AFB Feeds

MyTravelokaEscapade #Korea

10:36

Untuk hilangkan penat bekerja, selalunya kita mesti pilih untuk bercuti..Ada yang suka bercuti ke luar negara, dalam negara..Tak kisah ke mana pun tapi mesti dengan keluarga tersayang..Untuk spend quality time..Percutian ni boleh dikategorikan sebagai reward diri kita sendiri & keluarga selepas penat bekerja..Asyik kerja je, boring juga..Rumah-Kerja-Rumah-Kerja..Tue la rutin kita..Jadi percutian ni macam satu terapi untuk kita rehatkan diri sebentar dari kesibukan kerja & lari dari rutin biasa kita tu..Aku pun dah lama tak pergi bercuti..Kalau keluar negara, tahun lepas rasanya..ke Krabi..Lepas tu tak de bercuti ke mana..Kalau ada pun dalam negara je..Bila nak cuti2 ke luar negara pulak ni?I need a holiday lah...

Tempat idaman percutian keluar negara, kali ni aku pilih Korea..Walaupun daku bukan peminat K-Pop..Dah tu kenapa nak Ke Korea?Orang asyik up gambar pi bercuti ke korea..Kita nak juga explore Korea..Apa yang best kat Korea tu?

Sebelum ni ada baca ramai blogger post entry  pasal #MyTravelokaEscapade ni..Ada yang nak ke Hong Kong, London, Tokyo..Eh!!memacam la ikut pada pilihan masing-masing..Ingatkan kenapa la ramai yang share entry tajuk sama ni..Ooo, rupanya 
Traveloka menganjurkan pertandingan percutian idaman ..Hadiah dia sangat sangat menarik, weiii..Mula-mula macam tak nak joint..Sekali bila tengok senarai 10 tempat percutian dia..OMgeee..Koreaaa..eh!!dah sejak bila aku minat korea ni..Haha..Haritu masa MATTA Fair kat PWTC, mr hubby tanya aku..Nak pergi melancong ke mana kalau keluar negara..aku macam?ermm..tak tau la..tak ada tempat percutian idaman..Rasa tak mampu..haha..Mampu tengok gambar je...Tapi tak salah mencuba nasib,kan..Kot ada pakej2 yang murah masa Matta haritu..Jadi pilihan destinasi pelancongan ke Korea..sekali bila tengok pakej ke Korea..ermmm..tu diaaa..awat mahai ngat..jadi simpan je la impian nak ke Korea tu..Tapi tetiba nampak contest yang dianjurkan oleh Traveloka ni..Harus mencuba..Rezeki, mana nak tahu..dapat tajaan percutian..rezeki, weiii...Boleh holiday ala2 babymoon gitu macam retis2 yang selalu gi oversee time mengandung, kan dorang suka letak caption 'babymoon'..eh!!kita nak jugak..haha..

Sebelum aku menaip lagi panjang..meh nak perkenalkan korang dengan website Traveloka ni dulu..Pernah dengar kan pasal Traveloka ni..Sebuah website yang menyediakan perkhidmatan untuk pembelian tiket & hotel ke mana-mana destinasi percutian pilihan kita...Selain itu Traveloka juga memberi info, panduan & tips mengenai tempat percutian tersebut...

Untuk percutian idaman, aku pilih KOREA...Apa yang best ada kat korea ni, weiii?

Aku pun tak berapa mahir sangat pasal Korea..Tue sebab aku rasa aku berminat untuk ke Korea sebab nak explore tempat-tempat yang menarik kat sana?Kat bawah ni antara tempat-tempat cadangan untuk dikunjungi kalau ke Korea..Ni hasil carian aku di google..Tengok gambar & info macam best...Jadi moh kita check it out...

TEMPAT PERCUTIAN YANG BEST DI KOREA


 Gyeongbokgung

Merupakan sebuah istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395 selepas masihi..

Insa-dong

Tempat untuk membeli hadiah dan cenderamata dari Korea..Sekiranya bernasib baik dan datang pada masa yang sesuai, dapat lihat persembahan kebudayaan di Insadong ni. Sambil shopping boleh belajar budaya Korea.

 Namsan

Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul.. dan terdapat banyak tempat-Tempat yang menarik untuk dilawati..Antaranya di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang2-orang korea & juga Seoul Time Capsule..Kat atas puncak Namsan pon ada tempat menarik antaranya Namsan Tower. Menara telekomunikasi Seoul, restoran dan tempat untuk bersantai sambil melihat keindahan Seoul dari atas serta Teddy Bear Museum… 
Yang paling Popular di namsan ialah love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan…Okey, yang ni aku tahu juga sebab selalu nampak orang melancong ke Korea, wajib ambil gambar kat kerusi ni..dengan love pad lock tu..

Cheonggyechon Stream


 Merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, dan terjaga kebersihan dan keindahannya..Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai.Pada awal november setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena festival tanglung Korea .tanglung yang besar dan unik diletakkan di sepanjang sungai..


 Banpo Moonlight Rainbow Bridge

Jambatan yang besar ( 2 tingkat) dan panjang dan dihiasi dengan air air pancut yang berwarna warni. 

 Lotte World

Taman Tema indoor dan outdoor menyediakan pelbagai permainan yang boleh menyebabkan adrenalin  rush..Okey yang ni macam Genting rasanya..tapi aku pasti, mesti lagi best..tak sabar nak explore..


 Pulau Nami

Yang ni memang glamer kot..Orang kalau ke Korea, mesti jejak kaki kat sini..Jadi tarikan utama sebab pemandangan dia yang cantik sangat tu..Kalau sampai ke Korea, harus la aku tak lepaskan peluang juga..Perkara wajib sampai ke sini..Posing..


 Itaewon

Kat sini aku difahamkan, deretan restoran.kedai makanan halal di Korea..Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia. masakan korea yang halal pun ada disini serta terdapat Masjid Besar Korea..  

Ni antara info yang aku dapat hasil dari carian di Google jadi kalau boleh aku nak experience sendiri pengalaman bercuti ke sana dengan mr hubby & boleh kongsi dengan pembaca blog aku...Mesti lagi best sebab pengalaman sendiri...

Traveloka, I need a holiday lah...

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.