Dapur FiezaSani ~ Bihun Goreng Sedap

08:30

Aku kalau cuti..memang failed nak update blog sebab nak bukak laptop pun malas..ahaks...kalau hari kerja tu ,gigih jugak nak bukak laptop sbb nak draft entry sesiap..pas tu auto-publish..kadang draft je dulu..esok kat ofis baru publish..tapi kalau cuti, bercinta rasa nak buka laptop ni, hah!!
Tak pe, ni tengah rajin nak buka lappy kesayangan ni, meh nak kongsi resipi untuk menu sarapan pagi ke minum petang ke..terpulang la pada korang..Aku dah 2x try resipi ni..Aku suka sebab ada ikan bilis..Tak payah masukkan sotong/udang pun sebab dah ada ikan bilis..tapi kalau nak letak pun, tak ada masalah...Jom tengok resepi dia yang simple lagi senang ni...Aku kalau nak masak, ikut prinsip mak aku je..Apa yang ada kat dapur, tue je la aku guna...

Bihun Goreng Sedap


Bahan-Bahan ~

**1 Bungkus Bihun - Rendam hingga lembut & tos
**1 Biji Bawang Besar - Dihiris
**Pilihan - Udang/Sotong/Ayam
**Pilihan - Sayur (tak kisah la lobak merah, kubis, sawi)
**3 Sudu Besar Cili Kisar
**3 Sudu Besar Sos Tiram
**3 Sudu Besar Kicap Lemak Manis
**Garam, Gula
**Minyak Masak 

Bahan-Bahan Kisar ~

**3 Ulas Bawang Merah
**2 Ulas Bawang Putih
**1/2 Genggam Ikan Bilis - Direndam

Untuk hiasan ~
Bawang Goreng
Daun Sup
Cili Merah

Cara Masak : ~

Panaskan minyak & tumis hirisan bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau. 

Masukkan bahan kisar & kacau rata sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar & gaul sehingga sekata. Kecilkan api & masak sehingga cili betul2 garing.

Selepas cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula & garam. Masak sehingga naik minyak.

Selepas itu, masukkan sayur-sayuran & campur air sikit untuk lembutkan sayur. Kalau ada udang/sotong/ayam, masukkan & kacau sekejap sahaja sehingga masak.

Setelah itu, masukkan bihun & kacau rata. 

Akhir sekali masukkan sayur kobis & kacau2 sekejap. Tutup api & bihun siap!!!


You Might Also Like

1 Comment