Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 4

10:17

Ingat tak entry ke-2 pasal trip ke Hatyai ni, kak fiezz beritahu pasal satu arked ala-ala macam kat Jalan TAR dekat dengan dengan hotel kitaorang menginap..Okey, meh nak cerita sikit..Masa hari kedua, kitaorang ada berjalan-jalan kat arked ni..Sepanjang jalan tu pun banyak orang meniaga kat kaki-kaki lima..Macam-macam ada..Kitaorang cuma jalan2 je..Masuk dalam arked tu, mama kak fiezz memang dah aim nak beli satu sling beg ni..Ada la terjumpa satu kedai yang jual beg mama berkenan ni..Tanya harga 750 bhat..Kalau duit kita dalam 80 lebih kot, ikut nilai mata wang semasa kita la kan..Belek punya belek, mama tak jadi ambil..Kitaorang nak pusing tengok kat tempat lain..Penyudahnya memang tak beli pun kat dalam tu..Dalam arked ni, berpusing-pusing..Dah campur-campur dengan cenderamata, barang kering & barang basah (pasar)..Yang ada jual juga daging khinzir..omg...Kelam kabut kitaorang cari jalan keluar...So masa jalan-jalan balik dari makan tengahari, lalu tepi2 kedai & terjumpa satu kedai yang ada jual beg mama berkenan tu..tanya harga beg tu 280bhat..so, korang rasa...Nasib baik tak beli yang dalam arked tu, weii..kalau tak, nyesal...Kat kedai tu tak pasti, mama dapat tawar harga ke tak sebab kak fiezz sibuk tengok t-shirt..Tapi mama beli la sling beg kat kedai tu...Jadi kalau korang duduk hotel V.L. Hatyai, mesti nampak arked ni..Jadi hati2 la yea..Ada barang yang murah..tapi survey dulu tempat lain...


    Kat sini la arked tu & sepanjang jalan ni, ramai orang jual kat kaki2 lima


    Beg yang mama berkenan tu, ada kat sini & harga dia letak 750bhat..Nasib tak beli, uolls..


    Macam2 jenis sabun ada..Tapi kak fiezz tak beli...Cuci2 mata je...

  
    
    
    Kat arked ni, barang kering antara banyak dijual..



   
Ni masa jalan kaki balik dari makan tengahari...Masa ni la, jumpa satu kedai yang jual sling bag mama berkenan..Harga jauh lagi murah dari dalam arked tu...



Kak Fiezz posing sat..Penat weii..Boleh tahan jauh tempat makan tu..Saja nak adventure jalan kaki balik ke hotel..Nasib kak fiezz steady je..hehe

You Might Also Like

2 Comment

  1. wah..klu dok kl join dah fieza g hatyai..:)

    ReplyDelete
  2. Dah macam kat Padang Besar 😄

    ReplyDelete