AFB Feeds

Ayam Sambal Cili Padi

19:57


Cooking time !! New recipe to try :)

AYAM SAMBAL CILI PADI
sumber : K.Noor Saffone

Bahan2:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

~ Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng hingga masak (jgn terlalu garing).
Angkat dan ketepikan.

Bahan utk sambal:
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/2 in kunyit hidup *
7 - 10 bj cii padi (jenis panjang)  *
1 biji cili merah *
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 sudu kicap manis
3 sudu besar cili sos
1 sudu kecil sos ikan ~ optional
garam dan gula
minyak

Cara:
1) Kisar kasar/tumbuk bahan bertanda *.
2) Tinggalkan lebih kurang 4 - 5 sudu besar minyak lebihan goreng ayam dlm kuali dan panaskan.
3) Tumiskan bahan2 yg dikisar tadi hingga wangi.
4) Masukkan bawang besar, kicap manis, sos cili dan sos ikan. Kacau.
5) Masak seketika dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
6) Masukkan ayam dan kacau rata.
7) Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
8) Bolehlah diangkat dah dihidangkan bersama nasi putih..

Komen from mr hubby ~ Sedap :D
Rumusan ~ Boleh repeat next time..

You Might Also Like

13 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.