AFB Feeds



Bila sales kasut semurah RM5?

11:26

Aku & kasut memang bestfriend sangat...kalau shopping online suka usha kasut..tapi kalau nak beli online, aku selalunya masalah part size..sebab susah nak dapat size 4..cuci2 mata je la..

Balik kampung minggu lepas, sebelum mr hubby berangkat ke tanah suci, pi shopping kasut..Cadangnya memang nak beli kasut untuk mr hubby pakai masa buat umrah..Kebetulan biras aku beritahu ada sales kasut kat Ipoh..Dia & mak mertua aku dah pi awal kat situ..siap tunjuk kasut Bata harga RM5 yang dia & mama dah beli..aku macam 'apa?' (sambil kening terangkat)..tak boleh dengar sales2 ni..alergik..terus laju2 ajak adik ipar bawakkan..

Orang perak yang ada berdekatan area Ipoh kalau nak pi terjah sale ni boleh la tengok banner kat bawah ni..

Selain Bata ada banyak lagi jenama lain..bukan takat kasut je ada..baju, barang menan pun ada..memang rambang mata ahkak ni..

Aku bukan boleh tengok sales2 ni..Haritu aku borong semua kasut brand BATA je..
Bukan tak tau kasut BATA kan mahaiii sebab kualiti dia boleh kata bagus la kalau nak banding kasut jenama lain..So ada sales ni, harus la grab..Harga bermula dari RM5..tapi masa hari yang aku gi sini, kasut2 RM5 dah tak banyak pilihan..sokay..kasut2 RM20 ada..banyak..cantik2 pulak tu..Kasut-kasut yang aku punya semua harga RM20..Kasut mr hubby amik 3 jenis..paling mahal, ada sepasang kasut mr hubby RM80..Masih kategori murah sebab harga asal RM300 lebih..


Kalau nak terjah, boleh lagi..sales sampai 5 Jun 2016..memang murah2 weiii..nak bayor pun beratur panjang.. 
Tak tentu arah tengok rega kasut macamni.. 
Muka ada happy, banyak dapat hasil tangkapan..
 

Halaaaa..suka sangat ni..2 bakul shopping kasut..aku gi ke sini 2x, tau..
gara2 nak tukar kasut..malam pi mengulang balik..sangkut lagi beberapa pasang..

 
Hasil tangkapan 2x shopping kasut kat sini..Untuk aku, mr hubby, mak-abah..dan adik ipar aku..  

Aku punya je 4 pasang..sepasang letak kat ofis, sepasang untuk pakai pergi-balik kerja, 2 pasang kasut jenjalan...

You Might Also Like

4 comments

  1. Betul PC pun suka brand Bata..tahan lasak..hihihi...

    ReplyDelete
  2. brand bata mmg lembut je pakai..tahan lama plak tu..kdg2 boring pulak xrosak2....hikhik

    ReplyDelete
  3. murahnya...seronok dapat kasut banyak2 cenggini

    ReplyDelete
  4. Bata kasutnye elok2 mmg tahan lama. tpi design kdng tu x berkenan di hati hehe

    ReplyDelete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.