PA Pun Ada Life Sendiri

08:30

Entry ni lebih kepada sesi luahan perasaan benornya..Mungkin ada yang tahu..kak fiezz ni bertugas sebagai Personal Assistant..Dan kebiasaan rutin kerja kerja PA..macam kak fiezz ni rekod surat-surat masuk untuk bos, jawab panggilan telefon, atur jadual mesyuarat bos dan semua yang berkaitan dengan bos..tapi waktu kerja kak fiezz 8pg - 5ptg sahaja..Lepas dari pukul 5ptg, waktu kak fiezz di rumah dengan mr hubby..Tak kuasa pulak kak fiezz nak standby tunggu sampai bos balik..eh!!PA pun ada life sendiri..Bukan nak melangut duk kat ofis mengadap muka bos je..huh..Sorry la kak fiezz ni penyabar orangnya tapi kalau macam bos sejenis tak appreciate pada PA, kak fiezz hilang hormat pada bos tu..

Dalam pukul 8pg-5ptg tu nak suruh kak fiezz buat kerja apa, suruh la..kak fiezz buat..sebab kak fiezz tahu kak fiezz dibayar gaji untuk buat kerja dalam waktu tu, isnin-jumaat..lepas dari pukul 5ptg, waktu adalah untuk diri sendiri & keluarga..Macam kak fiezz, balik rumah nak masak untuk suami pulak...Kalau kak fiezz balik lewat, pukul berapa kak fiezz nak sampai rumah..balik rumah nak masak lagi..eh...ingat PA tak ada life sendiri..Hari-hari kena balik lewat, teman bos kat ofis..PA private mungkin kot buat macam tu..

Lagi sakit hati masa kita terus terang dengan bos, tak boleh nak teman dia balik sampai lewat petang tetiba tanya, kak fiezz tak bercadang nak tukar bahagian ke..What the???Masa tu, memang kak fiezz marah sangat..Kak fiezz cakap dengan bos, tak pe kalau bos tak puas hati dengan cara kerja kak fiezz, bagitahu..kak fiezz willingly isi borang tukar..tapiii lepas sesi bertenang, balik rumah kak fiezz telefon mak..cerita dengan mr hubby..kak fiezz fikir secara rasional..Kalau bos bangkitkan balik isu ni, kak fiezz nak defend diri kak fiezz..Nak suruh bos list kan dulu apa kesalahan-kesalahan kak fiezz, baru kak fiezz pertimbang nak isi ke tidak borang tukar..Kak fiezz pun baru je kat bahagian sekarang..kalau kak fiezz isi pulak borang tukar, nanti tahu je la mulut orang2 sekeliling ni macamana..Kang kak fiezz kena cop BERMASALAH, jadi nak jaga nama baik kak fiezz,better kak fiezz defend diri..

Lagipun kak fiezz bukan nak puji diri sendiri..Kak fiezz bukan jenis kaki berjalan atau lepak kat tempat orang lain, kadang makan pun kat tempat sendiri, kerja kalau bos bagi on the spot kak fiezz siapkan (kalau bos bagi..sebab bos kak fiezz sekarang ni ada attitude tak percaya kat PA..kerja PA, bagi kat orang lain..walaupun fototstat..pernah la sekali kantoi depan mata kak fiezz, bos panggil seorang kerani ke bilik dia..masa tu kak fiezz ada sekali dalam bilik bos..kak fiezz macam pelik, kenapa kerani tu masuk bilik bos kak fiezz..sekali bos kak fiezz bagi 1 dokumen, mintak kerani ni buat salinan..what??kak fiezz macam *&^%$$, apa fungsi aku duk kat luar bilik dia ni?..) okey tu satu bab..Lepas tu bos macam menyalahkan kak fiezz masa kak fiezz cuti ke Jepun baru-baru ni dengan balik kampung, tak ada sapa ganti tempat kak fiezz..eh!!hello..sapa bos?kak fiezz bos ke?dia yang bos?pi la tanya pegawai admin sendiri..panggil pegawai tu..tanya kak fiezz buat apa, mana kak fiezz tahu..Kak fiezz memang dah inform mintak pengganti..tapi dah pegawai tu tak bagi, jangan menyalahkan kak fiezz..ni tak, bos kak fiezz..cara dia cakap dengan kak fiezz macam kak fiezz yang salah..huh...

Haih..kalau aku kaya..kalau aku kaya..Dah lama kak fiezz pilih goyang kaki duduk kat rumah, tau...Kuasa nak hadap karenah bos..karenah orang-orang di pejabat..Macam-macam pe'el...

Okey, sekian..tu je sesi luahan perasaan kak fiezz yang bengang..

You Might Also Like

12 Comment

  1. betul tu kak. sha kerja kerani selalu jugaklah whtsapp dgn customer mengenai kerja tapi kalau lebih waktu kerja sha takreply dh. habis waktu kerja waktu untuk diri sedniri je

    ReplyDelete
  2. kan,macam tak hargai pekerja pulak,payah lah kalau boss tak percayakan PA sendiri..saya pun kalau diberi pilihan nak duduk rumah goyang kaki,..tu pun kalau dah kaya...hahaha

    ReplyDelete
  3. Sabar kak fieza ya.mcm2 kerenah bos ni kan.dugaan bekerja mmg cam tu. rabia pun walaupun kerja taska..tapi ada jugak yg fitnah rabia tau.that why rabia berhenti kerja.lepas ni sambung diploma je.habis tu.kerja semula lah.tapi nak kerja tadika kerajaan lah pulak.permata ke

    ReplyDelete
  4. cik nor pun gtu jgk fiezz..klu kaya mmg lama dah resign..huhu

    ReplyDelete
  5. sabar FS ... kerja ni mmg mcm ni, kdg2 jumpa bos baik, kdg2 jumpa bos yang hurmmm jer perangai tu kan...

    ReplyDelete
  6. sabar lah kak fiez.. boss boss ni memang macam-macam ragam.. susah-susah dulu.. lama-lama nanti senang lah..

    ReplyDelete
  7. Sabar ye fiezz...adakala ragam orang ni memang buat kita sakit hati dan darah tinggi...sama macam SA...i feel you sebab kita sama- sama PA

    ReplyDelete
  8. sabar je lar., semoga dipermudahkan urusan cikak fiezz ye., aminn

    ReplyDelete
  9. memang boleh naik darah kalau bos yg tak prihatin dgn staff. kita ni bukan robot

    ReplyDelete
  10. sabar kak fiezz. payah juga kalau macam ni kan. doa yang baik-baik je. semoga boss kak fiezz lembut hati. insyaAllah

    ReplyDelete
  11. hmmmm....bos ni kdg2 pentingkan diri kan...mentang2lah dia bos....sabar ye fiez

    ReplyDelete
  12. Lain macam punya boss ni kak. Memang patut kena sound.

    #bukanbatuapi

    ReplyDelete