AFB Feeds

Jatuh Cinta Dengan Magic Jelly Lovera

21:42

Ingat tak entry aku pasal Magic Jelly Lovera (MJL) kat SINI..Jom nak kongsi dengan korang testimoni aku sendiri lepas gunakan MJL ni hampir 2 bulan..

Macamana hasil dia?

Jujur aku cakap, aku jatuh cinta dengan MJL ni..Memang terbukti berkesan..MJL ni boleh dikategorikan untuk pelbagai fungsi..Korang boleh rujuk entry aku yang lepas, fungsi dia..Entry ni aku nak cerita keberkesanan produk ni untuk aku..Bukan sebab aku dapat produk ni PERCUMA jadi aku puji melambung-lambung, yea..ni testimoni ikhlas dari pengalaman aku sendiri menggunakan MJL ni..

First, kalau korang rujuk pada entry aku yang lepas mengenai MJL ni, aku ada beritahu yang aku mengalami kegatalan di celah jari yang menyebabkan kering, luka & pecah2..Hasil dari sapuan dengan MJL ni, alhamdulillah semakin baik..Suka wei..dah berbulan-bulan aku menghadapi masalah ni..Gara-gara aku gunakan sejenis krim untuk kesuburan..aku tak serasi dengan krim tu, kesannya aku mengalami kegatalan di tangan..Banyak dah produk aku guna tapi tak berkesan kat aku..
Nampaknya serasi bersama dengan MJL sebab dah menampakkan kesan yang positif..

Blog Fieza Sani

Gambar sebelum & selepas menggunakan MJL..ni pun aku sapu kadang2 je bila teringat..

Salain di tangan, aku guna MJL ni kat muka..sebab dia tak berminyak..Kulit pun rasa moist2 gitu..Aku cuma calit MJL + Bedak compact je..Macamana rupa dia..tu tengok gambar kat bawah..

Kalau tetiba mood rajin aku datang, sebelum tidur aku sapu jugak kat muka..bangun pagi, cuba rasa kulit muka sendiri...Lembut!!! 

 
Blog Fieza Sani

 Yea tau..ahkak tak baper nak lawa..tepek gambar sendiri ni sebab nak share hasil dia..

Dari uji kaji aku sendiri menggunakan MJL ni, jerawat dah kurang..Pori yang terbuka dah semakin mengecil..Salah satu fungsi MJL, mengecilkan pori..dan hasilnya tidak mengecewakan..serius suka sangat!!Bukan tue je, blackhead/whitehead kat hidung dah semakin kurang..dulu selalunya hari cuti, mesti aku pakai mask vietnam tepek kat hidung untuk buang whitehead/blackhead..tapi sekarang tak payah dah..Boleh rasa hidung licin je..kalau tak dulu, mak aihhh kasarnya...Kadang nak pegang hidung sendiri pun malas..tapi sekarang, asyik nak pegang je..ahaks!!

Selain aku yang guna, haritu Iman naik ruam kat badan dia sebab musim panas..mula-mula ingatkan kenapa la dia asyik menggaru je..Bila check, lorrr ada ruam..Aku cuba sapu MJL ni..dan nampak berhasil..Baru ni, abah aku pulak naik bengkak-bengkak kat badan..Masa abah cakap tu, terus teringat MJL ni..Apa lagi meh kita sapu kat bengkak2 tu..Tadi tanya abah, acane bengkak2 tu?kata abah dah elok..Seronok dengar..

MJL ni memang membantu sangat2..boleh guna tak kira lelaki, perempuan, dewasa, kanak-kanak..Harga pun tak ada la mahal sangat..Tahan lama..Ni terbukti sebab aku terima produk ni masa bulan 3 & masih ada lagi..Jimatttt sangat, weiii..Memang confirm aku pengguna setia MJL lepas ni..Nanti nak beli..yang 1st dah dapat free, takkan 2nd nak free..melampau sangat tu..haha

Pada aku memang berbaloi-baloi beli..pelbagai fungsi..boleh guna untuk seluruh badan..Kandungan MJL ni pun guna bahan-bahan semulajadi..Jadi tak perlu risau ada kandungan2 kimia yang membahayakan..

 Jom kita ber 'MJL

You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.