AFB Feeds

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI

10:30

Untuk makluman semua...Top Up dekat Pondok Tol ditutup buat sementara.. Harap maklum....Info ni kak fiezz dapat dari group whatsapp family mr hubby..salah seorang biras kak fiezz kerja tol..Dia share ni kat group kitaorang..Kak Fiezz share kat sini untuk makluman semua..Sila top up touch& go masing-masing sebelum memulakan perjalanan ke kampung minggu depan untuk menyambut Aidilfitri...

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol. Langkah ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Kesemua 134 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun hingga 2 Julai yang akan datang.

Justeru itu, PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara. Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.

PLUS menjangkakan trafik yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bersempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari-hari biasa.                        

Untuk talian kecemasan di lebuhraya :

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) 1800-88-0000

Jambatan Pulau Pinang (PBSB) 1800-88-0000

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 1800-88-0000

Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINK) 1800-88-0000

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (MTD) 09-5479111

Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK) 1800-88-0000

Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) 1800-88-0000

Lebuhraya Shah Alam (KESAS) 03-56337188

Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) 03-90750505

Lebuhraya Damansara-Puchong (LITRAK) 03-74947333

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) 1-800-880-999

Lebuhraya Bertingkat Ampang (PROLINTAS) 1300-88-1012

Lebuhraya SPRINT 03-74947333

Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) 03-91732020

Lebuhraya Shahpadu 03-33420564

Lebuhraya Pantai Baru (NPE) 03-77847859

Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) 03-89210123

Lebuhraya Pantai Timur-Fasa 1 09-5479111

Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) 03-60385052

KL- Kuala Selangor Expressway (LATAR) 03-61451515

Lebuhraya Pantai Timur 2 1800-88-0220
(LPT2)

You Might Also Like

5 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.