FiezaSani TTC Effort #2 Asic Folic

11:13

Asic folic sangat penting diamalkan untuk wanita-wanita yang merancang untuk mengandung..Digalakkan pengambilan semasa merancang untuk hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil...Dan perlu diamalkan secara konsisten..Asic folic penting untuk mengurangkan risiko mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida)..Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut. info dari SINI..

hah..best tak intro..bukan main lagi ayat..obvious ayat copy paste..hehe..tak copy paste suka2 hati..tu ada link..sila klik untuk maklumat lanjut..sumber dari website tu..ni nak citer pasal supplement Asic Folic untuk TTC..sangat penting,hokayyyy..aku memang lama tau tapi buat tak kisah..kejap makan kejap tak..kadang beli 1 kotak tu, makan dalam 2/3/4/5 papan, pas tu buang..dalam 1 kotak, ada 10papan..sebab buang, lama tak makan..skip skip..ate bila lama tak makan, udah tak konpiden nak makan balik walaupun expired dia lama lagi..beli baru..tapi sama jugak skip2..

kisahnya petang semalam, lepas balik keja..tengah lepak2 kat ruang tamu..tetiba mak aku suh bukak mesej box dalam hp mak..mak aku gheti baca mesej tapi kalau dah bukak, pas tu keluar..kalau nak cari balik, mak aku dah tak tau nak tekan kat mana..abis semalam, mak suh check inbox mesej dalam hp mak, cari mesej dari kawan 1 keje ngan mak..aku pun cari..bukak mesej..jumpa..bila baca mesej tu, aku dah senyum..tau pasaipa..rupanya kawan mak bagitau pasal asic folic ni la..dah abis baca tu, aku cakap kat mak..oo..ditujukan kat fieza ke?terus la mak aku bitau, kawan mak yang bagi mesej pasal asic folic ni citer ada sorang staff kat tempat keja dia, dah 12 tahun kawen..raya ni, baru tau yang dia pregnant..masa raya baru ni, staff yang dah mengandung ni siap pi bercuti, gi mandi laut lagi..lepas balik cuti raya, dia check positive pregnant..mula dia pun macam tak percaya sebab check sendiri tengok +ve..dia inform husband dia tapi husband dia cakap jangan berharap sangat..dia tak puas hati pi check kat klinik pulak..confirm.. :D alhamdulillah..

staff yang dah mengandung ni pun macam kita-kita yang TTC ni jugak la..macam-macam produk kesuburan try..yang dia lekat ni, dia cuma amalkan asic folic je..tak de skip2..sebelum2 tu, dia macam aku jugak..makan asic folic tapi skip2..mak aku dah citer tu, apa lagi..terus suh aku gi beli asic folic ni..aku cakap kat mak, aku memang dah ada beli & tau pasal asic folic ni tapi tak konsisten makan..jap makan, jap tak..mak aku pun apa lagi, terus suh aku konsisten amalkan..siap amik asic folic yang aku dah beli tu, letak dalam beg aku..aku :) je..nak pregnant kan..jadik meh la kita amalkan..

murah je asic folic ni..yang aku beli kat farmasi ni RM9.50 1 kotak (ada 10 papan)..

:)

You Might Also Like

0 Comment