Haritu mr hubby mengalami batuk2 yang berpanjangan start dari pergi umrah bulan 5 haritu..Mula2 tak tahu kenapa asyik batuk2 je..Ingatkan sebab merokok..Rupanya kesan dari pengambilan ubat darah tinggi yang mr hubby makan..Ada 2 jenis..Salah satu tu akan beri kesan sampingan macam batuk kalau pesakit tak serasi..huhu..Patut la asyik batuk je..Batuk yang bukan sikit2..Kalau dengar, macam nak terkeluar anak tekak..Jenis batuk kuat..Haritu pergi klinik untuk ambil stok ubat darah tinggi, dah tukar jenis ubat lain..Untuk info korang, mr hubby ada darah tinggi so memang kena sentiasa makan ubat..

Walaupun batuk tu kesan dari pengambilan ubat, tak salah cuba petua untuk penawar batuk ni..Mama (mak mertua) aku bagi..Dapat dari facebook rasanya..Petua ni guna buah-buahan iaitu NANAS jadi kesan tak de la nampak masa tu jugak..Lepas minum, terus elok..Agak2 korang ni..Kena la buat selalu, yea tak..Kalau sesapa ada masalah batuk2 yang berpanjangan macam mr hubby & dah makan ubat pun tak de kesan..Cuba la petua secara organik ni pulak..Mana tau berkesan..Dah buat kat mr hubby nampak macam kurang sikit..Setakat ni baru 2-3 kali aku buat..

Nak buat jus nanas ni, boleh guna blender atau mesin jus..Tengok la kat rumah memasing apa yang ada..Aku guna dua2..hehe..

Kat bawah ni, aku guna blender  je..


1. Kuantiti nanas, terpulang la pada korang yea..Aku beli 1 bekas plastik yang transparent tu je kat pasar tani & dah siap potong kiub macam ni..RM5..Senang keja..Sampai umah, basuh2 & tos kejap..Terus campak dalam blender..


2. Masukkan air sikit masa kisar ni yea..Kisar sampai halus..


3. Selepas tu, tapis air nanas ni sebanyak dua kali..yang pertama guna tapis jenis kasar..


4. Tapisan kali kedua dengan tapis yang halus..Yang selalunya untuk tapis teh serbuk tu..


5. Campur 1 sudu madu dalam jus nanas..Kacau sehingga sebati


6. Siap dah..Sedia untuk diminum..Seeloknya terus minum selepas dikisar..


Kat bawah ni, aku guna mesin untuk jus..Kalau guna yang ni, sekali tapis je..Terus tapis guna tapis halus yang untuk teh tu..Pas tu campur madu sikit..kacau2, siap dah untuk diminum...


www.fiezasani.xyz


3 Comments