AFB Feeds



Meh Gelak Sesama...

08:30

Meh kita gelak sesama..aku & member ofis baca citer kat bawah ni mengekek2 gelak..haru sungguh pakcik, oiii..kreatif sungguh la sapa yang reka cerita ni..
Alkisah terjadi di sebuah KFC yang baru bukak di Kedah... 

cashier : makan sini ka bawak balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja).. patot qamai..pakat dok makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkuih bawak balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkuih tak bawa balik. dia teqebang balik qumah pakcik seniri ka.bungkuih.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada dak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bole pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketoi ayam.ada yang 3 4 ketoi..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana qeti nak beli baqang kueh camna..haqu btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak qeti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa oqang kat qumah?

pakcik : pakcik soqang.anak ada 4 oqang.makcik hang maseh soqang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..ayaq nak ayaq gas yang mana?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg qeja kentut..angin..teh o suam ka kopi taqik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo aih kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang pa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucuq ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucuq ubi seringgit cucur pisang seringgit..campoq..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam beqapa ketoi?

(bukak plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bole beli ayam 3 ekoq.tak mai dah..(buka wallet bayaq)


cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah haihh...

You Might Also Like

1 comments


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.