AFB Feeds

The Last Witch Hunter

10:40

 Baru ni dapat tiket free movie tapi valid untuk sehari je..Boleh tengok movie di mana-mana GSC..ada kawan ofis mr hubby bagi..Memandangkan hari keja, kitaorang tengok malam lepas abis waktu kerja...Otw nak ke Mid Valley tu, jalan mak aih..mencabar..jammed ya amattt..dengan hujan lagi..terbaik la..Masa dalam kereta, mr hubby duk suruh usha2 dulu kat google, tengok cerita apa yang best..

Spectre (james bond) tak minat sebab hero dia tak hensem..hehe..The Martians la..Apa lagi yeak..Penyudahnya sampai kat GSC baru pilih nak tengok cerita apa..Mula2 mr hubby nak tengok Victor Frankeinstein tapi nasibbbb baik seat penuh..tinggal yang depan2 je..tak mo la..terus tukar tengok The Last Witch Hunter..Nasib baik masa otw nak masuk ke panggung, aku baru perasan poster cerita Victor..Rupanya cerita hantu..pftttt..beria mr hubby kata tak baper nak seram..Hat The Last Witch Hunter ni pun aku tak tau siapa hero?and cerita dia pasal apa..mr hubby yang beritahu, hero dia si botak Vin Diesel tu..Aku kalau si botak tu memang suka la..cerita dia selalunya mesti best2..Botak bukan sebarang botak tapi botak yang ada gaya..hehe..

Sinopsis Film Terbaru ‘The Last Witch Hunter’ (2015)

Filem ‘The Last Witch Hunter’ ini mengisahkan tentang rahsia sebuah kehidupan moden. Dimana dalam kehidupan moden muncul seorang ratu sihir yang akan mengancam manusia di bumi.
Kaulder (Vin Diesel) adalah seorang pemburu sihir yang hebat. Dalam aksi perburuannya, Kaulder dan kumpulannya berjaya membunuh Ratu Sihir Jahat (Jullie Engelbrecht). Dengan kematian Ratu Sihir ini menyaksikan sebuah sumpahan kepada Kaulder.

Sebelum mengakhiri hidupnya, Ratu sihir tersebut menyumpah Kaulder akan hidup abadi.
Sumpahan tersebut akhirnya menjadi kenyataan, memiliki kehidupan abadi membuat Kaulder menyaksikan isteri dan anaknya meninggal dihadapannya. Hingga itu, Kaulder merupakan satu-satunya orang yang masih ada dalam kumpulannya.
Di sisi lain ada seseorang yang sedang berusaha untuk membangkitkan Ratu sihir. Ratu Sihir bangkit dan melakukan balas dendam kepada Kaulder dan semua manusia di seluruh bumi. Untuk yang kedua kalinya, Kaulder harus mengalahkan Ratu Sihir tersebut.
Bagaimana cara yang dilakukan Kaulder untuk mengalahkan sang Ratu Sihir ? Jangan lupa tonton cerita selengkapnya filem ‘The Last Witch Hunter’.   

Rasanya masih di tayangkan lagi ni..

Pada aku & mr hubby cerita ni best..tak membosankan..Sebab kitaorang tengok cerita ni pukul 10.40mlm..sebelum tu baper kali aku duk menguap..Tapi nasib baik start je cerita ni, aksi2 yang tak membosankan, mendebarkan & membuat kita tak sabar tunggu babak-babak yang berikutnya sehingga habis..dan seperti biasa, lakonan vin diesel memang menarik kita untuk tonton sehingga habis..tapiiii aku ada keluar sat, nak terkucil..erm..part ni tak boleh buat apa..aku kalau masuk panggung, wajib keluar sekali sebab nak terkucil walaupun aku tak minum air langsung, hokay!! pffftt..tertinggal sikit jalan cerita dia tapi tak de la jauh sangat..still boleh catch up bila duduk balik kat kerusi panggung..

Overall..untuk cerita ni aku bagi 4 bintang..ahaks!!

You Might Also Like

1 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.