LifeStyle

Profesional

14:28



Hari Jumaat lepas, ada jamuan kat tempat lama aku..ada salah sorang officer kat Unit lama aku tu pencen awal..so dorang ajak joint celebrate skali sbb aku bertukar dari Unit tu..tak de gambar officer yang pencen awal tu..ingat nak bergambar dengan dia tapi nampak dia cam bz benor duk bercakap dengan anak buah dia..agaknya duk setelkan apa-apa kerja yang still pending..

Salah sorang kakak kat unit lama aku ni yang kontek aku ajak joint jamuan ni..mula-mula aku macam tak baper nak sebab confirm-confirm ex-boss aku ni ada..Nebes weiiii nak jumpa dia..tapi tak pe, kita profesional..no hurt feeling bebeh.. ;)

nampak tak?profesional ke idok kitaorang?

Cenderamata dari Unit Integriti..tQ ;)

renovation rumah

Projek terbengkalai..

15:24

Alhamdulillah.. projek terbengkalai since tahun lepas dah siap..kisahnya tahun lepas, aku & mr hubby ada la duit lebihan sikit so kitaorang decide untuk buat awning kat depan umah..sekali siap2, serupa tak payah letak awning kowt..bocor weiii..bukan bocor sikit-sikit..semua bocor..at first walaupun bocor, kitaorang biar je la..kurang-kurang tak de la panas sangat tapi ada le jiran sebelah tegur, suruh turunkan balik atap genting yang dah siap tu sebab nampak berat sangat sampai melengkung..dorang risau takut atap tu berderum jatuh kena kat kereta kitaorang..so aku, mak & abah la yang turunkan atap2 tu..yang tinggal, frame awning je..sejak tu la awning kitaorang tu kosong..tengok umah sebelah-sebelah cantik2 je awning dorang..nasib!!kitaorang dapat tukang buat rumah yang katanya gheti nak buat..sekali bila dah siap..hasil nan adoooo..abis masa tu nak repair balik, ongkos pun dah tak baper nak ada..jadik terbiar je la gitu..so, baru ni ada duit..hasil menabung..kitaorang buat jugak awning tapi dari jenis macam zink walaupun frame yang sediada kayu..lantok la..janji ada kan..kitaorang sebenarnya rumah ni nak buat sewa memandangkan aku & mr hubby dah stay ngan parents aku..jadik dari umah ni terbiar je kosong, baik la kita buat sewa..dapat jugak duit sewa kan..hehehe...tapi kena la repair dulu awning terbengkalai tu..

semalam, dah siap..


Ni la atap genting yang mula-mula kitaorang pakai tapi diturunkan lepas jiran-jiran cakap nampak melengkung kat awning kitaorang tu mebi sebab berat sangat sebab tukang yang buat awning ni salah buat..kitaorang dah try nak jual balik kat kedai tapi semua tak nak..yang best tu, kitaorang siap nak bagi free kat sesapa yang ada nak buat rumah kan?tapi sorang pun tak nak..stress je..bagi free pun tak mo..ni kitaorang nak bagi kat company yang kitaorang pasang awning hat semalam ni..nanti dorang akan amik..

tadaaaa..ni la hasilnya..semalam baru siap..tak kisah la nampak cam klakor sikit..

Dari belah depan 

Dari belah dalam

Moral of the story, kalau korang nak buat pengubahsuaian rumah tu cari la kontraktor yang elok & terbukti hasil kerjanya..jangan jadik macam kitaorang..huhu..tak pe la, pengalaman kat kitaorang jugak..

LifeStyle

Sangattttt membantu..pfttttt

11:46

Meh nak share dengan korang prosedur untuk claim insurans kalau kehilangan kereta..First of all, check cover note insurans kereta korang & stated kat situ 'cover - COMPREHENSIVE'..

Al-kisahnya kereta personal aku hilang kena curi hari Jumaat lepas..aku tak tau citer kata keta aku ni hilang..balik keja, baru abah bitau..lepas dah hilang tu, abah try cari area-area kat situ kowt tersalah parking ke hapa tapi lepas dah dabel confirm tak ada..terus BUAT REPORT POLIS..keta ni atas nama aku..aku beli sebelum kawen lagi, sebelum aku masuk kerja government & sebelum kenal dengan mr hubby lagi..dah lama la keta ni..keta ni adik aku yang bawak sebab aku kan penakut nak drive..

At first mr hubby syak mebi keta aku ni kena tarik tapi mak aku tak konfiden..mak aku syak kena curi..hari isnin aku kall Unit Tarik kat bank, confirm tak de keluar sebarang surat untuk tarik kereta aku ni..Jadiknya semalam, aku pergi ke bank untuk claim insurans kereta hilang..yea, tau proses dia amik masa yang lama tapi kita submit je la..mr hubby pun cakap proses dia memang akan amik masa yang lama..besa la nak claim insurans kannn..padahal kalau time bayar, lambat sikit dah tepon, siap bagi sms reminder bagai..nak claim *&^%@^@&..okey..malas nak komen pepanjang kang, tak memasal kena saman lak..

Aku & abah gi ke HQ bank yang kitaorang amik insurans ni kat Jalan *****..sampai situ, aku tanya orang yang keja kat bank tu, dia suruh naik tingkat 3..naik tingkat 3, aku bitau nak submit untuk claim insurans kereta hilang..staff yang jaga kat kaunter amik no. tu suruh turun plak tingkat 2 jumpa dengan sekian, sekian person in charge..turun la kitaorang ke tingkat 2..sampai tingkat 2 tu, person in charge tak de..dah keluar lunch..aku pun story pasal nak claim insurans kereta hilang..staff tu cakap kat situ untuk datang amik cek ke hapa kalau dorang dah keluar surat untuk datang collect yang claim insurans kita tu kalau kita dah bersetuju dengan amaun yang dorang offer..lorrrr..staff tu bitau jugak kalau nak submit insurans bukan kat situ..kat P.J..kat KL pun ada jugak cuma dia advise better gi ke P.J. ni..aku mintak tolong bagi alamat..nasib baik staff ni baik, dia siap telefon yang kat KL ofis, boleh tak submit kat KL je..katanya boleh..alhamdulillah..kalau tak, nak kena gi P.J. plak..

Masa kat tingkat 2 tu staff bank tanya ada bawak tak dokumen2 sume..aku cakap ada..REPORT POLIS, COVER NOTE INSURANS, SALINAN IC, SALINAN LESEN..pas tu dia tanya, AGREEMENT KERETA ada?aku geleng kepala ar..mana ada..lama kowt..ntah mana-mana agreement tu..dia cakap boleh dapatkan balik tapi kena caj RM20..sebab dia cakap selalunya insurans akan mintak jugak..jadik aku kena naik balik tingkat 3..amik no..pas tu kena isi borang (nama, alamat e-mail, no.kereta) & pas tu dia bagi 1 resit, suruh buat bayaran kat tingkat bawah..dah buat bayaran, naik balik ke tingkat 3..pfttttt..exercise aku..sebab naik tangga..lif ada tapi macam hampeh dot com..lambatttt..setel dah bagi balik resit untuk bayaran RM20 tu, kena tunggu 3-5 hari bekerja..dorang akan e-mailkan..

then, aku & abah gi ke pejabat insurans bank ni kat area Jalan *****..dah sampai situ, amik no..tunggu giliran..sampai no.giliran, aku bitau kat kaunter nak submit claim insurans kereta hilang..dia check-check semua dokumen yang aku bawak tu..kat report polis tu kena cop pengesahan salinan diakui sah dari balai yang kita buat report kereta hilang  & kena caj RM2 untuk dapatkan cop tu..pfttttt..hangin je ghasa..tapi staff kat kaunter tu baik..dia cakap try tanya kat balai polis yang berdekatan kat situ..kalau polis tu nak tolong..lepas staff insurans ni bagi borang & check dokumen yang lain aku bawak tu, dia cakap semua okey..complete..kalau dapat cop dari balai polis ni, isi borang..dah boleh submit semalam jugak..aku saja tanya nak agreement ke?guesss what????tak payah..#$*&^..dah bayar kowt RM20 kat bank tadi..awat dorang ni prosedur tak sama..kat situ cakap nak..kat sini cakap tak perlu plak..hishhh..hangin jugak melayan karenah bank ni..tapi tak pe la, dah bayar pun kan..nak buat camne..kuar dari situ, kitaorang try gi ke balai polis yang staff tu cakap tadi..ermmmm..kat situ pun satu hal..polis baik sangatttttt..ada 2 orang polis masa tu..sorang laki, sorang pompuan..memula yang pompuan ni dah pegang cop pun..sekali dia pi tanya plak kat polis laki sebelah dia..terus polis laki ni cakap 'haritu dah jumpa pegawai kes'..aku cakap haritu jupe, bagi salinan dokumen2 tu je la..pas tu encik polis yang baik ni cakap kat aku, "cik kena gi jumpa balik IO (pegawai penyiasat) kes ni..'*&^%$#..erm..membantu sangatttt..terima kasih encik polis..:)

Balik keja, aku & abah gi ke balai polis yang kitaorang buat report tu..sebelum masuk tu, aku bitau kat polis yang jaga kat pondok pengawal tu..aku bitau nak dapatkan cop pengesahan kat report pasal kes hilang kereta sebab haritu report kat situ..guess what again????polis tu tanya aku balik 'oooo..haritu, dorang tak cop ke kat report?'..aku dengan senyum simpul jawab 'tak'..dalam hati..'derrr..korang tau kowt kena cop..kenapa tak cop awal-awal masa kitaorang buat report haritu'..kagum sangatttt dengan polis..tak pe ar, think +ve..dorang lupa kowt..banyak kes lain nak handle kan???

Sat gi nak submit borang insurans & dokumen-dokumen yang aku mention kat atas ni..hope, tak tukar plak ar statement kat insurans tu..semalam cakap sume dah okey..complete..

Update : Setel hantar claim insurans tadi..nasib tak banyak citer..just tunggu je nanti officer penyiasat dorang call & jumpat kat tempat kejadian (kereta hilang)..

ofis

Prosedur Keluar Negara Untuk Kakitangan Awam

11:45

Haritu aku dah up entry pasal prosedur keluar negara untuk penjawat awam ni..sekali semalam boleh pulak aku ter'delete'..kan main laju je tangan ni delete..Sekali aisehhh..baru pasan aku delete entry ni..okey, tak pe..memandangkan ahkak is free sebab bos CUTI REHAT..yeayyyyy (lompat2)..jadik boleh la mengarang balik entry ni..kalau yang entry aku delete semalam tu, aku letak picture borang, surat tak full version kan..yang hat ni full version..nampak tak, betapa free nya aku..

okey, jom cekidaut surat & borang-borang yang perlu diisi kalau seseorang penjawat awam nak bercuti keluar negara..

Surat permohonan lawatan keluar negara di atas urusan persendirian

Permohonan perjalanan pegawai awam keluar negara atas urusan persendirian

Borang pengisytiharan perjalanan pegawai awam keluar negara atas urusan persendirian

Rekod lawatan keluar negara di atas urusan persendirian (3 tahun terkini)

Borang permohonan keluar negara dan kemudahan perlindungan insurans kesihatan di luar negara atas urusan persendirian

Borang cuti rehat
Dah siap semua isi, sila hantar permohonan ke Bahagian Sumber Manusia kat Kementerian memasing..settle..sila ar tunggu surat kelulusan dari BPSM..tapi honestly, surat kelulusan selalunya lambat..aku peratikan kadang pegawai dah masuk ofis balik, lepas seminggu dua baru dapat surat kelulusan..

Refer pekeliling >> Surat Pekeliling Bil.3 tahun 2012

bisnes kecil-kecilan

Dari Hobi....

11:27


Dari hobi bertukar jadik side income..adik ipar aku punya projek sebab dia minat baking-baking kek ni..aku kalu nak buat muffin..memang rajin la sangatttt..takut bantut je muffin aku buat tu..hehe..jom nak share dengan korang yang bakal kawen, tengah usha-usha nak cari doorgift untuk tetamu sesuai sangat la bagi muffin ni..comey je plus mengenyangkan..yang red velvet, vanila gambar kat bawah ni untuk doorgift nak bagi kat adik sepupu aku yang kawen bulan 12 tahun lepas..projek adik ipar aku ni tapi aku ngan mak tumpang la sekaki..tolong packing-packing..pftttt..penat tau tak?kagum tul dengan adik ipar aku & husben dia (adik aku) baru-baru ni siapkan order 1000 muffin | 1000 lollychoc = 2000pcs..yang masa adik sepupu aku kawen bulan 12 haritu, kitaorang buat ni dalam berapa ratus je..tu pun aku rasa dah penat giler..sambil buat sambil makan sebab SEDAP. Selalu aku ni tak baper suka sangat muffin-muffin ni tapi hat adik ipar aku punya ni, aku suka plak..nampak tak nak cakap sedap..hehe


Perasa Red Velvet

Perasa Vanila


Selain dua perasa kat atas ni, ada lagi perasa lain macam oren, chocolate chip & etc..

yang bawah ni, order minggu lepas adik ipar aku & husben dia dapat order 1000 muffin & 1000 lollychoc..fengsaaannn..dorang berdua siap amik cuti untuk siapkan order ni..



Part aku plak..sedor diri tak berbakat nak baking-baking ni, nampak tak tag tQ kat muffin & lollychoc tu..tu la part aku..print out tag & gunting-gunting je..yang gunting-gunting tu banyak mak aku yang tolong..sakit pinggang wooo nak gunting 2000pcs..

-tQ tag-




Muffin & lollychoc ni sesuai dijadikan doorgift untuk majlis kahwin | kenduri cukul jambul | birthday | pertunangan & lain-lain..

Kalau sesapa berminat nak order @ ada sebarang pertanyaan, boleh ar terus contact adik ipar aku ni >> Ita | 018-2600672


vacation

Weeee wiiit

15:17


Tajuk main letak je..tak tau nak tulis tajuk apa..

Vacation yang tak de dalam perancangan..tetiba je..hehe..


part mr hubby dah setel..booked Hotel & Flight Tiket..my turn plak nak dapatkan aktiviti-aktiviti yang nak buat kat sinun, sinun, sinun..tengah gigih google untuk dapatkan info dari blogger-blogger yang dah pernah gi bercuti kat sinun..nanti nak buat list..pas tu baru arrange aktiviti-aktiviti sekali dengan budgetnya.. ;)

tak sabarnya nak gi coti-coti..tapi tatuttt nak mintak cuti ngan bos ni..takut dia bising sebab bulan 2 haritu, apply cuti 3 hari..yang ni pun 3 hari..adoiyai..apa nak buat P.A. dia ni memang suka gi cuti..pantang orang offer, laju je..hihi


segmen

RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me

11:07


Haha..kebohsanan..tak de story nak up entry, jadik sebab tak de menda nak citer meh la kita joint segmen anjuran RedBellas ni..Syarat-syarat macam kat bawah..Sila la baca ;)

Mana tau kowt bertuah, menang cenderahati dari IKEA kan..kalau tak menang, dapat kenal dengan blogger-blogger lain yang joint segment ni jugak..


Syarat-syarat:

1) FOLLOW blog saya RedBellas & Instagram saya farida_far8
(wajib follow blog & tak wajib follow instagram jika tiada)

2) Copy PICTURE diatas & back link ke entri ini "RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me"

3) Letak TITLE entri anda "RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me"

4) Sila TINGGALKAN LINK ke entri anda di blog RedBellas.

Hadiah-hadiahnya:

Cenderamata daripada IKEA

Giveaway bermula hari ini sehingga 31 March 2015!!!

LifeStyle

Harga lain

15:19

Pernah tak korang alami, masa sopping kat mana-mana pasaraya situasi dah beli-beli..masa tengah bayar, mebi tak perasan kowt..selalu lepas dah beli tu, mesti kita check balik resit kan..bila check-check ada few item, yang harga masa kita amik kat tempat dia tu, harga lain (selalunya harga promosi)..bila bayar harga asal..hmmm..aku & mr hubby dah banyak kali kowt alami situasi macamni..dulu aku pun jenis tak kisah sangat..tapi sebab mr hubby is sangat detail & agak cerewet..habit dia lepas dah bayar, mesti check balik resit..kalau tengok harga lain, dia akan suruh tanya balik kat cashier..and selalunya cashier suruh kita gi ke Customer Service..Habit mr hubby tu dah menurun kat aku plak..hehe..contoh macam weekend baru ni, kitaorang gi ke sebuah pasaraya ***** (tak mo sebut)..kang kena saman plak..harga kat tempat amik tu, RM7.25 tapi aku macam was-was sebab dah selalu kena kan..kebetulan kat area tu ada mesin untuk check harga..aku pun amik & tettt..RM7.99..pfftttt betul firasat aku..mr hubby suh snap pic kat bawah ni & tunjuk kat cashier..nasib cashier yang kitaorang dapat tu okey..dia amik phone aku jap & key in barcode yang kat bawah ni..memang la beza baper sen je tapi untuk sorang customer..kalau ada 1000 customer yang amik, dah baper dorang huntunggkan kalau customer yang jenis tak alert sangat part harga ni..main amik, bayar je..is okey la..


Sebelum ni, kitaorang pernah kena kat pasaraya lain jugak..pasaraya *****..kitaorang amik syampu badan jenama Dettol jenis refill..masa amik tu, tengok harga je..tak perasan upenya harga tu untuk item lain tapi label harga tu dorang pi letak kat area situ..mana nak tau kan..selalu letak harga ikut barang la kan..ni harga letak lain, barang lain..masa amik tu tengok kat label harga TERTERA kat situ RM8.88..dah lepas bayar, mr hubby check balik..syampu tu RM15 something2..mr hubby suh aku masuk balik, check harga..masa tu baru pasan mistake kitaorang tak perati betul-betul RM8.88 tu untuk item lain bukan syampu badan dettol..tapi label harga tu letak kat syampu badan dettol refill..adoiyaiii..sabar je la dorang ni..macamne yeak dorang buat keja..macam perangkap customer je..letak harga untuk item lain tapi pi letak kat tempat lain..dapat customer yang jenis okey, tak pe la..'dah bayar..amik je lah'..untung pasaraya tu!!tapi mr hubby bukan macam tu..yang kes syampu badan dettol tu, kitaorang gi tanya balik kat cashier..dia suruh gi ke Customer Service..kitaorang tunjuk resit & picture gambar yang label harga item lain tapi letak kat situ..terus tak jadik amik..kitaorang mintak refund..

Jadiknya conclusion sila check betul-betul harga sebelum bayar..sekarang kat pasaraya kan ada mesin untuk check harga barang tu..sila ar check..sebab selalu sangat dorang ni, letak harga barang A kat tempat barang B..kekurangan pekerja kah??

Amal

Kisah Nek Yam

18:54

Pagi tadi ternampak post ni kat ig @azzaelite..sebak baca..nak up entry kat blog  pasal ni..ingatkan nak post lepas lunch..boleh pulak sibuk sangat kat opis lepas lunch tadi..
Tadi sambil-sambil buat keja lepas lunch, aku ternampak kisah nek yam ni dah ada orang share  kat fb & dapat perhatian dari orang ramai..aku share jugak kat sini untuk korang2 yang nak & berkemampuan untuk bantu..
#khidmatmasyarakat

LifeStyle

Lurusss

12:59

Aku ni memang lurus sikit..hehe..bos aku tak sihat harini so dia tak masuk ofis..pas tu ada plak meeting yang agak penting petang ni..masa bos aku kol pagi tadi, aku dah tanya ngan dia..dia nak hantar sapa sebagai wakil..dia bagi nama 2 orang pegawai..aku panggil sorang C, sorang lagi W..mula-mula aku pi jumpa yang C ni..dia cakap tak boleh sebab ada meeting lain..dah sorang tak boleh, aku pi jumpa yang W pulak..bitau dengan dia..dia tak mo sebab bawah bos aku ni ada 2 orang Timbalan..memandangkan meeting petang ni, yang jadik pengerusinya pangkat besor lagi dari bos aku jadik, W ni bitau lagi bagus salah seorang timbalan bos aku ni yang attend..aku dah macam..ala..tension jap..dah la bos aku tak masuk opis harini..takkan la aku pepandai plak nak suruh yang Timbalan ni attend sebab arahan bos aku suruh salah sorang pegawai C @ W ni yang attend..dah dua-dua tak dapat hadir, nak tak nak kena la tanya bos aku balik kannn..tak kan pepandai plak aku suruh timbalan bos attend..kang dia tanya 'sapa bagi arahan?' nganga jap nak jawab..

Malas nak penin-penin aku mesej je dengan bos aku direct..aku citer je la sejujurnya..hehe..tunggu-tunggu bos aku tak reply..kebetulan aku nampak sorang pegawai yang bawah W ni..aku saja la citer dengan dia pasal kes aku tadi sebab aku suka gak tanya pegawai ni coz dia baik..sekali pegawai ni cakap..'akak..lenkali jangan mesej macamtu..bos-bos ni tak suka kita tanya balik soalan kat dorang..akak ni lurus'..hehe..memang pun..aku jenis suka terus-terang..kenkadang malas nak konar-konar..kang salah konar, kena balik kat aku..nak menjawab yang masalah tu..itu yang aku suka bitau je terus terang..yang penting keja aku setel..

Pegawai yang aku suka tanya tu, tak de la cakap aku buat salah ke hapa..cuma ayat aku mesej ngan bos aku tu je, macam salah sikit..hehe..akceli sebelum aku nak mesej dengan bos aku tadi, aku try cari pegawai ni tapi tak nampak dia..tu yang aku main karang ayat sendiri..taip, taip..send..maklum ar dengan bos ni, kan ada protokol sikit..aku pulak jenis main suka suki je..yang tau keja setel.. :D


Hmmm sangatttt..

18:46



Excited konon nak beli handphone baru..hihi..padahal..phone aku ni elok je lepas wassap kat mr hubby, terus elok..sabo je la..

Sampai umah semalam, masuk bilik..nampak mr hubby tengah cari handphone kat internet..siap tanya, aku nak handphone apa..alahai part jenis2 handphone ni memang failed la..yang tau Samsung, Nokia, I Phone..yang lain2 tak baper nak hafal..

tapi ni phone dah okey plak, cancel la beli handphone..tapi tak tau la kan kowt mr hubby baik plak nak beli gak..hihihi..

Gadget

Handphone oo Handphone

15:58


Phone dah start rosak..waaaa..nak suka ke nak nangis ni..confuse..suka sebab boleh tukar handphone baru..hihi (gelak jahat)..nangis sebab kena kuar RM RM RM beli handphone baru..

Tak tau la handphone ni, baru je sat sat ni buat hal plak..duk on off on off..dah try restart..lagi syok dia duk main on off on off sendiri..kesabaran je la..haritu asik hang je..mr hubby dah reformat..dah okey..ni dia buat hal balik..

handphone apa yang paling latest yeak..dah banyak sangat kuar handphone baru..tak terikut..harini kuar design ni..minggu depan dah kuar design hat baru plak..aku memang bukan jenis yang ikut sangat handphone-handphone yang terkini kuar..yang aku pakai sekarang ni pun mr hubby punya dulu sebab mr hubby dapat handphone baru..

tapi ni kalau handphone ni duk buat hal, memang kena cari handphone baru ni..yang penting jenis smartphone sebab dah biasa..kalau hat pattern dolu-dolu tak mo la..tak boleh wassap, ig semua..dah terbesa kowt..eh eh..eksen plak..dulu pakai 3310 kowt..boleh je..hehe..aje ngan ngengada..

'sayang.....nak handphone baru' << ayat kat mr hubby..dah la harini mr hubby sakit kepala, mc sebab darah tinggi..sat gi mintak handphone baru plak..naik lagi la darah mr hubby..hehe






bisnes kecil-kecilan

my InstaGram & biz InstaGram

09:23


Ingat nak tulis entry pasal si Iman..tapi nanti ahkak taching..so tak nak tulis pasal Iman..Just nak inform Iman dah tak duk ngan kitaorang lagi..huhu

Okey, korang nampak tak kat sidebar belah kanan, ada dua badge InstaGram aku..1 is personal ig aku tau..1 lagi tu my biz..hehe..Sudi-sudikan la follow.. ;) Yang personal tu, harus la pasal personal aku je..gambar aku selpie la..apa-apa la yang aku rasa nak update..tapi aku jarang update..cuma aku suka tengok update-update terkini dari member aku je..yang biz tu plak, sekarang aku biz beg, sling beg, handbag, dress, jubah..produk kecantikan macam BB, aku tak jual lagi sebab aku tengok banyak sangat orang jual..yeaaa aku tau persaingan tu bagus tapi macam tak best plak sebab ramai noo seller jual produk kecantikan..kalau kat fb tu, bila aku advertise kat group iklan time aku promote, seller ni pun promote..menda yang sama..harga berlumba-lumba bagi murah..bila bagi harga murah, nanti ada plak customer tak konfiden..ingat kita jual fake..jadiknya malas la nak gaduh-gaduh..so aku try jual beg2, dress & jubah..beg-beg ni pun banyak jugak seller jual tapi design & pattern berbeza..so dari segi persaingan tu ada la jugak cuma at least idok la berebut2 ngan seller lain sebab aku jual beg hat pattern lain..yang seller lain, jual pattern lain..so terpulang la pada customer nak cari pattern, design beg yang macamna..

erm..nak membebel apa lagi yeak..tak de idea..haha..

okey tu je la..nanti-nanti ada idea, aku hapdate..sila-sila kan la follo ig ku..