Menonjolkan Mata dengan Perfect Sharp Eyeliner SilkyGirl

23:15

Dulu time tak reti nak mekap2 bagai, memang aku tak tau la fungsi barang2 mekap..kecuali eyeshadow je tapi aku tak guna pun, aku cuma guna bedak dengan lipstick je..

Sejak bila aku berjinak dengan mekap?Pengaruh dari member ofis aku masa kat bahagian lama dulu..Tapi memang aku suka mekap pun cuma tak tahu dari mana nak mula..Bila member ofis dah pengaruh tu, apa lagi..Memang pucuk dicita la..Aku start  berjinak-jinak beli barang mekap, aku mula dengan pensil untuk kening tu je..Dari situ aku mula belajar mekap sikit..belajar sendiri je..tak de sapa ajar..Bila dah mula bermekap ni, macam biasa la..perlahan-lahan beli eyeliner, eyebrow pencil, eyeshadow, blusher..eh..complete la..termasuk dengan mascara..

Nak tanya sebelum aku cerita pasal eyeliner pilihan aku ni..Pilihan eyeliner korang yang mana?

Kat bawah ni 2 jenis yang biasa aku gunakan..Satu dalam bentuk Pensil..satu lagi Liquid Pencil Eyeliner

Blog Fieza Sani
Jenis Pensil

Blog Fieza Sani
Jenis Liquid Pencil Eyeliner

Antara 2 jenis ni, aku lebih suka guna yang Liquid Pencil Eyeliner..Sebab hujung lebih tirus & mudah nak lukis di mata..Yang jenis pensil tu aku guna je kalau tak de pilihan tapi bila dah lukis kat mata, nampak tak kemas dan garisan di mata yang kita dah lukis tu nampak tebal..lagi satu, bila dah lama sikit sampai tengahari sebelum solat, eyeliner pada mata yang kita lukis guna pensil tadi  dah berkumpul & nampak comot..seriuss..tak suka..kalau nak basuh pun susah walaupun guna pencuci mekap..Itu aku le..tak pasti la kalau korang suka..Memasing punya pendapat & citarasa..Ini pada pandangan aku je..

Pilihan aku Perfect Sharp Eyeliner SilkyGirl..Aku suka wei..Sesuai dengan nama..Perfect..Sharp bila dah lukis garisan kat mata..Elok je ikut pada mata aku..Hasil garisan pun nampak kemas..Suka Suka Suka!!!

Apa Fungsi Eyeliner ni?Untuk menonjolkan bentuk mata kita samaada nampak kecil atau besar serta lebih tajam, kemas, menonjol dan menampakkan sisi seksi pada mata..wauuu..hehe jadi pemilihan warna eyeliner memainkan peranan..Aku setakat ni, lebih selesa guna warna hitam..
Blog Fieza Sani  
Bercerita pasal Silky Girl Perfect Sharp Eyeliner ni , aku dah cuba..Masa dapat ni, aku dah jatuh cinta sebab macam aku dah beritahu awal tadi antara 2 jenis yang aku bagi contoh kat atas tadi, aku suka yang ni sebab senang nak lukis pada garisan mata, garisan lebih halus & kemas..Nampak mata aku lebih kecil..haha..Sebab haritu kat office, ada pegawai aku tegur mata aku nampak kecil..hehe..Dari segi tahan lama, yea betul..Sampai tengah hari masa nak solat, eyeliner masih ada lagi di mata elok & kemas..Nak cuci pun tak susah sangat..Guna Make Up Remover je..

Jatuh cinta dengan Silky Girl Perfect Sharp Eyeliner
 
Hasilnya..eh..suka..suka..Masa ni aku tak lukis pada garisan bawah mata..Cuma belah atas je..
 

Ni gambar pagi tadi di pejabat..fresh from the oven..hehe..Nampak tak mata tu..

Kalau tanya komen aku positif ke negatif Silky Girl Perfect Sharp Eyeliner..Aku bagi positif..Aku sukaaaa & menepati ciri-ciri jenis eyeliner yang aku suka..

You Might Also Like

2 Comment

  1. I suka eyeliner dari L'Oreal. Okay juga lah :)

    p/s: kalau rajin singgah lah http://husnawho.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete