Wireless HeadPhones | Perasan Muda Gitu

15:41

Kakak fiezz fefeling muda gitu..haha..Ni haritu follow mr hubby ke Low Yat..So kita 'pau' la mr hubby..Saja sebut 'eh..saya tak ada pun headphone' sebab mr hubby ada headphone dia..tak boleh kacau...kak fiezz nak la jugak,kan..Tapi masa mintak ni, ,tak serius pun..Ala-ala gurau2 gitu..Eh..sekali mr hubby serius, ko...Laaa..tunggu lagi..Memang terus pilih la..Yang ni pun mr hubby pilih..Jenis WIRELESS & BLUETOOTH..Kak fiezz okey je..Ingat nak amik yang jenis ada wayar2 tu tapi mr hubby dah pilih hat ni..Ai is ikut arahan suami je..haha

Kak fiezz guna time petang-petang balik kerja, maklum la kak fiezz naik tren..So kak fiezz bawak la headphone ni untuk jadi peneman dalam tren..Dalam tren bila dengar lagu2..Tak ada la boring lama sangat duduk dalam tren tu..Dari ofis kak fiezz nak ke stesen rumah kak fiezz, berbelas stesen..Kadang bohsan jugak..Kalau dapat tempat duduk, best tu best la tapi tak leh nak tengok view luar sebab orang berdiri kat tengah-tengah..Jadi tengok la perut-perut orang..haha..Serius bohsan, weii..kalau berdiri, okey sebab boleh tengok luar tingkap tapi penat la pulak..Ada headphone ni tak la rasa boring kalau duduk & penat kalau berdiri..

Kemain macam orang muda-muda, ko...Haha..Maklum la dulu sebelum kahwin tak glamer lagi menda-menda macam ni..eh!!ke dah glamer..tapi kakak fiezz yang ketinggalan..ngeeee...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz


Lalala...Kak fiezz suka dengar lagu guna headphone ni, time balik kerja dalam tren..Baru feel dengar lagu..Lagu-lagu pilihan kak fiezz, oldskool..backstreet boys, westlife & seangkatan dengan dorang..Maklum la jiwa muda remaja walaupun sekarang terlebih remaja...haha...

Okey ke headphone wireless ni?

Untuk kak fiezz okey sangat..tak ada serabut dengan wayar yang berjela tu..On bluetooth, connect ke handphone..SIAP...Layan la lagu..

Kena charge ke ni, kak fiezz? Hah la, kena la charge..Guna charger handphone je...USB

Ketat ke?sakit telinga tak?jawapan kak fiezz 'TAK'..

Jelas ke dengar bunyi dia..'JELAS sangat'...Kalau orang panggil, dengar ke idak?Ni kalau pasang kuat, memang tak dengar la..Kalau pasang sedang-sedang macam kak fiezz ni, mr hubby panggil, dengar..

Harga mahal ke murah?Harga asal RM119 tapi masa kak fiezz beli ni ada sales jadi harga RM99 sahaja.. ;)

Brand apa ni, kak fiezz?Sila rujuk gambar pertama..Kak fiezz ni tak tengok brand..Tengok harga..haha..Tapi ni mr hubby belanja, jadi harga berapa pun amik je... haha


You Might Also Like

6 Comment

  1. Bestlah boleh layan korea dengan tenang... dengan adanya sonygear earphone

    ReplyDelete
  2. RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI
    LOT 4147 TAMAN SANGSURA BUKIT DEPU 21100 KUALA TERENGGANU
    0148334769

    ReplyDelete
  3. Teringin gak nak beli tp nanti2 la

    ReplyDelete
  4. layan lagu dengan cerita tanpa gangguan..

    ReplyDelete
  5. Dah lama aim nak beli headphones tapi belum jumpa yang menarik.. Huhuhu..

    ReplyDelete