AFB Feeds



Kenapa Aku Suka Cuti

08:30

Kenapa?Sila baca tajuk?

Aku suka cuti sebab bagi aku masa cuti adalah masa untuk rileks dari kesibukan kerja di pejabat..Cuti bagi aku tak kira samaada di rumah ataupun kita pergi bercuti keluar dari rumah..Contoh tempat peranginan, keluar negara..Yang penting masa cuti adalah masa untuk bersama keluarga..haha..cewah, motip sangat walaupun masing2 sibuk berkepit dengan handphone..Aku le tu?tak kisah le berkepit dengan handphone ke apa, yang penting CUTI..haha..tapi aku sekarang cuba untuk belajar2 kalau time bercuti, tak nak berkepit sangat dengan handphone..Biar istilah cuti tu digunakan dengan sepenuhnya..Apa guna pi bercuti tapi handphone tak lekang di tangan?Nak le menghayati suasana tempat kita bercuti tu, kan..Boleh la nak guna handphone tu tapi waktu nak ambil gambar je..Nak post kat sosial media ke apa, tunggu dah malam2 time rehat kat bilik hotel baru post..gitchuuu..Tengah cuba tapi dah lama tak pi bercuti ni..Rinduuu wooi..Bila nak pi bercuti ni?eh!!ada..tahun depan..tue nanti2 la story yeak...

Korang pulak bila last pi bercuti?Ni dah start cuti sekolah..Tak de plan ke???Untuk yang berkemampuan, bawak la family pi bercuti..Rehat kan minda & badan sekejap dari kesibukan bekerja..Bawak anak-anak bercuti lepas setahun bertungkus lumus belajar...Boleh juga di jadikan reward untuk yang berjaya dalam peperiksaan..Nak kata rasuah ke tu..haha..Nak kategori sebagai rasuah macam tak sesuai pulak kan..Jadi consider sebagai penghargaan pada dorang sebab belajar bersungguh-sungguh & semangat untuk dorang usaha jadi lebih bagus dari yang sebelumnya..Di samping tu untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan..Faham je la di zaman sekarang ni, anak-anak dah tak rapat dengan ibu bapa..Dorang lebih rapat dengan kawan-kawan..Dapat kawan yang elok tak pe la..Dapat kawan yang tak baper nak elok..Tu yang jadi macam2 masalah sosial sekarang ni..Jadi dengan bawa dorang bercuti ni, boleh merapatkan hubungan antara anak-anak & ibu bapa..Kalau balik kampung pun okey..Merapatkan hubungan dengan atuk & opah memasing..Biar anak-anak ni lebih hargai keluarga..eh!!tetiba aku rasa macam kaunselor kekeluargaan..haha..

Cuti ni bukan setakat wajib keluar negara atau pi mana-mana..kadang duduk kat rumah je pun, dah best..serius..macam baru ni aku bercuti..tapi tak de gi mana pun..ada je kat rumah..jadi surirumah sepenuh masa time cuti baru ni..bestnyaaa..ahaks!!tetiba nak request mr hubby nak jadik surirumah, boleh..ahaks!!!Duduk kat rumah pun boleh kira bercuti tau..Lagi best kalau ada special occasion macam anniversary atau birthday atau perayaan, contoh terdekat kalau hujung-hujung tahun ni, Krismas..Kalau dengar krismas, semua pun tahu kan..Kalau Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina terkenal dengan pemberian duit raya, angpau..Krismas?cer teka?eleh, macam orang tak tahu..pang kan, si fieza ni..Krismas wajib bagi hadiah..Haha..Okey, ni pengaruh cerita mat saleh sangat kat tv tu..Masa krismas, dorang bertukar2 hadiah..Seronok tengok...Kat Malaysia pun sama jugak, kan?tak tahu la yea..sebab aku tak pernah tanya pulak kawan yang sambut krismas..
Tapi tak kisah la..Nak ceritanya kat sini, sesapa pun kalau dapat hadiah..sure melompat2..Mau tak suka ko..Dapat hadiah..Ingat senang orang nak bagi..

Nampak tak kepentingan pemberian hadiah..Bukan sebab penting bagi hadiah tapi dengan hadiah mampu buatkan orang yang kita sayang gumbira..contoh macam aku..Birthday tahun ni, dapat hadiah bear besor..Waaa, dah pangkat dewasa cenggini pun dapat hadiah...Mau tak happy...Bagi hadiah jugak sebagai lambang kita ingat tarikh lahir orang yang kita sayang, tarikh ulangtahun perkahwinan & lain-lain..Pemberian hadiah mampu buat orang tersenyum..Dari masam mencuka atau stress dengan kerja, tetiba boyfriend/tunang/suami hantar delivery bunga ataupun hadiah..Hah!!mau tak happy..Tengah serabut2, tetiba dapat hadiah..waaa..terus mood kerja datang kembali..semangat habiskan kerja sebab nak jumpa boyfriend/tunang/suami..kalau dah halal, boleh cium2..belum halal, cakap 'terima kasih, sayang'..haha..

Kat mana nak cari hadiah?sibuk?eh!!tak habis2 alasan sibuk kan..Nak buat macamana, di zaman yang serba mencabar ni, kerja adalah priority utama..Kalau sibuk, nak beli hadiah kat mana?ooo..come on baby..zaman internet kot..google & lepas tu main klik2 je..malas nak google..eh..dasar sangat korang kan..Meh2 aku bagi cadangan kat mana boleh beli hadiah untuk orang yang tersayang..Kat sini memacam ada, uolls..rambang biji mata nak pilih..lagi best, boleh design hadiah2 yang kita dah pilih tu ikut citarasa masing-masing..nak letak gambar boleh, nak gabung nama dengan bf, tunang atau suami boleh..suka hati la..


Klik je pada gambar..zupp, terus rambang mata pilihan hadiah yang ada untuk LELAKI


Ni pun sama, klik je pada gambar..Lepas tu sila rambang mata nak pilih hadiah untuk PEREMPUAN


Nak selit gak, gambar2 percutian aku, family aku & family mertua masa awal tahun ni...Tempat percutian yang berbeza..Dengan family aku, kitaorang bercuti di The Kabin, Selangor..Dengan family mertua, kitaorang nun ke Selatan (Melaka, Johor & USS)...



My birthday present untuk tahun ni..Umor?hmmm..krik krik..haha


Tengok gambar2 ni macam rindu nak bercuti lagiii...Next year, trip kitaorang lagi best..tak sabor...
Ada 3 percutian tahun depan yang kitaorang dah plan..2 dengan family aku..1 dengan family mertua..

You Might Also Like

0 comments


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.