Woop2Lobster Sg.Siput 


Korang..Cuti baru ni gi mana?Kak Fiezz, balik kampung weiii..Kat mana lagi?Perak lerrr..Mak abah kak fiezz dah duduk sana sekarang sebab abah kak fiezz dah pencen..Jadi orang perak balik ler..Dulu orang Kay Ell jap..Okey, meh nak share tempat makan yang agak famous jugak ni kat pekan Sg.Siput..Kalau korang google, pasal Woop2Lobster Sg.Siput ni mesti top kat carian..Bangga pulak kak fiezz, dekat rumah parents kak fiezz ada kedai famous amos...Sebelum ni, mr hubby pernah ajak makan kat sini tapi masa kitaorang sampai, lobster dah habis..yelah dah pukul 11 malam kot..Memang habis la..kat sini ramai orang datang makan sebab harga lobster dia murah je..Dulu RM20..Kedai dia pun, dia tumpang premis orang lain..kat tepi jalan je..Deret lokasi kedai sekarang tapi belah tepi..Baru ni pergi ke sini, Woop2Lobster ni dah ada kedai sendiri..Wahhh..advance...Bagus2..Tapi kak fiezz dah agak, harga lobster mesti dah naik sikit...Naik ke idok?jom baca kat bawah..ngeee..


Ni la kedai dia sekarang..Kelass u, dah ada kedai sendiri...

Cantik plak bunga hiasan ni..boleh tiru ni..

Iman sabotaj..Mak long panggil dia suruh pandang kamera, dia buat2 pandang tempat lain..saja je kan...


Air Kak Fiezz order hari tu - Honey Lemon..Dap..Makan, makan juga..kesihatan jangan lupa..hehe


Kak Fiezz order Nasi Goreng Kampung je sebab rasa set lobster tu macam kurang mengenyangkan untuk perut kak fiezz yang lapar masa ni..Dah la sekarang ni asyik lapar je..Jadi memang mencari nasi jugak la jawabnya..Tumpang ambik lobster mr hubby sikit...
Oo..kalau korang nak order yang goreng2 pun ada kat sini..Nak makan lobster WAJIB la ada,kan..ikut la bajet masing2 nak makan lobster yang mana, yea..ada murah..ada mahal..Tapi set lobster diaorang yang dulu RM20, dah naik RM30 (gambar kat bawah)..Tapi kira okey la..masih dalam harga mampu dibayar..Jenis Lobster paling mahal kalau tengok menu Woop2Lobster ni, RM80..Jadi korang nak order Lobster ikut pada bajet masing-masing la yea..


Set Lobster ni RM30.00.. 
Sedap ke tidak?Mr hubby cakap sedap..Kak Fiezz pulak cakap, 'ermmm..' tak ada cakap apa2..makan je sebab LAPARRR...hehe..

Kalau korang ke Perak, tak tahu nak makan kat mana?boleh la cuba makan kat sini..Sedap ke tidak?Subjektif..Ikut selera masing-masing..Kalau sedap, sedap la..Kalau tak sedap, tak la..hehe..

Kedai Woop2Lobster ni terletak di Sg.Siput..Kalau waze, mesti jumpa rasanya..Glamour ni..

Pandangan jujur kak fiezz masa berkunjung ke sini, layanan kurang memuaskan (lambat), masa kitaorang sampai tu tak ada pelayan datang tanya atau hantar menu..Kitaorang ambil sendiri kat kaunter..Masa nak order, adik ipar panggil je kakitangan yang ada kat bhg.dapur sebab kebetulan orang tu memunculkan diri kat depan..Kak Fiezz rasa mungkin sebab kedai ni baru & tak ada kakitangan lagi..kebanyakan yang bekerja tu, nampak macam ahli keluarga owner sendiri..Jadi, harap owner boleh pertimbangkan untuk ambil kakitangan tambahan dari luar..Maklum la kedai semakin dikenali jadi kalau ada kakitangan, nampak lebih efisien untuk beri layanan pada pelanggan yang datang dari perak sendiri atau luar..Bila layanan bagus, harga murah mesti orang akan rekemen dari mulut ke mulut atau macam kak fiezz sendiri, kak fiezz cerita di blog..Mana tahu ada yang datang tu blogger atau wartawan..Siapa yang dapat nama,kan?haruslah Woop2Lobster..Tak pe, boleh diperbaiki lagi mutu perkhidmatan kedai...Even masa nak bayar tu, pihak Woop2Lobster mintak maaf atas kekurangan layanan diaorang..Dan kak fiezz dapat diskaun sikit..Mungkin diaorang pun perasan macam kelam kabut sikit malam tu..Tak cukup orang..yang datang masing2, ramai pulak..Jadi diaorang pun dah cuba sehabis baik untuk layan pelanggan...

Waktu Operasi Kedai : 5ptg - 11mlm

Overall, kak fiezz bagi 3.5 bintang..hehe..termasuk rasa makanan dia & dekorasi dalam kedai dia pun simple tak berserabut..Layanan kakitangan yang ada masa tu pun, boleh diberi pujian sebab tak ada la muka masam mencuka...atau muka macam nak marah sebab ramai pelanggan...masih lagi kategori bersopan...walaupun ramai orang...
tak pe, positif okey..boleh diperbaiki lagi mutu servis tu..

6 Comments

  1. Bersih jugak tempat tu. Tapi gambar kecik sangat

    ReplyDelete
  2. Balik kampung nanti boleh singgah nie.. macam menarik nak cuba :)

    ReplyDelete
  3. wow..xpernah mkn lobster..hehe

    ReplyDelete
  4. nasi goreng kampung my favourite food ..sedapnya

    ReplyDelete