AFB Feeds



Buffet Ramadan di Vivatel Hotel Banyak Pilihan...

12:31

Hi korang..kembali bersiaran selepas seminggu tak update apa2 kat blog kesayangan ni..Ujian di bulan Ramadhan, demam, batuk, sakit tekak, gusi bengkak..huhu..Dah tak sihat ni, apa pun tak boleh..Ni pun ada lagi balance2 batuk tak elok lagi..Suara aku dah macam nak back to normal..kalau tak ala2 rockers rasa..haha..

Start demam ni, berjangkit dengan mak aku rasanya sebab mak aku yang mula-mula demam dalam rumah..Elok mak aku dah nak beransur sihat..aku, mr hubby & abah pulak kena..Haritu adik bongsu aku datang rumah..Dia pulak berjangkit..Amikk penangan demam virus dari mak aku..kuat tak kuat la..semua berjangkit..

Jom nak share info untuk korang yang tercari-cari buffet Ramadhan..al-maklum la mood raya dah datang..nak masak juadah untuk berbuka pun dah tak de mood..hati dah ingat kat kampung je,kan..duk ngira hari je nak balik kampung..haha..

Cerita 2 minggu lepas ni..tak pe ni bukan entry berbayar..saja suka2 nak share dengan korang..

Kitaorang berbuka ni kat Retro Cafe, Vivatel Hotel..ala, dekat shopping mall VIVA..tak tau..sila waze..tak reti ahkak ko ni nak bagi direction..acane tercetus idea nak berbuka kat sini?al-kisahnya mr hubby nak belanja adik perempuan dia berbuka puasa..kitaorang tak tau nak berbuka kat mana?cari punya cari, tetiba aku teringat blogger2 kat KBBA pernah buat review buffet ramadan kat sini..Tak nak la main terjah je..kang sampai2, dah penuh lagi haru..Aku call dulu untuk buat reservation..nasib baik masih boleh lagi..maklum la last minute...

Eh..u pandang2 i kenapa?i tau i cantik..ahaks!!!geli tiak mr hubby kalau baca caption aku ni.."U & I"..
 
Masa ni, aku belum demam lagi..selera makan pun normal cuma aku memang bukan jenis makan banyak..tapi adik ipar aku ni, memang tak rugi bawak makan kat hotel..

Suka dekorasi hotel ni..fefeling kaya jap..haha...

Kat bawah ni, menu2 yang ada kat sini..serius, banyak weii..tu pun aku tak snap semua..amik yang mana dan je..
Steamboat
 
Aneka Sup..

Booth2 makanan yang ada..


 

Menu pilihan kitaorang haritu..Ketam masak lemak tu memang sedap..Sup tu pun sedap tapi aku tersilap gi amik limpa pulak..adehhh..hirup kuah je la..malas nak gi amik hat lain..
 
 

Alhamdulillah..semua habis kecuali otak2 & satay sebab rasa dia macam basi..huhu..
 
Aku duk usha dari masuk kat cafe ni, nak tangkap gambar kat sini..haha..
Nasib masa kitaorang nak keluar tu, dah tak de orang..nampak!!!kitaorang bertapa dalam ni sampai habis makanan..
 

Harga bufffet ramadan kat sini..berbaloi..banyak pilihan & sedap..ada la 1-2 menu yang kurang sikit macam aku beritahu kat atas tu...tapi tak pe, yang sedap boleh cover part yang kurang tu.. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Orang-orang lain takde ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang-orang lain?sapakah?saya ke sini dengan en.suami & adik ipar je..oo..kalau nampak kosong kat situ sebab saya snap gambar2 ni masa cafe dah kosong..pelanggan2 lain semua dah balik..

      Delete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.