AFB Feeds

Bitcatcha Speed Checker..Memudahkan Untuk Semak Kecepatan Loading Website...

12:16

Korang?sapa yang ada website sendiri..Pernah check tak kelajuan loading untuk masuk ke website memasing..Aku tak pernah pun..Maklum la blog suam2 kuku ni..ada ke yang nak masuk..ahaks!!Tapi saja la nak check jugak..hehe..hasilnya..tadaaaa

Blog Fieza Sani

Result dapat E..kalau time sekolah ni dah MERAH ni..aiyakkk..Sokay2..Nanti kena check balik kenapa blog aku lambat loading?Ni contoh yang aku nak tunjuk kat korang kepentingan untuk semak cepat atau lambat loading website..Nak check korang punya pulak?kat bawah nanti ada link, boleh klik kat situ..

Meh baca kenapa pentingnya kelajuan sesuatu website.

Pernah tak korang masuk mana-mana website tapi tunggu loading dia lambat benor. Pernah kan?korang buat apa kalau macam tu?aku?selalunya terus klik X yang kat belah atas tu.Malas nak tunggu website yang loading lambat. Bila loading lambat untuk website yang menjual secara online, boleh menyebabkan pelanggan lari. Mengikut kajian ,website Amazon boleh kerugian hampir 1.6 billion setiap tahun sekiranya loading website dorang lambat. Untuk kita sebagai blogger pula, penting untuk website kita loading apabila ada orang mencari maklumat tapi nak buka blog pun slow ya amat..rasa-rasa?orang nak tunggu tak?memang tak la, kan..Kebiasaannya pengguna internet akan menunggu untuk 2 saat sahaja apabila membuka sesebuah website. Lebih dari itu, korang akan terus klik X di sebelah atas tu.

Boleh dikatakan semua pengguna internet sukakan kelajuan bila membuka sesebuah website. Sekiranya website tersebut laju, ramai pengguna, pelanggan atau macam kita sebagai blogger, pembaca setia yang sentiasa berkunjung ke blog kita..Dalam masa yang sama membantu menaikkan trafik blog kita. Ini la sebab pentingnya kelajuan sesebuah website.

Google merupakan salah satu medium carian yang digunakan oleh ramai pengguna internet. Google akan mencari laman web yang cepat dan mendapat kedudukan tinggi dalam halaman carian dorang. Dorang akan mencari berdasarkan pengalaman pengguna yang baik. Sebab? Google mahu memberi pengguna dorang jawapan yang cepat. Jadi lebih cepat sesebuah website, semakin tinggi website tersebut menduduki tangga teratas dalam carian di Google.

Kenapa wujudnya Bitcatcha's  Speed Checker?  

Untuk memudahkan kepada pengguna internet yang mempunyai website bagi menyemak berapa cepat (atau perlahan) capaian website masing-masing..Dan kelebihan Bitcatcha's Speed Checker, ia boleh menguji kelajuan laman website dari 8 lokasi berbeza di seluruh dunia iaitu NEW YORK, LA, LONDON, BRAZIL, INDIA, SINGAPORE, JAPAN & BRAZIL.
 
Dua faktor utama yang memberi kesan kepada kelajuan beban laman website secara keseluruhan adalah ~
  (a) Kelajuan capaian ke server
(b) Reka bentuk website, kebersihan kod, cache, plugin dan media visual.
 

Jadi nak tahu samaada cepat atau perlahan capaian website masing-masing boleh check dari http://www.bitcatcha.com/
   
Kalau result website korang macam aku kat atas dapat E..pffft..Boleh la semak antara dua faktor yang menyebabkan loading website korang slow seperti yang aku beritahu kat atas ni..

 Kat bawah ni, antara beberapa website shopping online yang aku check gunakan bitcatcha untuk tengok kecepatan loading..

Blog Fieza Sani
 11street.my..

Blog Fieza Sani
 Lazada.com.my

Blog Fieza Sani
 tesco.com

Blog Fieza Sani
 Zalora.my

Antara kesemua website shopping yang aku test guna bitcatcha, tesco dapat result paling baik C+..Untuk aku, kira okey sebab bila bukak website tesco, cepat jugak dia loading..Kalau tak, tak de la tiap bulan bukak website TESCO sebab shopping beli barang dapur secara online..ahaks!!!
 
Untuk pengetahuan korang, bagi mendapat ranking teratas dalam carian Google ,website yang baik harus mempunyai capaian 200ms (milisecond) sahaja..Jadi sila perbaiki sekiranya laman website masing-masing tidak mencapai tahap capaian seperti yang dikehendaki oleh Google.

Kelajuan adalah penting..Pastikan server laman web masing-masing sentiasa mengikuti kelajuan yang disarankan..Untuk menyemak kelajuan website masing2, boleh klik link yang aku bagi kat atas tadi.. Nak tahu lebih lanjut mengenai bitcatcha, korang boleh check it out kat bawah ni..


Twitter : @bitcatcha
Google+: +bitcatcha
Facebook: /bitcatcha


 

You Might Also Like

3 comments

  1. menarik! dah test. blog saya dpt rating C+ 😂😁😁

    ReplyDelete
  2. Dah check. Laju gak web pcl punya.. dapat A+..tq info.

    ReplyDelete
  3. Dah check. Laju gak web pcl punya.. dapat A+..tq info.

    ReplyDelete

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.