Perlu ke sombong sangat

23:13

Korang pernah x berhadapan dengan situasi macam ni..jumpa sedara yang agak rapat jugak, then masa nak salam, sedara korang tu pandang tempat lain..kira masa salam tu, x pandang pun ke arah ko yang terhegeh2 salam dengan dia..kalau pernah, kita serupaaaaa..
Tue la situasi yg aku hadapi ptg tadi..harini adik sepupu aku nikah. masa dah sampai kat umah pengantin pompuan tadi..kitaorg berkumpul kat masjid so dah jupe tu harus le kena salam2 dengan mak2 sedara n sepupu2 aku..ada sorang kakak sepupu aku ni, kitaorang ni tak tau le pasaipa dah lama tetiba tak bertegur sapa. Aku pun x tahu apa punca. Mak aku memang tahu yang kitaorang krisis. Mak aku awal2 masa kat umah lagi dah warning dengan aku nanti jupe ngan famili kakak sepupu aku ni, salam2 dengan dorang. Masa mak cakap tu, aku buat2 je tak dengar..hehe..padahal dengar je..
Masa sampai2 tadi, mula2 aku cam malas nak salam dengan famili kakak sepupu aku ni tapi mak aku dah bagi signal (a.k.a buat muka)..ok, fine aku gi ar salam..mula2 salam mak sedara aku, pastu adik sepupu aku n guess what kakak sepupu aku ni masa aku duk salam mak n adik dia, dia pandang tempat lain uolls.. tahap menyampah kowt nak tengok muka aku..yea ar  rupa ahkak ko ni x gojes macam dia agaknye.. so taraf2 nak pandang muka aku tu, cam geli ar..aku, orang dah paling muka, aku malas ar nak salam..pas tu mak aku duk sound 'hah, tak salam dengan **** ***  ke????( malas nak mention nama dia, cam geli plak nak tulis kat blog ahkak)..'nak x nak terpaksa le iolls salam jugekkkk tapi ahkak pun kose nak mandang muka dia..salam2 je..sume perasan kowt masa tu..sorang adik sepupu aku, nampak situasi yang x besh tu, terus bukak topik cakap 'cantik keta akak'..aku orang dah puji, terus cakap 'a ah memang cantik pun'..
Masa majlis nikah tadi , kakak sepupu aku ni langsung x pandang aku pun..aku dah orang buat macam tu, aku balas balik..dia x mo pandang ahkak ko yang x baper nak gojes ni, aku pun lagi malas nak pandang muka dia..
Lepas majlis nikah tadi, masa nak gerak..aku salam2 dengan sedara mara aku ni..masa aku salam mak pada kakak sepupu aku ni, aku terpandang ke arah kakak sepupu aku..n guess what dia pandang tempat lain okey..aku terus skip, salam dengan adik dia yang duk sebelah dia..orang x sudi, kita lagi le x hingin..
Aku ni, jenis cepat pemaaf sebenarnye..penah le kawan masa kat U n ofismate tak bertegur sapa dengan aku, bile dorang mintak maaf @ dorang start tegur, aku okey je..aku macam x ingat pun penah gaduh ngan dorang..Kalau tadi kakak sepupu aku ni okey je ngan aku..aku pun okey dengan dia..Tapi dah dia sombong sangat tadi, x kose nak layan..apa la yang dia sombong sangat tu..keje besor, idok jugak..MINAH KILANG je pun..sorry, bukan nak hina @ kutuk sesapa yang keje kilang cuma aku tak paham apa yang kakak sepupu aku ni berlagak sangat macam bagus..tahap berlagak tu sampai nak pandang muka pun, x nak..
Best part tadi sebelum gerak, aku cakap ngan mak n sedara2 mara aku pun dengar..aku lak tak pasan kakak sepupu aku ni ada kat meja belakang aku..dia duk betul2 belakang aku..aku cakap dengan mak, 'mak tengok tadi sapa yang masa nak salam, pandang tempat lain (aku buat lakonan, ajuk gaya kakak sepupu aku tu'..mak aku macam bagi signal suh aku jangan cakap, upenye mak aku nampak famili kakak sepupu aku ni ada kat belakang aku je..aku x pasan, masa nak salam baru perasan ko..haha..nasib le..kalau dia dengar bagus..
Eh, terpanjang lak membebel.. meh ar aku share gambar nikah adik sepupu aku tadi..lepas majlis sanding esok, aku tepek gambar lagi kat sini..

You Might Also Like

2 Comment

  1. assalam. saya pun baru je kena haritu. kita ni bersusah payah meramaikan majlis nikah adik dia. lastly,kakak dia langsung taknak salam dan pandang kitorang satu famili ni. macam kita ada buat salah pula. kakak dia ambil gambaaaaar je sebab nak ngelak dari kitorang. (kita mesti dapat rasa kan bila org taknak kawan kita kan...) huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam..

      besar ar orang ni,kenkadang dorang rasa diri dorang sangat perfect.so orang lain ni dia pandang tepi2 mata dia je..

      Delete