FiezaSani TTC Effort ~ ChiaSeed Bagus Untuk PCOS?

12:08

Chia Seed..sapa tengah amalkan..kita geng..Aku baru je start..Alhamdulillah, setakat ni ada nampak beberapa kesan positif kat aku seperti MENGURANGKAN KELETIHAN BILA BALIK DARI KERJA..Kalau tak sebelum ni, time balik kerja tu memang aku cepat letih sangat..Kadang sampai tertidur dalam keta..So sejak amalkan chia seed ni, aku rasa lebih bertenaga..Kat ofis pun bersemangat buat keja..MOOD PUN BAIK..KURANG RASA NAK MARAH..Selain MELANCARKAN PEMBUANGAN..Ni antara kesan yang aku alami.. 

Mr hubby & aku amalkan Chia Seed ni baru je lagi..Hope kitaorang konsisten amalkan selain untuk kesihatan, boleh juga membantu dari segi kesuburan..Aku ada terbaca dari blog mengenai chia seed bagus diamalkan oleh PCOSer..Yup, aku PCOS..Jadi tak salah aku amalkan pemakanan secara organik macam Chia Seed ni untuk merawat PCOS..

Apa fungsi Chia Seed untuk PCOS?

" Chia seeds are South American natural fertility enhancers. These tiny seeds are packed with omega 3 fatty acids, protein and fiber. This seed is another tool for stabilizing blood sugar to use against PCOS. Chia seeds are also very high in zinc, a mineral critical for men’s fertility. Chia seeds are high in protein and fiber, making them very filling. Chia seeds are traditionally rehydrated in liquid and served as a drink called agua fresca. Blended into a smoothie, their mild flavor vanishes. They can be soaked in sweetened milk to make a pudding similar to tapioca pudding. Chia seeds are tasteless cooked with hot cereal. If they are rehydrated before cooking, they can be blended into moist foods without being noticed."
Sumber >> Natural Fertility Enhancers

Biji Chia adalah sumber protein yang lengkap. Ia mengandungi 20% lebih protein daripada mana-mana benih atau biji lain. Chia Seed mengandungi 60% asid lemak Omega-3. Wanita dengan PCOS, mengalami pertumbuhan rambut yang berlebihan seperti di kaki, tangan ataupun kawasan atas bibir, serta mengalami jerawat dan keguguran rambut. Kandungan asid lemak Omega-3 dalam Chia Seed ini membantu meningkatkan kualiti telur yang dihasilkan daripada ovari, yang boleh meningkatkan kesuburan (untuk wanita) manakala bagi lelaki pula membantu meningkatkan tahap testosteron. Selain berfungsi untuk meningkatkan sensitiviti insulin (menjaga kadar gula dalam darah tetap pada paras normal. Gula darah (glukosa) adalah sumber utama energi untuk setiap sel dalam tubuh. Glukosa terlalu banyak atau sedikit dalam aliran darah dapat menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung, diabetes, masalah kesuburan dan masalah memori..

Yang lagi best amalkan Chia Seed ni, dari hasil carian aku di google, boleh diamalkan juga oleh ibu mengandung serta ibu yang menyusukan bayi..Wahh..best2..Mana la tau kot aku pregnant ke, boleh terus amalkan..wah..verangan2..hihi

Kat bawah ni ,cara pengambilan yang aku amalkan..cuma 1 sudu kecil sehari..

Zee Chia Seed..Sekarang banyak jenama chia seed ni, korang boleh pilih nak beli secara online ataupun di pasaraya seperti Aeon, Jaya Grocer atau farmasi yang menjual barangan organik..Aku punya ni, aku beli dari ig @ZeeChiaSeed (founder ~ FouziahGhous)...
 
1 sudu kecil
 
Tuang air ke dalam cawan & biarkan seketika
 
Chia Seed sedia untuk diminum..Untuk Chia Seed tak semestinya direndam dahulu..Makan macam tu pun boleh..Taburkan dalam minuman/makanan..

Terbaru, mak aku pun dah start minum juga Chia Seed ni..Masa mula2 mak aku macam was-was tapi aku yakinkan kat mak, tak de kesan apa..Mak aku bukan apa risau kot ada kesan2 sampingan..Setakat yang aku amalkan, tak de plak la rasa pening ke, nak muntah ke..Alhamdulillah..Mak aku pun lepas dah beberapa kali amalkan, baru percaya tak de kesan sampingan lepas minum Chia Seed ni..Jadi tak perlu risau..Lagipun, tak de rasa apa pun bila dah campur dalam air atau makanan..Macam cara aku buat ni, bancuh dengan air kosong..Bila minum tu cuma rasa ada biji2 je..Kalau nak sedap sikit buat la air manis..Aku ni, dah macam2 jenis ubat penah makan untuk masalah PCOS, so untuk minum air chia seed ni gitu je, tak de hal..

Chia Seed ni banyak lagi khasiat lain jadi tak rugi korang amalkan..Untuk kesihatan jugak..

>> Memberi tenaga & stamina

>>Menguatkan sistem imun

>>Menormalkan tahap gula dalam darah

>>Arthiritis

>.Membersihkan kolon

>>Menyah toksin

>>Mencegah kanser

>>Sakit sendi

>>Kulit yang sihat, rambut & kuku

>>Gangguan Hiperaktf

>> Menguatkan tulang & gigi

Okey, korang SELAMAT BER'CHIA SEED jugak :D

You Might Also Like

4 Comment

  1. selamat beramal dengan chia seed... ;)

    ReplyDelete
  2. Nak cuba juga..nk diet katanya hehehe

    ReplyDelete
  3. Nak cuba juga..nk diet katanya hehehe

    ReplyDelete
  4. dah lama nak cuba...tapi sampai sekarang asyik lupa nak beli

    ReplyDelete