Jangan Goyang Kaki Sangat Laaa

16:00

Entry ni cuma sekadar pandangan aku je, tau..Jangan la ada yang terasa ke apa..Sekadar pandangan & pendapat serta cadangan aku je untuk kita kaum hawa yang lemah ni..

Ramai kot antara kita yang bangga kan kalau dapat pasangan anggota keselamatan..kalau dulu kat kampung2..dengar je anak dara si polan tu kahwin dengan anggota keselamatan..bukan mahennn..kembang kempis hidung mak pak..haha..agaknya la..Eh..dulu sebelum aku kahwin, aku dah aim nak yang kerja anggota keselamatan..hah..jangan tak tau..tapi lepas dah rasa sendiri pengalaman aku bercinta dengan anggota keselamatan ni macamana..hmmmm..terus tak pandang dah anggota keselamatan..tak kose, aku..makan hati, beb..nak putus pun tak berani nak cakap depan2..main lari2..dah kenapa?tapi nasib la aku ni jenis reti bahasa..orang dah mengelak-elak tak nak jumpa..call pun tak nak jawab, sendiri dah faham..terus undur diri..
 
 Nak cerita sikit pengalaman kawan baik aku sendiri yang berkahwin dengan anggota keselamatan..Rumahtangga yang diharap panas ke petang, rupanya hujan di tengahari..hmm..aku rasa lega jugak dia bercerai..bukan la maksud aku suka pulak dia bercerai tapi kalau kahwin pun dah hidup sengsara, buat apa..Masa tempoh perkahwinan kawan aku ni dengan bekas suami dia tu..selalu dia mengadu macam-macam kat aku..paling tak boleh tahan dia kena pukul..dah la kena kontrol..hmmm..aku rasa sekarang ni self-confidence kawan aku ni dah down..aku ada jugak nasihat dia cari kerja..tapi macam dia tak yakin..sebab dia cakap lepas kahwin, terus berhenti kerja..jadi mungkin dia kekok nak bekerja..anak dia yang sulung pun dah nak masuk sekolah menengah..jadi korang boleh kira sendiri berapa tahun dia tak kerja..aku malas nak cerita detail pasal rumahtangga kawan aku ni..tak baik, bukak aib orang..cuma nak nasihat pada adik-adik terutama yang perempuan, jangan bangga sangat dapat pasangan yang beruniform..dah macam-macam aku dengar..kena pukul..suami kawen lain..ada skandal..eh..macam-macam la...tak semua..tapi macam aku cakap tadi, hati-hati..aku tak cakap la yea beruniform ni suka buat hal..yang tak beruniform pun ada je buat hal..cuma kadang tu ada yang taksub sangat bakal pasangannya seorang anggota keselamatan..haih..dah kenapa?oo yea la, mungkin sebab kerja tetap..kerja kerajaan..kahwin je, terus duduk quarters..tak payah pening-pening nak cari rumah sewa..alhamdulillah, kalau yang mana bertemu jodoh dengan anggota keselamatan..dah jodoh korang..masa depan terjamin..tapiiii beringat la yea..jangan goyang kaki sangatttt..ambil iktibar dari kisah yang aku cerita kat atas ni..tak kisah la..kalau pasangan tu bukan kerja anggota keselamatan pun..sebagai perempuan, kita kena pandai juga berdikari..kalau susah sangat nak cari kerja..boleh la berjinak-jinak belajar kemahiran ke..boleh mulakan bisnes kecil-kecilan..sebagai back up di kemudian hari..mana nak tau pasangan yang kita cintai tu tetiba dia berubah hati.. 

You Might Also Like

4 Comment

  1. tak semua anggota keselamatan macma tu kan.. sebenarnya atas diri masing-masing nak bentuk rumah tangga macam mana. hihiii.. mungkin ada silap salah antara suami isteri, apa pun kita kembali kepada qadar dan qadar Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea Dkna..tak cakap semua..ada segelintir je..ada jugak yang baik..betul,dia sebenarnya sikap individu tu sendiri yang membentuk diri masing-masing..

      Delete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. jodoh cerai hanya Allah yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete