni terbayang je Fazura hehe. Rasanya dia lagi duta produk ni

    ReplyDelete