Guest Book Wedding | Perlu Ke?

11:56

Sekarang ni kalau kita attend ke kenduri kahwin, mesti ada guestbook ni,kan?Macam wajib gitu..Dulu masa kak fiezz kahwin, tak wujud lagi guest book wedding ni..Rasanya la..sebab kak fiezz tak pernah jumpa..Kak fiezz masa nak kahwin dulu tak terdedah sangat dengan internet ni jadi kurang tahu pasal menda-menda macam ni..haih,kalau kahwin time macam sekarang ni, rasanya macam-macam kak fiezz buat..photobooth, guestbook ni..hehe..sebab kak fiezz suka benda-benda yang berkaitan dengan seni ni..

www.fiezasani.xyz

Ni masa kak fiezz & mr hubby attend wedding anak bos kak fiezz..yang ni memang menarik sebab ada photobooth plus cameraman..Tangkap gambar kat situ & terus lekat gambar kat wedding guest book ni...

www.fiezasani.xyz
Ni masa attend wedding kawan office mr hubby..Chinese wedding...

Perlu ke weiii nak gedik2 ada guest book wedding bagai ni..Tepuk dada tanya selera..Ada orang suka..Ada orang tak suka..eh!!buat apa..membazir je..Nak kena tempah bagai guest book wedding...Kalau D.I.Y pun, tetap kena keluarkan kos nak beli bahan-bahan dia, yea tak...Tue kak fiezz cakap, terpulang pada masing-masing..Tapi kalau tanya pada kak fiezz, kak fiezz suka..Kalau time kahwin dulu ada macamni, kak fiezz memang akan buat..Sebab..Kad-kad ucapan tahniah yang kawan lekat pada hadiah pun, kak fiezz simpan..Jadi kalau ada guest book wedding macam ni, lagi best..Simpan untuk kita baca balik apa ucapan-ucapan yang kawan-kawan ataupun saudara-mara kita wish masa kita kahwin dulu..dan boleh tunjuk pada anak-anak...

Seperti yang kita tahu juga semasa majlis perkahwinan, pengantin selalunya sibuk..Kadang ada kawan yang tak dapat nak mesra-mesra atau bertegur sapa..Jadi ada wedding guestbook ni, dorang boleh tulis dalam ni..Bila kita baca buku ni selepas selesai majlis, kita tahu ada kawan-kawan yang turut hadir masa wedding tapi tak dapat nak bertegur dengan pengantin sebab sibuk bergambar atas pelamin ataupun tengah buat outdoor photoshoot...

Jadi perlu ke tidak ada wedding guest book ni, terpulang pada masing-masing..Kalau minat, buat..Tak minat, rasa membazir..tak perlu...

You Might Also Like

8 Comment

  1. Sekarang dah jadi satu trend la kak...kadang dah masuk sekali dalam pakej baik mak andam..betul semua terpulang pada pilihan masing-masing :)

    ReplyDelete
  2. uish yang ambik gambar tu lagi advance haha kalau pada sha okay jugak buat guest book ni, buat kenangan. kawin kan sekali hehe

    ReplyDelete
  3. Ikut bajet masing-masing. Ada jugak DIY yang over bajet dari tempah kat orang. Tapi dulu miza kawin pun xde guest book jelesnya

    ReplyDelete
  4. masa kawin dulu2 takder benda mcm ni kannnn

    ReplyDelete
  5. follow ke 414 ya
    http://madey09.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. Buat kenangan lah ni, nanti kalau tak jumpa kawan time kenuqi tu boleh tau dia datang ke tak

    ReplyDelete