PESTA SONGKRAN


Video atas ni, mr hubby rekod dari dalam bilik hotel..Macamana hari pesta songkran ni?Tengok video kat atas ni, k..7 saat je..Korang boleh imagine la macamana rupa pesta ni..Meriah ke idok..Dalam video ni kat area hotel kitaorang menginap, tak berapa happening sangat...

Entry ni, kak fiezz nak kongsi mengenai pesta main air atau pesta songkran di Thailand..Korang pun tahu, kak fiezz ke Hatyai minggu lps iaitu dari 13-15 April 2017.Masa ni merupakan pesta songkran di Thailand..Pernah dengar kan pesta ni..Kak fiezz pun penah dengar tapi x tau sambutan dia macamana..Idok la pi bercuti ke sini semata-mata sebab nak joint pesta ni plak..Pesta songkran ni berkaitan dengan agama Buddha..Cuma kebetulan tarikh yang kak fiezz ke sini, kena pulak dengan tarikh pesta songkran..Pesta songkran ni merupakan perayaan tahun baru Thailand & amat penting untuk mereka yang beragama Buddha..Pesta ni juga satu simbol berakhirnya musim kemarau di Thailand kerana bulan April adalah bulan terpanas di sana & akan bermulanya musim hujan. Jadi pesta songkran ni satu pesta yang besar untuk orang Thailand..Jalan & kedai2 di sana pun banyak tutup masa pesta ni..Tue la sikit info yang kak fiezz dapat dari mr.gugel..Kalau nak info lebih lanjut pasal pesta ni, korang boleh cari sendiri..

BEST KE PESTA SONGKRAN NI?

Meriah ke pesta ni?Cuba la pi bercuti kat sana masa pesta ni..dan sila bawa pakaian lebih..Dari pengalaman kak fiezz sendiri, pesta songkran ni memang besar di sana..Di sepanjang jalan, orang sana dah standby dengan pistol air & sebesen air..Sesiapa yang lalu, tak kisah la naik kenderaan sendiri atau tut tut, tak terkecuali akan disimbah dengan air..Uwaaa..Kak fiezz fobia sekejap masa nak keluar gi makan tengahari, hari pertama tempohari..Tapi perut dah lapar..Memang kena juga la gi makan...Kak Fiezz pakai baju berwarna gelap sebab confirm akan kena simbah dengan air ni..Dan sangkaan kak fiezz tak meleset..On The Way nak ke tempat makan dari hotel, Kak Fiezz berdoa dalam hati jangan la driver tut-tut ni bawak lalu kot jalan2 yang orang dah standby dengan air ni..Tapi harapan je la..Setiap laluan nak ke tempat makan, penuh orang2 sana dah standby dengan pistol air, air...Yang naik kereta pun ada, masing-masing dah pegang pistol air..Jadi kemungkinan tak basah tu adalah mustahil masa hari pesta songkran ni..Kalau dorang nampak kita kering, memang jadi bahan tembakan air la jawabnya..Contoh kak fiezz sendiri..Masa dalam tut tut, mr hubby & mama memang dah kena simbah dengan air..Kak Fiezz tak kena sebab duduk arah bertentangan dengan diaorang..Kak Fiezz cuma kena sipi2 je gitu...Masa lalu kat tepi2 jalan yang orang dah standby dengan air, kak fiezz buat2 pandang tempat lain..Mr hubby & mama memang dah kuyup...Sekali terdengar ada orang cakap 'kakak tu'..Kak Fiezz toleh je, terus kena simbah dengan air..kuyup weii..Air dia tu rasanya ais batu...Sejukkk..Sampai kat kedai makan, lagi happening area tu..Makan tengahari kitaorang makan di Restoran Salma..Masuk2 kedai makan, aircond pulak..Sejukkkk..Makan tengahari dalam keadaan sejuk...Nak keluar dari kedai tu pun tak berani lepas habis makan..

Nak tau kan macam ke rupa pesta songkran kat Thailand..Tengok la gambar2 kat bawah ni, yea...


Pemandangan biasa masa hari songkran ni, semua orang akan pegang pistol air..Masa ni ramai pelancong yang datang ke sini untuk sambut pesta songkran..Tu yang harga hotel, naik mencanak..Tapi tak best datang masa pesta ni, banyak kedai tutup..Nasib baik masa hari pertama kitaorang sampai, dah hari kedua songkran..Jadi esoknya, dah habis pesta main ayor..Ada juga kat sesetengah tempat kat Hatyai ni masih sambut pesta songkran..Tapi tak sebesar masa hari pertama..


Jalan basah wei..Pesta deme main ayor...Selain dari main ayor ni, boleh nampak juga yang kena muka putih2 macam pakai bedak sejuk..tapi bedak sejuk sikit2 kan kita tepek kat muka..Ni, setompok / secalit..Yang tu bedak benornya..Salah satu adat kat sini juga masa pesta songkran ni...


Senyum ko, kak fiezz..Masa ni kering lagi..

Yang ni masa kat Restoran Salma..Lokasi sini, lagi happening..Kak Fiezz tak tangkap gambar depan kedai ni sebab takut kena simbah dengan ayor..Udoh la tak ada cover handphone untuk kalis air tu..


Tiga-tiga kebasahan..Kitaorang memang siap2 pakai baju warna gelap..Tau dah memang basah punya..


Gigil makan dalam kedai dengan baju, seluar basah...


Ni luar Restoran Salma..Seronok dorang main ayor..Lantakkan..Kita dah abis makan, cepat2 balik ke hotel..Nasib baik balik hotel, dapat tut tut yang bertutup kiri kanan..Tapi rega 100 bhat...Walaupun naik tut-tut yang bertutup kiri kanan, tetap basah juga sikit2..Masa pesta ni tak ada nampak orang yang baju dia kering sentiasa..

7 Comments

  1. fieza..knapa gambar dlm entry ni semua dok blah kiri bkn center. ke mmg fieza buat mcm tu?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. nnti bebila, boleh la singgah ke hatyai..kat sana best, harga murah2...

      Delete
  3. Kak Sue belum pernah sampai sini lagi..

    ReplyDelete