Tidur Yang Selesa Semasa Hamil

09:30

Masalah ibu2 mengandung terutama bila perut semakin membesar adalah tidur yang selesa semasa hamil..Macamana aku tau?Aku pernah tengok cerita omputih..tak ingat tajuk apa tapi pelakon utama dia J.Lo..Dalam cerita tu, J.Lo hamil..dan paling best hamil kembar..alolo..berangan sat..lalalala..

okey..okey..udah2 tu berangan..sambung balik cerita..Menurut sumber dari Blog DrZubaidi.com posisi yang dicadangkan bagi wanita hamil ketika tidur ialah mengiring ke kiri dan kanan..Ini kerana tidur mengiring tidak menganggu peredaran darah & akan menyebabkan lebih banyak nutrien dan oksigen dihantar pada bayi dalam rahim. Selain dari mengiring, ibu2 digalakkan lipatkan peha dan lutut seperti posisi bayi & letakkan bantal di antara kedua peha. Untuk wanita hamil yang mengalami sakit belakang, digalakkan letak bantal di bawah perut sebelah belakang. Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah, tinggikan bahagian dada dengan letakkan bantal di dada. Bagi yang  biasa tidur  meneletang, mungkin tidak selesa dengan posisi mengiring ni, jadi boleh tukarkan posisi ke kanan dan kiri untuk mengurangkan ketidakselesaan. Wanita hamil boleh memilih untuk tidur mengiring samaada sebelah kanan atau kiri tetapi lebih baelok mengiring ke sebelah kanan kerana ia menepati sunah Rasulullah S.A.W..Dalam banyak kajian menunjukkan risiko untuk bayi meninggal dalam rahim bagi wanita yang tidur mengiring adalah rendah berbanding dengan wanita hamil yang tidur dalam posisi yang lain.Kesan posisi meniarap atau terlentang menyebabkan darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada bayi dalam rahim dan boleh menyebabkan kematian bayi dalam rahim.
Jadi fungsi Pregnancy Pillow yang comel ni sangat bagus untuk membantu para ibu mendapat tidur & rehat yang cukup. Dengan bentuk bantal ini yang cukup praktikal & memudahkan para ibu untuk tidur dalam keadaan mengiring bagi keselamatan bayi di dalam kandungan terutama apabila perut semakin membesar.

Kepentingan Pregnancy Pillow?

Direka khas untuk menyokong bahagian belakang secukupnya. Selain memberi keselesaan pada bahagian perut dan si ibu tidak menguasai keseluruhan katil..(dalam erti kata lain, suami tak kena tolak tidur kat bawah..hihi)

Memberi kedudukan yang baik untuk ibu & bayi serta menghalang ibu tergolek ke belakang semasa tidur yang boleh menyebabkan aliran darah tersekat kepada bayi. Juga memberi kualiti tidur yang baik kepada ibu..

Selain digunakan ketika hamil, pregnancy pillow boleh juga digunakan sebagai sokongan ketika sesi penyusuan susu ibu, direka untuk menyokong belakang si ibu semasa memberi makan dan menjaga bayi pada ketinggian yang betul untuk penyusuan.

Ibu-ibu pastikan korang mendapat tidur yang cukup serta posisi tidur yang betul untuk memastikan keselesaan ibu & anak di dalam kandungan...

Ala..homey bantal untuk mengandung ni..Nak la..eh!!!

www.fiezasani.xyz

 www.fiezasani.xyz

 www.fiezasani.xyz

You Might Also Like

1 Comment

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete