Raya 2014 @ Sg.Siput, Perak

10:43

Baru nak hapdate..asik lupa bawak kamera ke opis sbb nak transfer gambar2 ke pc..kat umah ada laptop tapi malas nak bukak, boley!!!!

Raya tahun ni, turn sebelah aku @ Sg.Siput & Kuala Kangsar, Perak..Kalau raya sebelah aku, warna & pattern baju kitaorang sama..Jadiknya tema tahun ni adalah :~

Kami sekeluarga..ada sorang lagi adik no.2 aku, tak de dalam gambar..

gambar-gambar tak banyak..aku la..duk usung kamera dalam beg kehulu hilir..rasa macam nak senget bahu..tapi idok la aku tangkap gambar..nak kata tangkap gambar guna handphone pun tak..hissshh..nama je hp canggih..tak paham aku..akceli ahkak is pemalu..(ayat coverline sangat)..sebab tak banyak tangkap gambar..gambar2 kat bawah ni, masa raya pertama je..raya ke-dua, ke-tiga dan seterusnya..tangkap dalam hati je..heeeee

Raya ke-dua ~ beraya ke kampung sebelah abah aku @ Kg.Keroh Hulu, Padang Rengas, Perak Darul Ridzuan

Raya ke-tiga ~ baru ke sebelah mr hubby @ Ipoh, Perak Darul Ridzuan

mak & abah
kitaorang ar..

adik bongsu aku & wife dia

mak & menantu
Lepas dah salam2, makan, tangkap gambar..terus gerak ke Manong pulak..kampung mak aku..beraya & tidur kat umah opah aku plak..

ni masa petang raya pertama..dah kepanasan memasing..tempat rekreasi kat kampung aku..tapi macam tak baper nak terjaga sangat dari segi kebersihan, kemudahan macam tandas & tempat tukar baju..






 


Yang mandi a.k.a berendam abah, adik aku, mr hubby & adik sepupu aku..aku & adik ipar aku tunggu kat tepi..main rendam2 kaki je la dalam air macam dalam gambar kat atas ni..tengok dorang mandi..laki senang..tak yah nak tukar baju sangat..terus bukak baju, lompat dalam air..macam kita pompuan nak tukar baju, suar bagai..agak leceh di situ..macam aku citer tadi, kawasan rekreasi ni tak terjaga sangat walaupun ramai jugak orang datang..ada la tempat tukar baju tapi idok la (paham2 je la kan)..tak yah aku citer detail sangat..paham2 sudah tahap kebersihan tempat yang tak terjaga..bukan nak kutuk kampung sendiri tapi tue la realitinya..

You Might Also Like

0 Comment