Sambut Wedding Anniversary di Rosdet Kg.Baru

14:05

Ramadhan ke-3 baru ni iaitu 29hb Mei 2017, kak fiezz & mr hubby sambut wedding anniversary yang ke-? (rahsia) kat Restoran Rosdet Tomyam, Kg.Baru..Alhamdulillah sambut secara sederhana..Yang penting bahagia..gitu..Alhamdulillah masih bersama menempuh segala ujian walaupun kadang-kadang tu ada la perang kecik2..besar jarang-jarang..eh!!mintak jauh la yang besar2 tu..kalau boleh biar hari2 smooth je..Tempat sambutan anniversary kecil-kecilan kitaorang ni, kak fiezz yang cari..cari punya cari kat mr.google, baca dari review kat blog2, ramai cakap makanan kat Restoran Rosdet Tomyam ni okey & sedap..Jadi kak fiezz pilih sini & terus submit permohonan kat mr hubby & dapat kelulusan. Lepas dapat kelulusan kak fiezz terus call restoran ni untuk booking dulu & staff tu terus bagi no.meja..Nanti sampai, terus je ke meja yang dah diberitahu tu...Takut ramai orang sebab time bulan puasa kan..Ramai orang nak berbuka kat luar..dan kedai ni selalu jadi tumpuan dari apa yang kak fiezz baca..wahh..mesti sedap kan..Jadi moh la kita cuba...

Seperti semua sedia maklum, bulan puasa kakitangan kerajaan balik awal..Jadi lepas mr hubby ambil kak fiezz kat pejabat, kitaorang ke MARA..Cadang nak cari baju raya mr hubby..Tapi tak jumpa size yang besor..so jalan2 la dulu dalam tu..Pukul 6.00ptg, gerak ke kg.baru..Dalam 6.30ptg dah sampai kat sekitar sini..Nasib baik depan kedai ni ada banyak parking..tapi masa kitaorang sampai tu, dah nak penuh pun..Rezeki dapat selit kereta kitaorang..

Restoran Rosdet Tomyam
Ni la kedai dia..Yang kak fiezz bulat pink tu..Sorry tau, gambar ambil lepas berbuka..Masa sampai sini, hujan..Jadi terus lari masuk dalam restoran..Dah keluar baru ambil gambar ni..

Restoran Rosdet Tomyam
Kemas kedai dia..Tandas & surau disediakan..
Restoran Rosdet Tomyam
Orang dah start ramai untuk berbuka puasa

Jom tengok menu kitaorang..Oo..masa kitaorang sampai pukul 6.30ptg, menu dah siap atas meja..Jadi masa berbuka tu makanan dah sejuk..huhu..tapi nak buat macamana kan, bulan puasa diaorang kena la sediakan awal..takkan pukul 7.00 baru nak masak kot..
Restoran Rosdet Tomyam
Jus Nenas & Air Sejuk

Restoran Rosdet Tomyam
Complimentary - Sambal Belacan & Kurma
Restoran Rosdet Tomyam
SomTam
Restoran Rosdet Tomyam
Ikan Siakap 3 Rasa
Restoran Rosdet Tomyam
Tom Yam Seafood
Restoran Rosdet Tomyam
Ayam Goreng Sambal Petai

Restoran Rosdet Tomyam

Happy Anniversary to this love birds..hehe

Semoga kita sentiasa support each other..and thank you, masih setia mr hubby ku yang comel..hehe...Sebenarnya tak nak "HONEY" tapi kalau terpaksa, ai is redha..
eh!!!kak fiezz dah start dah..okey, stoppp..So rumusan makanan kat sini..sedap ke idok?Pada tekak kak fiezz, sedap je tapi mr hubby kureng sikit..Harga?oo..lupa pulak nak cakap..Total harga makanan kitaorang ni RM72.00...

Berapa bintang nak kasi ni?
Kak Fiezz suka..mr hubby kureng sikit..so bagi 3/5..Okey la tu, kan..Sedap tu subjektif sebab ikut selera masing-masing..Nak tahu menepati ke tidak citarasa korang, sila la cuba sendiri..ni ikut pada penilaian kak fiezz & mr hubby je..

You Might Also Like

4 Comment

  1. Wahh seronok bangat ni.. makan besar nmpknye tu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Dari sebelum kahwin, puan isteri nak ajak makan dekat Kg Baru.

    Sekarang anak dah 2, masih belum berkesempatan nak ke sana lagi.

    ReplyDelete