Dapur FiezaSani - Mee Goreng Lada Hitam

09:24

Menu minum petang hari sabtu lepas..try mee goreng lada hitam ni pulak..tak tau la okey ke idok..tak pernah rasa pun..saja je try..Jom check it out, bahan-bahan & cara masaknya..

MEE GORENG LADA HITAM

Bahan-bahannya:
  • 500 gm mee kuning - basuh dan toskan
  • 500 gm udang saiz sederhana kecil - kupas kulit
  • 450 gm daging - potong kecil, rebus empuk
  • 1 ikat sawi - kerat ikut suka
  • 1 biji tomato - belah dua dan hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih - parut/cincang halus
  • 1/2 inci halia muda - parut/cincang halus
  • 2 sb sos tiram
  • kicap pekat - banyak mana ikut suka, kalau suka mee hitam lebihkan
  • 1-2 sb lada hitam - kisar kasar
  • 1 sk serbuk knorr
  • secubit garam

Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam. Bila naik bau masukkan daging. Kacau, kemudian masukkan udang pula.
2. Bila udang sudah kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram, serbuk knorr dan garam secukup rasa.
 3. Bila sudah sebati, masukkan mee kuning, diikuti tomato dan sawi. Gaul kacau secara merata.
 4. Bila sudah mesra bolehlah dihidangkan bersama lada jeruk. 
Ada bahan-bahan kat atas ni, aku guna apa yang ada kat rumah..contoh macam sawi tak de, aku tukar dengan tauge..udang/daging pun tak de, aku tukar dengan ayam cincang..
 

komen mr hubby - sedap..licin..tak pe, diet belum start sepenuhnya lagi..hihi

You Might Also Like

4 Comment

  1. haish... sedapnye mee goreng lada hitam ni... tengok pun lapar

    ReplyDelete
  2. bagus la fieza, amalkan diet secara sihat yea fieza...

    ReplyDelete
  3. ok sedapnya mee goreng.. esok nak try masak lah. hihi

    ReplyDelete