Gundah Gulana

16:25

Peristiwa di hari Ahad lepas yang membuatkan mr hubby gundah gulana..hehe..husbandku itu seorang yang sangat menjaga kereta @pun barang2 dia..kalau barang dia rosak ke hapa, jangan la buang..simpan je la sampai agak2 dia dah lupa..aku buang, boley????hehe..tak macam aku la..aku kalau barang aku rosak, terus buang..beli baru,boley????tapi peristiwa di hari Ahad lepas, melibatkan kereta kesayangan..takkan nak buang pulak,kan (ingat keta murah, macam beli keta menan je)..citernya gini, mak mertua aku datang sabtu lepas naik bas..jadik hari ahad tu, mak mertua aku nak balik Ipoh naik keretapi..Memandangkan rumah kitaorang kat Semenyih, stesen paling dekat adalah di Stesen Kajang..peristiwa berlaku kat c2 lepas antor mak mertua..kereta kesayangan terkemek sikit kat bhg.depan terlanggar batu kat tepi jalan masa nak reversed keta, nak kuar dari area stesen tu..mak mertua aku ada bagi signal suh mr hubby ke belakang sikit sebab ada batu tu, tapi kitaorang tak paham..tingkap tutup, mana nak dengar..yang kitaorang pun tak gheti nak bukak sikit cermin keta..macam ke susah benor..padahal tekan je button, turun le cermin tu..dah nak kena, nak buat macam ne kan?lepas2 tu mak mertua aku sampai tepon aku le, tak berani tepon mr hubby sebab rasa bersalah..hehe..ala, bukan salah sesapa pun (salahkan driver ~ mr hubby..hehe)

lepas je kena tu, aku tengok muka mr hubby dah len macam..aku buat lawak, duk pegang kat dada dia..aku cakap 'mesti jantung awak dup dap dup dap'..mr hubby jawab balik 'tau x pe'..lepas je kitaorang gerak dari stesen Kajang tu, mr hubby benti tepi suh aku tengok kat depan tu calar je @ kemek?mr hubby tak nak tgk dulu..tatutttt..erm, aku kuar2 je,nengok calar & kemek..pas tu baru mr hubby tengok..sampai je Semenyih, terus on the spot mr hubby mencari kedai keta nak repair yang kemek tu, tapi hari Ahad derrrr..kedai sume tutup..dorang pun nak cuti gak..

keadaan keta kesayangan..sikit je (yang dalam bulatan)..tapi jangan hingat laki ku itu, senang hati..x de maknanya..selagi tak repair selagi tue la dia gundah gulana..



semalam balik keje, tanya kedai cat/servis keta kat area Semenyih ni..dorang boleh repair balik tak kalau kemek kat bhg.depan keta..ada 2 kedai yang tanya, dua2 boleh..so dah gi antor repair kat kedai ke-2..


FB ~ CFB

New Item @ CFB
 To Order : PM / Text / Whatsapp ~ 0126805640
WeChat ~ ChintaFiezzBoutique




You Might Also Like

0 Comment