AFB Feeds

Dapur FiezaSani ~ Ayam Sambal Bali

08:30

Tengah viral kat fb resipi ayam sambal bali ni..Sumber FB, resipi ni turun temurun dari arwah mama kepada empunya resipi (aisha shukor)..aku pulak dapat resipi ni dari group masakan yang aku joint kat fb (MAHN)..

Sabtu lepas, mak suruh aku masak sebab dah tak de idea nak masak apa..aku seperti biasa, scroll scroll kat group masakan dalam FB yang aku joint, terjumpa pasal resipi ni..tengok bahan-bahan & cara buat tak renyah..okey, mari la kita try..

Bahan-Bahan & Cara masak seperti di bawah..

Bahan-Bahan :~

  •  Cili Kering (Segenggam)
  • Bawang Merah (Besar-6 biji) **Lagi banyak bawang baru sedap
  • Bawang putih (1 ulas)
  • Halia (Sedikit. Hujung jari kelingking)
  • Belacan (Anggaran besar setengah ibu jari)
  • Serai (8 batang..Kalau yang jenis gemuk-gemuk..5 batang je) **dititik
  • Daun kari (6 tangkai) ** cuci & toskan
  • Kicap tamin
  • Gula (3 sudu besar)
  • Garam (2 camca kecil)
 **Cili Kering, Bawang Besar, Bawang putih, Halia & belacan - blend**
Cara Masak :~
  1. Ayam dibersihkan , selawat & tos..kunyit garam x perlu byk sgt..cukup satu camca kecil garam n kunyit..
  2. Panaskan minyak satu cawan..minyak mmg lebih sikit..nanti nak guna utk tumis..goreng ayam x perlu garing..nk juicy2..angkat
  3. Minyak ayam td tu,gorengkan serai,sampai separa coklat
  4. Masukkan daun kari smp garing (bkn hangus)..api sederhana
  5. Dah dpt warna cantik baru masuk semua yg dh blend td..tumis sampai naik bau & garing
  6. Masuk gula (jgn risau manis,sebab nanti rasanye akan balance) , garam & renjiskan kicap dlm 5kali renjis..jgn byk sgt dulu..biar warna merah maroon.. 
  7. Masukkan ayam & masak lagi 10 minit
  8. Siap..jgn makan terus lepas masak..biar la dulu dlm setengah jam..mkn esok lagi sedapppnyerr..

Selamat Mencuba!!
 

  Gambar atas ni hasil yang aku dah masak..memang sedap..mr hubby pun cakap sedap gak..abah aku pun komen katanya sedap..

You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.