AFB Feeds

MenYoGO #2

20:22

SOGO salessss..start semalam sampai 1 September 2014..member2 kat opis aku ramai la ada kad SOGO..dorang siap dapat katalog pasal sales ni..apa lagi semalam time lunch kitaorg menyerbu le ke SOGO..parking keta kat area Stesen Komuter Bank Negara..pas tu jalan kaki gi ke Sogo..tak la jauh sangat..cuma kena mendaki jambatan je..agak mengah le jugak..time nak ke SOGO semalam bersemangat jalan kaki ikut jambatan tu..time nak balik tu, mengah memasing dengan bawak plastik bag berbungkus-bungkus..

Sales ni kat tingkat 7..nak masuk tu kena tunjuk kad sogo..sorang member kad Sogo boleh bawak sorang kawan..aku x de kad Sogo..nak masuk tu, aku folo ngan member yang ada kad Sogo..

Dah masuk kat situ, mmg rambang le bijik mataku ini..tapi kontrol, kontrol,kontrol napsu..dalam kontrol2 tu, sangkut la kasut sepasang..memang aku nak beli kasut pakai kat opis sbb kasut aku yang ada sekarang ni tapak dah haus..siap koyak2 lagi..huhu..


Tantikkkk ke idok!!!!hehe

 **jom follow iG shop ku >> @chintafiezzshoppe**

MenYOGO

21:38

Sekali dapat duit raya daaaa..jeng jeng jeng..terus mereka macam2 dalam kepala, nak beli memacam..macam dapat 1K je padahal RM50 hengget..

Dah dapat duit raya tu, ni la hasilnya..hiiiii..terus menyopping kat SoGo..


Semalam member opis ajak ke SoGo, dia usha handbeg..aku usha purse ngan wristlet..pilih punya pilih ni la hasilnya..heè..

Keyword

Keyword

18:11

Sejak tranding citer RA200 ( RinduAwak200%), pas tu aku buat review pasal novel ni, bila aku check Mr.Nuffnang mmg keyword yg top semua pasal novel tu..hiiii..tak sangka drama tu meletups pulak..tetiba blog aku pun tumpang top jugak (sila jangan perasan)..hihi..tantiu la pada yg masuk ke blog ku ni sbb nak baca review pasal novel tu..mesti sume bengang dengan Armel..tu yang ramai duk google nak tau ending citer tu..tapi la ni Armel dah baik..sweet lagi dengan Zill..siap buat photoshoot wedding lagi kat luar..hah, tue la..baru Armel tau betapa huntung dapat suami macam Zill..tapi in reality ada ke suami baik giler tahap kesabaran tinggi dapat isteri perangai macam Armel (masa mula2 ar)..sekarang Armel dah baik..aku tengok drama tu idok la stress macam mula2..sejak Armel & Zill dah loving2 ni, rileks je aku layan drama ni..

Tadi check keyword kat Mr.Nuffnang..RA200% masih lagi tranding..tapi ada terselit keyword lain..Pati Delima & Kulit Berminyak..

Pada pendapat aku la sebab aku amalkan pati delima ni..memang sangat membantu dari segi kesihatan dan kecantikan kulit sbb aku dalam kategori kulit bermasalah ( jerawat & parut2 jerawat)..Kalau korang google, memang banyak la khasiat &  kebaikan pati ni..Macam aku bila amalkan pati ni, ada la member opis aku tegur..cakap kulit aku nampak tantikk (kembang kempis idung..)..selain dari pati ni aku pakai produk muka jugak..so mebi pati delima membantu dari segi dalaman n produk muka membantu kat bahagian luaran..kalau kulit berminyak, aku tak pasti..mebi ikut pada kesesuaian jugak kowt..kalau nak tau cuba sendiri..baru la nampak hasilnya..sebab kita pakai @ amalkan mana-mana produk ikut keserasian penerimaan badan masing2..ada yang serasi guna produk A..ada yang tak..jadik kalau nak tau kena la cuba..

Nuffnang

tantiuuu

17:31


tantiuuu Nuffnang..BE ke-4 dari Nuffnang untuk bulan Ogos kat blogku ini.. Walaupun aku update blog sesuka hati dan mood..hehe..

Sesapa yg tgh cri Notebook, sila2 la klik iklan Nuff ku ini..hiii..iklan dari hp..

Aidilfitri

Raya @ BPU

16:05

Kemalasan nak taip2..jadik layan gambor je la..Gambar-gambar yang ni dari hp aku..nanti dah dapat official yang hat ofis punya, aku buat part 2 plak..tapi tengok pada tahap kerajinan aku..hiiiii

Sebahagian dari ex-staff & staff BPU..lepas ni nama baru BPU ialah Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU), hasil penggabungan Bahagian Pembangunan Usahawan & Pusat Khidmat Kontraktor





Seperti biasa, gambar makanan tak amik..kepenatan sangat..cewahhh..mcm banyak koje je..hiiii..ada la tolong sikit-sikit..tapi sikit-sikit pun tetap penatttt, hokayyyy..

Aidilfitri

Raya, Raya 2014

14:37

waaaa..bohsannn kat ofis..officially kat ofis FB dah kena block..mula-mula ingatkan I.T. tempat aku ni buat penyelenggaraan sebab sampai 3 hari tak boleh bukak fb, radio online (yang ni aku selalu bukak selain dari blogku ini)..rupanya kena block..sabar je la..boleh bukak FB time pagi b4 7.30am & time lunch je..okey, fioneee..FB tak kisah la tak boleh bukak time working hour..ni radio pun kena block jugak..adoiyai, nak kena cari radio mini pulak..selalu aku dengar radio online..ni tak boleh bukak radio, rasa tak semangat nak buat keja..haiiiii..so ni kalau kena tukar ke Jabatan pun, okey je la..sama je..

okey, ni tak boleh nak bukak internet kat ofis, aku hapdate blog..ni pun nasib baik blog boleh bukak..meh aku share gambar2 masa gi raya kat umah ex-officemate..ada 2 orang..sorang dah bertukar, sorang lagi dah bersara..







Aidilfitri

Raya 2014 @ Sg.Siput, Perak

10:43

Baru nak hapdate..asik lupa bawak kamera ke opis sbb nak transfer gambar2 ke pc..kat umah ada laptop tapi malas nak bukak, boley!!!!

Raya tahun ni, turn sebelah aku @ Sg.Siput & Kuala Kangsar, Perak..Kalau raya sebelah aku, warna & pattern baju kitaorang sama..Jadiknya tema tahun ni adalah :~

Kami sekeluarga..ada sorang lagi adik no.2 aku, tak de dalam gambar..

gambar-gambar tak banyak..aku la..duk usung kamera dalam beg kehulu hilir..rasa macam nak senget bahu..tapi idok la aku tangkap gambar..nak kata tangkap gambar guna handphone pun tak..hissshh..nama je hp canggih..tak paham aku..akceli ahkak is pemalu..(ayat coverline sangat)..sebab tak banyak tangkap gambar..gambar2 kat bawah ni, masa raya pertama je..raya ke-dua, ke-tiga dan seterusnya..tangkap dalam hati je..heeeee

Raya ke-dua ~ beraya ke kampung sebelah abah aku @ Kg.Keroh Hulu, Padang Rengas, Perak Darul Ridzuan

Raya ke-tiga ~ baru ke sebelah mr hubby @ Ipoh, Perak Darul Ridzuan

mak & abah
kitaorang ar..

adik bongsu aku & wife dia

mak & menantu
Lepas dah salam2, makan, tangkap gambar..terus gerak ke Manong pulak..kampung mak aku..beraya & tidur kat umah opah aku plak..

ni masa petang raya pertama..dah kepanasan memasing..tempat rekreasi kat kampung aku..tapi macam tak baper nak terjaga sangat dari segi kebersihan, kemudahan macam tandas & tempat tukar baju..






 


Yang mandi a.k.a berendam abah, adik aku, mr hubby & adik sepupu aku..aku & adik ipar aku tunggu kat tepi..main rendam2 kaki je la dalam air macam dalam gambar kat atas ni..tengok dorang mandi..laki senang..tak yah nak tukar baju sangat..terus bukak baju, lompat dalam air..macam kita pompuan nak tukar baju, suar bagai..agak leceh di situ..macam aku citer tadi, kawasan rekreasi ni tak terjaga sangat walaupun ramai jugak orang datang..ada la tempat tukar baju tapi idok la (paham2 je la kan)..tak yah aku citer detail sangat..paham2 sudah tahap kebersihan tempat yang tak terjaga..bukan nak kutuk kampung sendiri tapi tue la realitinya..

TTC

Bawang sedap??

15:15

Sejak 2 menjak ni mr hubby tetiba feveret dia bawang..aku pun confuse sejak bila dia suka bawang ni..mula terperasan ni sebab dia sendiri yang cakap..nampak tak, aku jenis tak alert..laki sendiri punya feveret pun tak tau..heeee..bukan tak alert..cuma tak perasan je..(coverline)..hehe

semalam mak aku masak laksa..dalam pinggan laksa yang mr hubby punya, dia suh buh bawang lebih..2 kali tambah, ko..yang kali ke-2 tu, hamik aku letak sebiji bawang..haritu pun masa balik kampung, raya..mak aku masak laksa jugak..mr hubby suh buh bawang lebih yang hat dia punya..hisshhh..oonfuse jap..aku sampai tanya ngan mr hubby, sejak bila minat makan bawang ni..dia pun tak tau..tapi rasa ada jugak tiap kali makan sate, mr hubby punya feveret ni, kan pakej sekali ngan timun, bawang..yang bawang tu..abis la mr hubby makan (kalau tak silap)..

yang bulan posa baru ni, mr hubby baru perasan yang dia suka makan bawang..pas tu dia cam suka meloya..hari sabtu, lepas..aku dengar macam dia uwekk uwekk dalam toilet..ah, sudah..aku, kalau tak sebab cik P dah datang jenguk masa raya pertama ritu, memang dah check ni..tapi cik P dah datang haritu, takkan la kowt aku pregnen kan..period kowt..even masa aku period masa tu, mr hubby still duk meloya..aku pun masa bulan posa ritu, ada 2 kali rasanya uwekk2..plus rasa pening yang macam ala-ala pening lalat gitu..berpeluh jap aku masa tu..pasaipa tetiba pening plak..tapi masa tu, aku tak check pun sebab tak konpiden walaupun ikutkan aku dah lewat datang bulan..cycle aku 3 bulan ni, macam konsisten 35 hari..masa bulan posa ritu, tengok tak kuar2..simptom2 macam pregnant pun ada..tapi tak nak check..tatutttt -ve..sekali masa raya pertama ritu, cik P pun keluar..huhu..sedey!!!! tapi aku confuse, cik P aku dah keluar..dah kenapa mr hubby still lagi suka makan bawang + meloya tu (konon macam aku pregnant je)..peliksss sikit di situ..dah semalam terbukak topik pasal yang mr hubby suka makan bawang skrg, terus la terdengar mr hubby borak2 ngan mak & adik ipar aku pasal topik pregnen tapi period..yelah kan kenkadang isteri  yang mengandung, suami yang mengidam..so konon2 macam aku  pregnant sbb mr hubby suka makan bawang sekarang ni..

pernah dengar & baca kat blog2 pasal period tapi pregnant..mr hubby penah bitau, mak mertua aku pregnen anak-anak dia (mr hubby & adik-adik dia), cukup 7 bulan dorang lahir..yang masa nak lahirkan mr hubby lagi, best..mak mertua aku masa tu nak buat kenduri untuk lenggang perut kowt..selalu kan buat lenggang perut ni masa kandungan dah 7 bulan ke atas..ala, kalau sekarang, yang retis suka buat baby shower tu..masa buat kenduri lenggang perut ni, mak mertua aku dah bersalin..bila orang datang ke umah, dorang tanya terus tunjuk baby a.k.a mr hubby yang dah keluar tu..adoiyaii..tak menyabor sungguh..so  maybe mak mertua aku dah pregnant kowt masa 2 bulan pertama tu tapi tak tau..agaknya la..lagipun masa mr hubby & adik2 dia dah lahir, dorang sume sihat..tak de sebarang masalah..tak nampak macam baby yang lahir tak cukup bulan..

aku pun tak de la konpiden kata aku pregnant ke hapa..cuma habit baru mr hubby yang suka makan bawang tu buat aku confuse sikit..ke bawang tu memang sedap yeak??

TTC

FiezaSani TTC Effort #2 Asic Folic

11:13

Asic folic sangat penting diamalkan untuk wanita-wanita yang merancang untuk mengandung..Digalakkan pengambilan semasa merancang untuk hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil...Dan perlu diamalkan secara konsisten..Asic folic penting untuk mengurangkan risiko mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida)..Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut. info dari SINI..

hah..best tak intro..bukan main lagi ayat..obvious ayat copy paste..hehe..tak copy paste suka2 hati..tu ada link..sila klik untuk maklumat lanjut..sumber dari website tu..ni nak citer pasal supplement Asic Folic untuk TTC..sangat penting,hokayyyy..aku memang lama tau tapi buat tak kisah..kejap makan kejap tak..kadang beli 1 kotak tu, makan dalam 2/3/4/5 papan, pas tu buang..dalam 1 kotak, ada 10papan..sebab buang, lama tak makan..skip skip..ate bila lama tak makan, udah tak konpiden nak makan balik walaupun expired dia lama lagi..beli baru..tapi sama jugak skip2..

kisahnya petang semalam, lepas balik keja..tengah lepak2 kat ruang tamu..tetiba mak aku suh bukak mesej box dalam hp mak..mak aku gheti baca mesej tapi kalau dah bukak, pas tu keluar..kalau nak cari balik, mak aku dah tak tau nak tekan kat mana..abis semalam, mak suh check inbox mesej dalam hp mak, cari mesej dari kawan 1 keje ngan mak..aku pun cari..bukak mesej..jumpa..bila baca mesej tu, aku dah senyum..tau pasaipa..rupanya kawan mak bagitau pasal asic folic ni la..dah abis baca tu, aku cakap kat mak..oo..ditujukan kat fieza ke?terus la mak aku bitau, kawan mak yang bagi mesej pasal asic folic ni citer ada sorang staff kat tempat keja dia, dah 12 tahun kawen..raya ni, baru tau yang dia pregnant..masa raya baru ni, staff yang dah mengandung ni siap pi bercuti, gi mandi laut lagi..lepas balik cuti raya, dia check positive pregnant..mula dia pun macam tak percaya sebab check sendiri tengok +ve..dia inform husband dia tapi husband dia cakap jangan berharap sangat..dia tak puas hati pi check kat klinik pulak..confirm.. :D alhamdulillah..

staff yang dah mengandung ni pun macam kita-kita yang TTC ni jugak la..macam-macam produk kesuburan try..yang dia lekat ni, dia cuma amalkan asic folic je..tak de skip2..sebelum2 tu, dia macam aku jugak..makan asic folic tapi skip2..mak aku dah citer tu, apa lagi..terus suh aku gi beli asic folic ni..aku cakap kat mak, aku memang dah ada beli & tau pasal asic folic ni tapi tak konsisten makan..jap makan, jap tak..mak aku pun apa lagi, terus suh aku konsisten amalkan..siap amik asic folic yang aku dah beli tu, letak dalam beg aku..aku :) je..nak pregnant kan..jadik meh la kita amalkan..

murah je asic folic ni..yang aku beli kat farmasi ni RM9.50 1 kotak (ada 10 papan)..

:)

Top Keyword

10:27



Top keyword = Rindu Awak 200..hiii..penangan RA200%

Jalan citer dalam drama ada perubahan sikit dari jalan citer dalam novel..Aku memang layan la drama ni sebab dah baca novel dia..Aku tengok drama ni memang sakit hati dengan perangai si Armel berlagak tu..mak aku tengok drama ni, bukan main marah lagi dengan Armel..mak aku tiap kali babak Armel kurang ajor ngan Zill, mak aku asik duk cakap suh Zill cerai je ngan Armel..hiiii..jangan kata mak aku..aku yang dah baca novel ni pun bengang giler ngan Armel..berlagak sungguh la..memang tak kenang budi..dah la tiap kali dia ada masalah, Zill yang banyak tolong..bukan main baik Zill layan dia walaupun perangai dia macam mintak sepak je..baik tak baik Zill, siap celebrate birthday, bagi present kat Armel tak sedor diri tu..dah tu siap nak ganti camera polaroid Armel yang hilang sebab kena ragut ritu..haishhh..sakit plak hati bila tengok perangai Armel yang tak appreciate suami dia buat macam-macam..

semalam tengok sedutan episod yang harini, Mel kena cerai (hah, mintak sangat kan)..padan muka..Zill pun ada tahap kesabaran..kalau dah selalu sangat mintak cerai tambah2 duk hina bapak Zill..confirm2 la Zill marah kan..rasakan..tahap kurang ajar Armel ni, sila jangan contohi..dengan mama sendiri pun boleh sindir2 apatah lagi bapak mertua..kalau dia kurang ajar & berlagak dengan ex-bf dia si Raizil tu, okey la kan..memang patut pun sebab Raizil tu orang luar..ni dengan family sendiri pun nak kurang ajar, berlagak, sombong..*&#&@*@#

lagi dramatik kalau ex-boyfriend Armel tu kenakan dia balik..haha..baru dia rasa..Padan muka Armel..Berlagak sangat!!!!hah, kan aku dah emo..aku bukan boleh..temperature jugak nengok drama ni..bengang dengan Armel..tak sabor nak tengok, Armel seronok sangat ke lepas bercerai..dia kan sibuk asik mintak cerai je ngan Zill..ni Zill dah bagi apa yang dia mintak tu..apa yeak reaksi Armel..sonok kowt?


Yang Armel kena cerai ni, tambahan sebab dalam novel, Armel tak kena cerai. Part kena cerai ni, tak sure la Armel @ Zill mimpi atau betul2 dorang bercerai..kita cekidaut episod petang ni..tapi selalunya kalau adaptasi novel ke drama..dorang tak ikut exactly..mesti ada tambahan sikit2 jalan citer sebab nak bagi lebih dramatik giteww..

TTC

FiezaSani TTC Effort #1 Supplement

13:20

Okey, nak share supplement TTC aku..macam banyak je kan..padahal..hiiiii..sila baca..akceli banyak jugak tapi ni yang aku konsisten sekarang..yang aku penah try dolu-dolu..next entry..

Dalam usaha TTC ni, memang macam-macam produk aku try..bitau je produk apa ataupun kalau aku dengar orang tu berjaya pregnen makan produk tu, produk ni, mesti aku gedix cari & try walaupun belum lagi berhasil tapi usaha tu penting..tapi sekarang, produk yang aku konsisten amalkan ada 1 je..PATI DELIMA.. :) sebab maintain pati delima ni, MURAH..kalau kat pasar tani ofis aku ni RM15 je..kalau kat MARA, ada 1 kedai yang jual produk-produk arab, pati delima ni RM12..murah kan..tu yang aku maintain PATI DELIMA ni je..selain dari pati delima ni, aku & mr hubby ada amalkan 1 lagi produk..tapi jenis minyak..kena sapu..aku dapat info  yang ni dari sorang TTC'ian jugak..kenal melalui fb & selalu la kitaorang berbalas mesej kat fb..kitaorang selalu share story pasal usaha TTC memasing..dia penah pregnant tahun lepas..antara yang dia amalkan sebelum pregnant tu minyak yang dia suggest kitaorang try sekarang & yoga tapi dia keguguran..tak pe la, tak de rezeki lagi..apapun usaha diteruskan..

minyak yang aku citer kat atas ni, JERSLIN OIL..macam-macam kegunaan..korang boleh cekidaut kat SINI..malas aku nak copy paste kat sini..klik je link aku bagi tu..

sekarang ni, untuk usaha TTC kitaorang..aku cuma amalkan produk yang aku citer kat atas ni je..eh, ada 1 lagi..jenis krim..aku baru order semalam..harini dapat..nanti aku share yeak..lemme try first, tengok okey ke tak..kalau okey, aku story..maksud okey ni, tak de sebarang kesan sampingan..macam gatal2 ke sebab jenis krim..sapu..

tapi apa-apa produk yang kita try,bergantung pada kesesuaian memasing..ada yang try sesetengah produk tu, sekali try je dah terus lekat..ada yang konsisten amalkan pun masih tak lekat2..ada jugak amalkan sampai berbotol-botol atau berkotak-kotak baru berhasil..apa2pun yang penting kita usaha..produk-produk ni cuma salah satu usaha kita je..usaha, doa & tawakal..terus konsisten amalkan  mungkin amik masa sikit dengan kita untuk berhasil..think positive ;)

ofis

password oo password

14:51

Harini kena bertugas P.A.ganti kat Pejabat Menteri..adoiyaiiii..tak baper nak gemor sangat jadik P.A.ganti ni..tapi SYMP la..kang tak memasal dapat surat tindakan tatatertib lak..tapi pagi-pagi tadi masa aku sampai kat bilik P.A.yang aku kena ganti ni..on je pc dia, sekali tengok P.A. ni tak de tampal note password dia kat mana2 area tempat dia ni..ah, sudah!!!!stress kejap..dah kena cover tempat dia sampai petang..tak boleh login pc..aku try & error gak tadi main masuk password tapi tak berjaya..tak boleh login bermaksud tak boleh bukak internet, e-mail..kalau bos dia suh buat apa-apa keje macam taip surat ke, dokumen ke, camne..tepon P.A. tu pulak tak dapat..hangin kejap..sebelum tu tanya dengan sorang staff kat sini apa password pc P.A. ni, dia tak tau..dia cakap nanti dia try kol P.A. tu..aku tunggu jap dalam beberapa minit..tengok staff tu senyap je..tak feedback kat aku balik..terus aku kol P.A. tu..tak dapat pulak..hanginnnnn!! aku dah membebel..dah tengok aku membebel pakej ngan muncung itik baru ada lagi sorang staff tu tanya ngan P.A. lagi sorang..nasib P.A. tu tau password pc P.A. yang aku kena ganti ni..haih..P.A. pejabat pengurusan tertinggi sangat ni, dah tau bila time dorang cuti, ada P.A. ganti macam aku ni, standby la letak note password kat pc dia ni..tak de la mengagau mencari..haishhhh..kang kalau marah, kata kita banyak citer plak..tapi secara logik..letak je la password..dah jadik P.A. ganti, duk kat tempat dia sah-sah kena buat keja dia..dah buat keja dia, tak ke kena guna pc dia..

Sebelum ni banyak kali gak aku jadik P.A. ganti kat pejabat orang2 besar ni..P.A. dorang memang dah standby tampal note password pc dorang kat mana2..so senang..yang kali ni pulak, boleh tak de..tak pe, think positive..dia terlupa kowt.. :)


Aidilfitri

Raya & Semangat TTC

16:23

Korang dah start keje ke harini..aku kat opis le ni..Selepas seminggu bercuti..memasing aku tengok duk update status fb, sume macam tak de mood sebab mood raya lagi..aku okey je sebab seminggu cuti kan..refresh minda..cewah..refresh sangatttt..ngeeee

Okey, ni nak story raya as TTC untuk tahun yang ke-6..fuhhhh..sangat rilex, tak sakit hati @ sentap..tak de langsung..ada la yang bercakap 'ni, x de isi lagi' sambil pegang perut aku..tapi aku boleh jawab dengan cool tanpa rasa sentap pun 'pah..baca2 le sikit kat perut ni supaya ada isi' sambil pegang perut aku..hah..cool tak cool aku boleh jawab macam tu..kalau sebelum2 ni, aku kan cepat sentap..ada jugak yang cakap 'kak yong ni maintain je'..ni kat belah abah aku..dorang panggil aku kak yong..mula aku tak paham..yang cakap ni bapak sedara aku..mula-mula aku ingatkan bapak sedara maksudkan aku maintain kuwus upenya maintain lain..hehe..blur jap..bila dah dapat tangkap maksud maintain tu terus aku jawab balik dengan rilex jugak 'x pe, mana tau nanti dapat kembar ke'..disokong oleh mak sedara aku pulak..hiiiii

nampak tak..aku sangat rilex, cool..x de sentap atau nak jawab yang rasa nak maki orang balik..mungkin dah terbiasa, jadik tak larat nak sentap2..lepas tu sedara-mara yang datang beraya kat umah @ kitaorang gi beraya umah sedara-mara tak de la yang tanya-tanya  'tak de isi lagi ke?'..tahun ni giliran beraya kat belah aku..jadiknya aku rasa rilex sangat sebab selain aku & mr hubby yang tak de rezeki anak lagi ..adik, adik sepupu & mak sedara aku pun sama geng dengan kitaorang tak de anak lagi..jadik tumpuan tak de pada kitaorang sangat sebab ada geng..legaaaaa..hiiiii..cuma opah aku cakap..antara kitaorang ber-4 nak tengok sapa yang preggy dulu..lepas tu nak berpassing-passing preggy..hah, gitewww..aku duk buat lawak..'hadiahnya apa, pah'..hehe

Raya ke-3 baru kitaorang ke Ipoh pulak, raya belah mr hubby..mama buat open house..masa open house, ada la mama bitau dengan sedara-mara yang jarang jumpa, sebab tengok ada budak kecik..anak buah belah mr hubby, si Ariff yang tak boleh duk diam tu (tak memasal haritu aku kena gigit dengan dia, tau..eh, tetiba..okey, sambung citer)..so mama bitau yang Ariff tu anak kepada adik mr hubby..kitaorang tak de rezeki lagi..aku okey je..tak sentap pun..buat-buat main hp..hehe..tapi seyes aku tak sentap pun.. ;)

Ni tetiba semangat nak ber'TTC datang..sebelum ni macam dah down je..maybe semangat sebab nengok anak-anak buah kitaorang..gelagat comey dorang..seyes kiut, hokayyyy..walaupun kalau belah mr hubby, yang si Ariff tu tak tau le aku nak marah ke, nak gelak ke..dengan aku, mmg dia tak ngam..aku tak kaco dia pun tetiba kena pukul la, kena gigit la..haritu dia nak main syampu aku..aku tarik sebab besa budak kecik kan..semua nak masuk kat mulut..dah tu aku ngan si Ariff ni main tarik2 syampu..penyudahnya dia bengang sebab tak dapat syampu, dia gigit jari aku..adoiyaiiiii..sabor je la..kat belah aku pulak, kitaorang ada sorang anak buah, Iman..yang ni pun sama..comeynya tengok sebab dia ada lesung pipit, pas tu baik sangat..kalau dia tak nak, dia buat isyarat tangan..dia tak boleh bercakap lagi, jadik mama dia ajar guna bahasa isyarat..alahai, comey kalau tengok dia buat isyarat tangan 'tak nak'..hehe..

Bila tengok gelagat anak-anak buah kitaorang tu, rasa naluri keibubapaan tu buatkan kitaorang semangat nak ada zuriat sendiri..Semoga TTC kitaorang membuahkan hasil..Aamiin :)

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.