AFB Feeds

Pemilihan Tuala Wanita Yang Betul Ketika Waktu Datang Bulan

15:13

Wanita & datang bulan tak dapat dipisahkan..'Kawan baik'..Selalu kalau perempuan bagitau 'kawan baik melawat', faham2 sendiri la tu..Maksudnya tengah bendera merah le..Kaum lelaki time perempuan tengah bendera merah ni jangan la cari pasal..Kebiasaanya perempuan time2 ni memang tengah moody..Tak semua la..ada yang normal je..

Aku..dalam kategori..kadang okey..kadang tak okey..ahaks!!!eh..sebenarnya bukan nak cerita pasal mood kaum perempuan kalau kawan baik datang menjengah ni..nak cerita pasal lain..dah ke sini pulak..

Okey2..back to the topic..Sapa pernah nampak atau dengar pasal AMEZ CARE ni?Cer komen sikit..Jenama Amez ni dah pun berada di pasaran..Korang boleh cari di AEON/Farmasi tepilih atau dapatkan secara online di http://www.amezcare.com

Sapa yang tak pernah dengar macam aku..Kita geng..Aku first time dengar pasal AmezCare ni..hehe..Sebab aku jenis setia pada 1 jenama je benornya..Dah selesa dengan brand itu..Tapi bila ternampak pad Amez ni, apa salahnya cuba kan...Mana tau lagi best dari brand yang aku guna sebelum ni??

 Memang best pun..Rasa berangin gitu sebab kandungan herba dia..Pantyliner dia jenis nipis & masa pakai tak terasa..Kedudukan pantyliner AmezCare ni kekal statik bila dipakai..Tak de la terlipat masuk di celahan muntot..hihi...

Jom nak perkenalkan korang dengan AmezCare..Ada yang tak kenal lagi, kan?



Pantyliner (30 PADS) | Day (12 PADS) | Night 10 (PADS)


APA ISTIMEWA Amez Care Pantyliner Bio Herbal Sanitary ini dari JENAMA LAIN YANG BERADA DI PASARAN SEKARANG?



The Amez Care Pantyliner Bio Herbal Sanitary Pantyliner  

Memberi perlindungan optimum.Direka khas termasuk mempunyai herba-herba yang memberi rasa kekal segar dan bersih. Pantyliner ini nipis dan boleh diguna setiap hari tanpa sebarang kesan memudaratkan..Amez Care Pantyliner ni memberi penyerapan mudah serta membersihkan kawasan faraj dan menghapuskan gejala-gejala yang tidak selesa. Jika korang seorang yang mementingkan kesihatan, wajib guna Herbal Pantyliner Bio ni..

KANDUNGAN DALAM PANTYLINER AMEZ CARE

  1. Aloe Vera - Bertindak sebagai antiseptik yang kuat untuk melegakan kulit dan membersihkan kawasan sensitif tubuh wanita.
    
2. Peppermint - Bertindak untuk melawan jangkitan dan bakteria. Di samping itu, ia berkesan menghilangkan kesakitan dan membantu menghilangkan 'PERIOD PAIN'.
    
3. Tea Extract Plant -Bertindak sebagai bantuan dalam peredaran darah dan mengurangkan pembentukan darah beku.
    
4. Chamomile Oil - Bertindak untuk melawan sebarang jangkitan dan mengurangkan keradangan.
    
5. Lavender - Bertindak membantu mengurangkan ketegangan saraf, kesakitan, membasmi kuman kulit dan melegakan kebimbangan serta mengatasi kemurungan.

 

The Amez Care Day Bio Herbal Sanitary Pad Napkins 

Direka untuk penyerapan cepat dan selesa pada waktu siang. Produk ini penemuan teknologi yang terbaru untuk wanita sewaktu haid. Salah satu ciri utama adalah Green Compound Strip (Kompaun Strip Hijau). Terdiri dari Nano silver ions & ions with far-infrared..mempunyai bio-teknologi, intipati herba serta magnetit. Berfungsi untuk menghalang pertumbuhan bakteria di kawasan sensitif dalam badan dan menggalakkan kesegaran.

Nano Silver Ions berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan ketika haid manakala Far Infrared Ray Ion mengoptimumkan peredaran darah serta magnetit membantu meningkatkan metabolisme semasa kitaran haid dan campuran khas intipati herba menyegarkan..

  • Direka dengan cuff 3D yang sangat unik dan selesa serta pemakaian yang ergonomik
  •  Bahagian atas pad mempunyai ruang untuk penyerapan optimum dan bernafas.
  • Dalam bahagian pad terdapat herba yang berfungsi untuk melawan jangkitan terhadap bakteria.
  •  Lapisan pelindung pada bahagian atas pad telah  disterilkan dan direka untuk memerangi habuk.
  •   Gam pelekat pada Amez Pad adalah sangat kuat, kalis air, dan direka untuk memastikan keselesaan. 
  •   Pembalut di bahagian luar untuk memastikan Amez Pad dilindungi daripada bakteria dan bahan lain yang boleh merengsakan kulit dan / atau memberi kesan negatif kepada kesihatan.   

The Amez Care Night Bio Herbal Sanitary Pad Napkins  

 Amez Care memahami adalah agak sukar untuk berehat dengan mudah, mengalami keselesaan, dan mendapatkan tidur malam yang baik ketika sedang haid.
Selain daripada perlu menjaga setiap pergerakan ketika tidur untuk mengelakkan kebocoran waktu malam..
AMEZ CARE NIGHT mempunyai beberapa lapisan dan pelbagai saluran anti-kebocoran untuk menghalang kebocoran dari bahagian sisi, depan, dan belakang tuala. Tidak kira berapa banyak pergerakan kita ketika tidur..Amez Care Night akan memberi tahap maksimum perlindungan kebocoran. Satu aspek yang paling penting adalah kandungan herba khas seperti lavender, pudina, ekstrak tumbuhan teh, minyak chamomile membantu mengurangkan kesakitan ketika haid, mengurangkan kembung dan berfungsi untuk merehatkan minda dan badan. Juga mempunyai Nano silver ions, ions with far-infrared & Negative Ions..Apabila digabungkan, kandungan ini bekerja untuk memastikan bakteria dijauhkan daripada bahagian paling sensitif dalam badan wanita, memastikan tahap tertinggi pensterilan serta peredaran darah bertambah baik dan mengelakkan virus , agen jangkitan lain dan memastikan kitaran haid normal.. Dengan menggunakan Amez Care Night korang akan lebih segar keesokan harinya..

Pertanyaan lanjut mengenai Amez Care


"Selamat Menggunakan Amez Care Bio Herbal Sanitary, korang.."
 

You Might Also Like

2 comments

  1. nice sharing.. saya baru dengar tentang tuala wanita brand ini 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Lia..saya pun 1st time dengar..best guna amez ni, berangin je..rasa fresh gitu..

      Delete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.