AFB Feeds

Nasib baik dapat sepasang?Motif?

10:04

Anak kurniaan tuhan..Semua pasangan yang berkahwin nak anak sendiri..ada zuriat sendiri..tapiiii..ada yang dapat rezeki anak awal..ada yang lambat..Ikut rezeki masing-masing..Yang mana dapat rezeki anak awal, bersyukur la..awak semua tidak perlu menunggu lama untuk mendapat zuriat sendiri..Pada yang dapat anak awal tu, jangan la pula lupa diri (tak semua..ada sesetengah orang)..Anak tu pinjaman dari Allah..didik la anak tu untuk menjadi anak yang baik, berjaya, mendengar kata, elok budi pekerti..bukan bermaksud awak dapat anak awal untuk awak mendabik dada sebab suami awak dah berjaya buntingkan awak..

Kalau bercakap dengan orang yang belum ada rezeki anak lagi, tolong la berlapik..Jangan main sedap mulut je..Orang-orang yang berada dalam situasi seperti aku yang belum mempunyai anak lagi ni, sangat sensitif..Tak minta orang yang tidak berada dalam situasi aku ni untuk faham tapi tolong hormat..Sebelum mulut berkata -kata yang boleh menyakitkan hati orang seperti aku ni, fikir dulu sebelum membuka mulut tu..Cuba letakkan diri berada di tempat aku..

apa motif bila cakap 'Nasib baik dapat sepasang?'

Yea..aku tahu aku tak sesubur ko..on je terus lekat..suami ko hebat!!

ko best friend aku, aku ingat ko faham situasi aku tapi aku lupa yang ko kan subur..ko takkan faham situasi aku..dari aku ikhlas nak tolong terus tak jadi nak tolong..hati aku sakit bila ko cakap ayat tu..serius tak faham, apa motif ko cakap macamtu..oo..mungkin nak ingatkan aku kot yang aku tak sesubur macam ko..tQ Fren..

Untuk yang dapat rezeki anak awal, tolong jangan HINA, PANDANG RENDAH pada kami yang belum dapat rezeki anak lagi..Anak tu kurniaan Allah..Allah uji hambanya mengikut kemampuan..Mungkin harini Allah uji kami dengan ujian ni..Berkat kesabaran, usaha & doa, insyaallah, Allah akan makbulkan doa2 kami yang masih berTTC ini untuk mendapat zuriat sendiri..Mana tahu masa itu nanti giliran kamu pula untuk diuji..Sabar ke kamu?Aku tak mendoakan..Tapi ingat yea bola itu bulat..Sekarang kami dibawah..kamu diatas..Bola sentiasa berpusing..Sampai masa, kami pula berada di atas, kamu dibawah..

 :D

You Might Also Like

6 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.