AFB Feeds

Kempen Tanpa Polisterin..Bawa Bekal Dari Rumah

09:30

Minggu lepas beli breakfast kat tingkat 4..Masa nak ambil polisterin, tak perasan dah bertukar kepada bekas plastik macam kat bawah ni..Member yang perasan..Atas meja ada tulis nota satu bekas plastik ni di caj RM0.20...ohmaiii..patut masa masuk2 kat cafe, aku nampak 2-3 orang letak makanan dalam bekas masing-masing..Tapi ingat biasa je sebab kadang ada juga yang buat macam tu tahun lepas..Lepas dah nampak note tu, baru macam 'lerrr..patut ada yang letak dalam bekas sendiri, rupanya kena caj RM0.20'..


Ohhh..Malaysiaku..Kenapa semua nak di caj ni?Aku ingat kat cafe tingkat 4 ofis aku ni je, yang buat macam ni..Aku beli lunch kat blok sebelah, JKR pun sama..Lagi best, bekas plastik ni RM0.50..Sebabnya aku beli tomyam seafood + nasi putih..Harga tomyam tu RM4.00 je..Masa bayar, cashier beritahu harga RM4.50..Omgeee..Okey, fione..lepas ni bawa bekal nasi dari rumah..Beli lauk je kat ofis..

Malaysia ku...

Aku ingat kempen tanpa plastik bukan kat area Selangor je ke?Aku kerja area Kuala Lumpur..Mak confusee..ke ketinggalan ni?adehhh..Apa la nak jadi dengan Malaysia ni, semua nak di caj?ayoyo..Haritu pi ke IOI Mall Puchong, beli barang kat Daiso..Lepas bayar, cashier tu tak masuk barang dalam plastik beg pun..Lepas tu baru tanya mr hubby, IOI Mall ni dah masuk Selangor ke?mr hubby cakap ler, iya..confuse sebab rumah aku dekat je dengan IOI ni..tapi alamat rumah aku KL..so, confuse kejap...

Okey, lepas ni memang kena standby je beg shopping dalam  kereta..Masuk mall je, siap bawa..Macam mak aku cakap, beli ke tak belakang kira..Bawa je siap2..Baiklahhh...Kempen tanpa beg plastik bermula di tahun 2017..Positif..positif..positif...

You Might Also Like

3 comments

  1. Kalau tak silap PC dah setahun dua sesetengah pusat membeli belah buat kempen tanpa plastik ni..tapi sebelum ni cuma hari sabtu minggu kedua kalau tak silap..sekarang ni tak pasti..alahai...betul..memang kena stand by plastik atau bakul..

    ReplyDelete
  2. wah..kna ready beg plastik sendiri la klu mcm ni.

    ReplyDelete
  3. Melaka dah buat konsep ni dah beberapa tahun, so far alhamdulillah dah terbiasa bawa beg plastik/ beg sendiri semasa shopping. Bekas makan pun sama. Senang je nak implemen, mulut manusia ni je yang mengomel ni susah tu susah, sebab tak nak berubah.

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.